Thursday, February 25, 2010

Buletin SKTPP - Bil 2 (Februari)

Berikut adalah paparan buletin untuk bulan Februari :






PELANCARAN PROGRAM KITAR SEMULA

Pada hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Program Kitar Semula di sekolah. Pertandingan mengitar semula kotak air minuman akan di adakan di sekolah bermula 1 Mac hingga bulan Oktober 2010.

Sekolah yang mendapat kutipan kotak air minuman yang terbanyak akan mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM5000.

Pertandingan antara kelas juga akan dijalankan, kelas terbanyak akan mendapat hadiah air kotak.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis pelancaran :





































Wednesday, February 24, 2010

Pertandingan Memasak (BSMM)

Unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia SKTPP telah mengadakan pertandingan memasak di antara ahli-ahlinya. Mereka telah dibahagikan kepada 6 kumpulan terdiri daripada 3 kumpulan murid Tahun 5 & 3 kumpulan lagi murid Tahun 6.


Sebelum aktiviti dimulakan, semua ahli dikehendaki berkumpul di kawasan tempat letak basikal. Pertandingan memasak ini diketuai oleh Cikgu Azhar (anchorman kita).

Cikgu Azhar sedang memberi sedikit taklimat sebelum aktiviti dimulakan sambil dibantu oleh Cikgu Rusydan.


Cikgu Rusydan mengambil alih tempat Cikgu Azhar sebagai bos. Tengok gaya pun kita dah tau (gaya bos sedang cekak pinggang!).


Gelagat murid-murid sedang menghidupkan api untuk tujuan memasak sambil dibantu oleh beberapa orang guru. Kelihatan Cikgu-cikgu kita sedang bermain dengan asap (api tak nyala-nyala pun, asap je yang lebih). Dicelah-celah kesibukan aktiviti kelihatan kelibat Cikgu Pazli yang sedang bertungkus-lumus membantu murid-muridnya. Ehh?? Bukan Cikgu Pazli geng pengakap ke?? Sebut je bab makan, Cikgu Pazli sanggup beralih persatuan.... Hahahaha!!


Bab memasak, serah sahaja pada guru wanita. Lihat sahaja gelagat mereka. Ehh? Ni siapa yang masuk bertanding? Cikgu ke murid-murid? :p


Antara hasil yang agak menjadi. Agak-agak boleh makan ke ni? Garam? Gula? Cukup ke??


Cikgu-cikgu sedang membuat persiapan akhir sebelum diadili oleh pihak juri. Nampak cikgu yang lagi beria-ia daripada murid.....


Persiapan terakhir sebelum diadili. Cikgu Fakhrul pandang kamera semacam je? Mungkin sedang baca mentera agar masakan kumpulan beliau menang kot? Takat telur goreng, apalah sangat.....



Tu dia!! Antara masakan-masakan yang telah siap dimasak (makan belum tentu lagi... hahahah!).


Objektif aktiviti hari ini tercapai dimana murid-murid dapat belajar cara memasak menggunakan bahan-bahan yang selalunya dibawa sewaktu perkhemahan. Ini adalah persiapan awal kepada mereka sebelum melakukan aktiviti perkhemahan jika diadakan kelak.

Aktiviti Kokurikulum

Hari ini merupakan Minggu Unit Beruniform bagi aktiviti kokurikulum di SK Taman Putra Perdana. Semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya. Berikut adalah ringkasan aktiviti yang dijalankan oleh setiap unit beruniform sesi pagi.

Persatuan Pengakap
Persatuan Pengakap mengadakan aktiviti mereka di dewan terbuka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bacaan ikrar dan nyanyian lagu-lagu pengakap.




Bulan Sabit Merah Malaysia
Bulan Sabit Merah mengadakan aktiviti mereka di kawasan tempat letak basikal. Aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan memasak.



Persatuan Tunas Puteri
Tunas Puteri mengadakan aktiviti mereka di bilik tayang.




Persatuan Puteri Islam Malaysia
Persatuan Puteri Islam Malaysia mengadakan aktiviti mereka di dataran sekolah. Aktiviti yang dijalankan adalah permainan "Tuju Tin". Sebelum itu, ahli-ahli dikehendaki membalut tin mereka dengan kertas pembalut berwarna merah jambu dan kuning.


PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK (WARGANEGARA) KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011 DAN 2012 SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR SECARA 'ONLINE'

Tarikh: 1 Mac hingga 30 April 2011

Masa: Isnin hingga Jumaat
(8.00 pagi - 4.00 ptg)
Pendaftaran Sendiri
02.01.2005 - 01.01.2006 (Sesi Persekolahan Tahun 1 2012)
02.01.2006 - 01.01.2007 (Sesi Persekolahan Tahun 1 2013)



Borang permohonan boleh diisi melalui aplikasi dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/pptahun1/
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan seperti berikut:
1. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat Asal
2. Bil Utiliti (Bil Letrik/Bil Air/Bil Telefon)
3. Kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
4. Sampul Surat Putih bersaiz 7x10 (118 cm x 250 cm) bersetem 60 sen
5. Sijil Nikah
6. Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (jika berkaitan)
7. Laporan Doktor & Kad OKU (jika berkaitan)




Sekian, harap maklum.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa sambutan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 05 Mac 2010
Masa : 7.45pg -10.45pg (sesi pagi)
Masa : 2.10ptg - 5.00ptg (sesi petang)
Tempat : Dewan Terbuka

Aktiviti :
1. Pertandingan selawat - Tahun 1 dan 2
2. Pertandingan bercerita - Tahun 3
3. Pertandingan Tulisan Jawi Cantik - Tahun 3
4. Pertandingan melukis poster - Tahun 4 dan 5
5. Pertandingan membuat sepanduk - Tahun 6

Sesi pagi : Tahun 5 dan 6, P&P berjalan seperti biasa mulai jam 9.30pagi.
Tahun 1, P&P seperti biasa mulai jam 11.05pagi.
Sesi petang : Tahun 4, P&P seperti biasa
Tahun 3 P&P seperti biasa mulai 3.30petang
Tahun 2, P&P seperti biasa mulai jam 5.05 petang.

* Pertandingan poster dan sepanduk dijalankan lebih awal. Majlis penyampaian hadiah akan disampaikan pada hari sambutan tersebut. Harap maklum.

Monday, February 22, 2010

Penyerahan Hadiah Merentas Desa


Pada perhimpunan rasmi pagi tadi, telah berlangsungnya majlis ringkas penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi acara merentas desa.

Berikut adalah wajah-wajah riang pemenang dengan kalungan pingat kebanggaan mereka :






PROGRAM MOTIVASI KENDIRI UPSR




Program Motivasi Kendiri UPSR telah diadakan pada 20 dan 21 Februari. Terima kasih kepada murid-murid dan ibubapa/penjaga tahun enam yang hadir. Tidak lupa juga kepada YDP dan NYDP PIBG serta semua AJK pelaksana yang telah menjayakan program ini.