Monday, March 29, 2010

KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSD SEPANG 2010









Pada 29.3.2010 (Isnin) SK Taman Putra Perdana telah menyertai Kejohanan Boling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Sepang 2010. Kejohanan telah berlangsung di A-BessBowl, South City Plaza, Seri Kembangan. SKTPP telah menghantar dua orang peserta terdiri daripada seorang murid tahun enam (Lelaki) dan seorang lagi murid tahun lima (Perempuan)
Alhamdulillah peserta lelaki sekolah kita telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori individu lelaki bawah 12 tahun. Setiap peserta telah bermain sebanyak 4 games.

Berikut adalah keputusan rasmi kategori bawah 12 tahun pertandingan tersebut:-

LELAKI

1) Arif bin Jemdi (SK Desa Putra) - 558 point
2) Ahmad Amirul Aqhar (SK Taman Putra Perdana) - 534 point
3) Shami b Sadli (SK Cyberjaya) - 422 point

PEREMPUAN
1) Dayana Mohamad (SK Desa Perdana) - 450 point
2) Nur Arifah Mazlan (SK Cyberjaya) - 323 point
3) Nor Nazira Baharom (SK BBST) - 295 point

Oleh itu, Ahmad Amirul Aqhar dari sekolah kita telah terpilih untuk menyertai Kontinjen Boling Tenpin MSSD Sepang ke Kejohanan Boling Tenpin MSS Selangor yang akan diadakan pada 5-8 April 2010 di Ole-Ole Super Bowl, Shah Alam. Latihan Pusat sebagai persediaan ke kejohanan tersebut akan diadakan selama 2 hari iaitu pada 31 mac (Rabu) dan 1 April (Khamis).

Thursday, March 25, 2010

KUTIPAN DERMA KEBAKARAN RUMAH MURID

Kutipan derma kebakaran rumah (bhg. tingkat atas) akan dijalankan pada hari Jumaat (26 Mac 2010) selepas rehat. Butiran kebakaran rumah tersebut adalah sebagaimana berikut :
Nama murid : Nur Anina Bt Abu Hassan Saari ( 5 Lotus )
: Nur Azwin Bt Abu Hassan Saari ( 1 Pesona )
Alamat rumah : No. 5, Jln. Putra Perdana 3/11, Tmn. Putra Perdana, Puchong , Sel.
Jika tuan/puan ingin turut serta memberi sumbangan ikhlas, bolehlah dihulurkan melalui anak-anak tuan/puan. Segala sumbangan yang diberikan, didahului dengan ucapan terima kasih.

Oleh setiausaha Unit HEM SKTPP

Tuesday, March 23, 2010

Program Sekolah Selamat

Program Sekolah Selamat telah dilancarkan pada hari Isnin sewaktu perhimpunan pagi(semalam). Hari ini berlangsungnya sesi Sekolah Selamat Bersama Pihak Polis.







Murid yang terlibat sewaktu taklimat ini ialah murid Tahun 5 & 6.



PENYERTAAN SUKAN/PERMAINAN

Kepada murid-murid yang ingin menyertai sukan atau permainan yang tidak dijalankan di sekolah, perlulah membuat penyertaan melalui pihak sekolah terlebih dahulu.

Sekian.

Wednesday, March 10, 2010

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL SKTPP
























AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2010-2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-6 2010 telah diadakan pada hari Ahad, 7 Mac 2010 jam 8.30 pagi.

Senarai nama Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2010-2012

Penasihat : En. Sukimin b. Juki
Yang Dipertua : Tn. Hj Shaharuddin bin Ajam
Naib Yang Dipertua : En.Rushdan bin Mohamed
Setiausaha Kehormat : Pn. Arjunawati Bt. Ahmad Nuze
Naib Setiausaha Kehormat : Pn. Norinna Bt. Mohamed
Bendahari Kehormat : Pn. Maimunah Bt. Yob

Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa)
1. En. Muhamad Sani Awang
2. En. Nor Hoda B. Hj. Tarseh
3. En. Shahrul Baharin B. Baharom
4. En. Zabidi B. Ab. Aziz
5. Pn. Shariliza Azlin Bt. Ali
6. Pn. Ruslina Bt. Muhamad

Ahli Jawatankuasa (Guru)
1. Pn. Salwana Bt. Elias
2. Pn. Rubiaton Bt. Ibrahim
3. Pn. Norhayu Bt. Kamarudin
4. En. Hafiz B. Md. Noor
5. En. Ilias B. Azmi

Juruaudit Dalaman
1. Wakil ibu bapa : En. Hussain B. Hj. Omar
2. Wakil guru : Pn. Azwani Bt. Mohamed Noordin

Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG Sesi 2010-2012 yang telah dilantik dan dipilih. Diharapkan agar pihak ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan murid dan sekolah.

Tuesday, March 9, 2010

Mesyuarat Agong PIBG SKTPP 2010

Gambar semasa pengundian berlangsung




Ahli Jawatankuasa PIBG 2010

Gambar sekitar berlangsungnya mesyuarat.