Saturday, July 31, 2010

Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Selangor


Sekolah Taman Putra Perdana akan menyertai pertandingan robotik peringkat negeri Selangor anjuran Lego dengan kerjasama Sasbadi dan Kementerian Pelajaran Malaysia pada :

Tarikh : 3 Ogos 2010
Hari : Selasa
Masa : 9 pagi
Tempat : SMK Seri Puteri Cyberjaya

Pihak sekolah akan menghantar 2 team seramai 6 orang. Semua dijemput hadir untuk menyokong dan menyaksikan pertandingan ini.

~semoga kejayaan milik kami~

Thursday, July 29, 2010

PENGESAHAN KELULUSAN PENEMPATAN TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2011

Surat kelulusan penempatan telah diposkan kepada tuan/puan. Urusan pengesahan penempatan bermula pada 1.8.2010 hingga 30.8.2010.

Tindakan:
1. Sila bawa bersama Sijil Lahir asal anak dan surat kelulusan penempatan semasa membuat pengesahan. Tanpa sijil lahir asal pengesahan penempatan tidak dapat dibuat.

2. Tuan/puan dikehendaki mengisi borang yang disertakan dengan selengkapnya.
i. Borang Tanda Nama
ii. Borang Maklumat Murid

Pada masa pengesahan tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM 22.50 untuk bayaran:-

i. Tanda Nama - RM 5.00
ii. Tanda Nama Sementara - RM 1.00
iii. Fail Peribadi - RM 2.50
iv. Fail Display - RM 8.00
v. Buku Adab Belajar - RM 3.50
vi. Buku Peraturan Sekolah - RM 2.50

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

PROGRAM SAMBUTAN MAJLIS ISRA' MIKRAJ

SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan majlis Isra' Mikraj peringkat sekolah. Program ini di laksanakan oleh panitia agama islam SKTPP, didalam majlis ini juga diadakan pertandingan tulisan jawi tercantik, pertandingan menyiapkan kolaj, menjawab soalan berkaitan dengan isra'dan mikraj dan pelbagai lagi. Aktiviti ini di jalankan semasa P&P Pendidikan Islam.



murid tahun empat sedang menjawab soalan mengenai isra' mikraj



murid-murid sedang menjawab soalan



murid-murid sedang menyiapkan kolaj

Wednesday, July 28, 2010

Anugerah Khidmat Cemerlang

Semalam, 27 Julai 2010 telah berlangsung majlis APC tersebut bagi Daerah Sepang bagi tahun perkhidmatan 2009 di Sekolah Seri Puteri. Majlis dirasmikan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor iaitu En. Sulaiman bin Wak.

Sepuluh orang dari sekolah kita telah menerima anugerah tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada:

  1. Cik Amelia bt.Ghani
  2. Pn. Arjunawati bt. Ahmad Nuze
  3. Pn. Kwa Jin Nee
  4. Pn. Salwana bt. Elias
  5. Pn. Zaleha bt. Ramdan Mohamed
  6. Pn. Zainur Jimah bt. Abdullah
  7. Pn. Jumilah bt. Ahmad
  8. Pn. Zailezah bt. Sardi
  9. Pn. Linda bt. Adam
  10. Pn. Rozimah bt. Yaakob

Semoga ia menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan kerja

Makluman Pertandingan

Berikut ialah beberapa pertandingan yang dibuka kepada para pelajar. Kepada ibubapa atau pelajar yang berminat bolehlah mendapatkan keterangan lanjut daripada PK Kokurikulum.

  1. Pertandingan Inovatif Karnival Malaysia 2010 Peringkat Zon Tengah (Tarikh tutup: 8 Oktober 2010)
  2. Pertandingan Melukis Sempena ASEAN Day for Disaster Management Peringkat Kebangsaan (Tarikh tutup: 4 Ogos 2010)
  3. WHE Patrimonito International Storyboard Competition 2010-2011 (Tarikh tutup: 15 Disember 2010)

Pertandingan Melukis Sempena ASEAN Day for Disaster Management Peringkat Kebangsaan

  1. Tujuan: Meningkatkan kesedaran mengenai bencana di kalangan murid sekolah rendah
  2. Anjuran: Majlis Keselamatan Negara
  3. Tema: My City, My Future: Making ASEAN Cities Safe from Disaster
  4. Keterangan Lanjut: En. Mohamed Fauzi Mohamed Salleh/En. Wan Mohd Fadli Ab. Rahman (03-88724276/4277)

WHE Patrimonito International Storyboard Competition 2010-2011

  1. Preparing a storyboard related to one World Heritage site
  2. Keterangan lanjut: PatrimonitoCompetition2011@unesco.org
  3. http://whe.unesco.org/en/patrimonito

Pertandingan Inovatif Karnival Malaysia 2010 Peringkat Zon Tengah

  1. Anjuran: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  2. Tema: Meraikan Kreativiti
  3. Dapatkan borang penyertaan di http://www.malaysiainovatif.gov.my/
    Keterangan Lanjut: En. Paul Devaraj Micheal (03-88858300 pauldevaraj@mosti.gov.my) atau Abdul Raoof Ayub (03-88858557 raoof@mosti.gov.my)

Monday, July 26, 2010

LAPORAN TEKNIK MENJAWAB UPSR 2


Pada 24hb Julai yang lalu Jawatankuasa Peningkatan UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Program Teknik Menjawab UPSR untuk matapelajaran Bahasa Melayu.


Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana

Masa : 8.30 pagi hingga 11.00 pagi

Penceramah : En Rahim b. Maulan


Pada keseluruhan aktiviti berjalan seperti yang dirancang, kehadiran murid juga agak memberangsangkan. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat.

Laporan Perhimpunan Minggu 27 (Sesi Pagi)

Tarikh : 26 Julai 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Guru Bertugas :
: Puan Norlida (K)
: Puan Rubiaton
: Puan Jamilah
: Puan Hastipa
: Puan Maimunah
: Encik Norizmi

Laporan perhimpunan:
Murid beratur di hadapan kelas masing-masing bersama guru kelas kerana cuaca hujan. Namun begitu, perhimpunan rasmi sekolah tetap dijalankan seperti biasa. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut :

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. 7 orang murid, wakil dari Persatuan Puteri Islam yang menjalankan tugas menaikkan bendera.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Norlida dan Ikrar Murid oleh Ketua pengawas.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Encik Saifullah) :
4.1 Beliau memberi amaran kepada murid tahun 1 yang menggunakan masa rehat untuk menangkap berudu di dalam longkang sekolah. Beliau berharap perkara ini tidak berlaku lagi selepas ini.
4.2 Beliau juga melaporkan masih ada murid yang berdegil dengan bermain-main di dataran perhimpunan. Sepatutnya semua murid sudah maklum dengan peraturan sekolah supaya tidak melintas melalui dataran perhimpunan.
4.3 Akhir sekali, beliau mengingatkan mengenai penggunaan bilik stor sukan. Hanya 3 orang murid dibenarkan masuk mengambil alatan sukan di dalam bilik itu. Ini adalah untuk mengelakkan bilik tersebut disepah-sepahkan.
4.4 Untuk kebersihan kelas minggu lepas tidak dapat dijalankan kerana kelas-kelas digunakan oleh murid tahun 6 sempena Ujian Percubaan UPSR 3.

5. Ucapan guru bertugas (Puan Norlida) :
5.1 Puan Norlida mengumumkan nama-nama guru bertugas pada minggu ini.
5.2 Beliau juga memaklumkan mengenai Minggu Panitia Pendidikan Islam. Beberapa aktiviti akan dijalankan seperti :
Tahun 1 - menulis tulisan cantik jawi
Tahun 4 - menjawab kuiz israk & mikraj
Aktiviti untuk murid tahun 6 akan dijalankan selepas UPSR. Semua aktiviti akan berlangsung di dalam kelas semasa P&P Pendidikan Islam berlangsung.

6. LAWAD
Encik Norizmi membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – Baran yang bermaksud lekas marah @ pemarah
BI – Sniff yang bermaksud hidu (to smell something)
ARAB – Hasubun yang bermaksud komputer

7. Pengumuman guru :
7.1 Encik Azhar - Meminta murid yang belum membayar duit lawatan ke Melaka, agar menjelaskan bayaran kepada beliau selepas perhimpunan ini.
7.2 Puan Norlida – Aktiviti kokurikulum pada minggu ini adalah Unit Beruniform.

8. Ucapan GPK 1 Puan Siti Habsah :
6.1 Beliau mengumumkan kehadiran 2 guru baru iaitu :
Encik Musrizuan menggantikan Puan Lorna
Puan Siti Mahfudzah - guru Pendidikan Khas
Beliau meminta semua murid hormat kepada guru-guru baru seperti guru lain.

6.2 Beliau juga melaporkan kejadian merosakkan harta benda sekolah (vandalisma) yang berlaku di kelas 3 Tiong. Kelas 5 Tulip yang menumpang di kelas 3 Tiung diminta turun ke dataran untuk disoal siasat.
Puan Habshah menyatakan kekesalan kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya dilakukan oleh murid sekolah.

10. Ucapan Guru Besar – Encik Sukimin bin Juki
10.1 Setiap orang perlu mempunyai cita-cita dan matlamat. Cuma cara untuk mencapai matlamat itu mungkin akan berbeza. Oleh itu, sekiranya hujan, maka perhimpunan tetap perlu dijalankan di hadapan kelas seperti hari ini. Kebiasaan guru berada di depan murid, sekarang guru kelas perlu berada bersama-sama murid. Matlamat untuk mengadakan perhimpunan tetap berjalan lancar. Matlamat perlu dicapai dengan apa cara selagi tidak melanggar peraturan dan undang-undang sama ada di sekolah mahupun dalam kehidupan seharian.

10.2 Beliau juga menyatakan rasa kesal atas kejadian yang berlaku di Kelas 3 Tiong. Murid kelas 5 Tulip perlu disiasat untuk memastikan siapa yang bersalah dalam perkara ini. Beliau mengharapkan murid lain mengambil iktibar dan tidak melakukan kesalahan yang sama.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

Thursday, July 22, 2010

AKTIVITI KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
TARIKH : 21 JULAI 2010
HARI : RABU
AKTIVITI : PERSATUAN DAN PERMAINAN
KEHADIRAN MURID : TAHUN 3,4,5,6

AKTIVITI :
1. Aktiviti berjalan seperti biasa walaupun hujan pada sebelah pagi.
2. Aktiviti dijalankan di dewan terbuka dan di tempat letak basikal.
3. Aktiviti waktu petang berjalan seperti biasa, murid tahun 6 hadir kerana kelas tambahan telah ditangguhkan.
4. Guru memberi komitmen yang sepenuhnya.
5. Terima kasih kepada semua

Wednesday, July 21, 2010

SEKOLAH GANTI - SABTU 24 JULAI 2010

Dimaklumkan bahawa sekolah ganti pada hari Sabtu (24.7.2010) ini seperti yang telah dimaklumkan dalam surat sebelum ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Manakala sekolah ganti pada 7 Ogos 2010 pula akan dimaklumkan kemudian. Maaf atas sebarang kesulitan.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 26(SESI PETANG)

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI HARI ISNIN (SESI PETANG)
Hari : ISNIN
Tarikh : 19 MEI 2010
Masa : 5.30 – 6.30 petang

Guru Bertugas :
Pn. Mardiana Bt. Kamaruddin
Pn. Norkhusaini bt. Salehudin
Pn. Norazian bt. Mat Anuar
Pn. Pn. Salmi bt. Adnan (menggantikan Pn. Salwana)
En. Rozana bt. Aziz
En. Wan Mohd. Roswandy b. Wan Ibrahim
Pn. Rozimah bt. Yaakob

Laporan/Ulasan

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa diketuai oleh Abdul Muaz
3. Ikrar Rukun Negara dan Murid
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :( En Ezzol Fitri )
4.1. Murid-murid hendaklah memakai terompah ketika menggunakan tandas.
4.2. Kebersihan tandas hendaklah diutamakan untuk kemudahan kepada semua murid.
4.3. Murid yang berkutu mestilah membeli ubat kutu di farmasi.
4.4. Murid-murid perlu beratur ketika hendak ke perpustakaan atau makmal.
5. Ucapan Guru Bertugas : (Pn SalmiAdnan )
5.1 Memperkenalkan guru bertugas minggu ini
5.2 Murid-murid diingatkan supaya mengutamakan kebersihan walau di mana sahaja
berada.

6. Perkataan LAWAD hari ini :
Bahasa Malaysia : MENGORAK
Bahasa Inggeris : YAWNING
Bahasa Arab : DAKWAT
7. Persembahan Choral Speaking
8. Ucapan Penolong Kanan (Pn Siti Hanim Bt Sungit)

8.1 Masalah murid yang berkutu
Ramai murid tahun dua yang mengalami masalah kutu dikepala.Fenomena ini amat
membimbangkan.Sehubungan itu, murid-murid yang berkutu perlulah memaklumkan
penjaga mereka untuk tindakan susulan. Penjaga boleh membeli ubat kutu di farmasi atau di
hospital.

8.2 Penguasaan Sifir
Murid-murid perlu menguasai sifir agar pembelajaran matematik menjadi lebih mudah.
Walau bagaimanapun, ramai murid yang lemah di dalam sifir. Justeru itu, murid-murid
perlu menguasai sifir mereka.

8.3 Kesihatan pelajar.
Kesihatan murid-murid menjadi keutamaan di sekolah. Murid yang sihat akan
memungkinkan aktiviti pembelajaran berjalan lancar.Hanya pelajar yang mengalami
masalah kesihatan yang kritikal dibenarkan pulang ke rumah. Pelajar yang mengalami
sakit-sakit ringan hanya perlu berehat di dalam kelas.

7.4 Sekolah ganti
Hari sabtu, 24 Julai 2010 merupakan sekolah ganti. Jadual adalah seperti
hari rabu.

PERHIMPUNAN TAMAT PADA PUKUL 6.30 PETANG.

LAPORAN PROGRAM PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA

Program Penerapan Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni ini adalah anjuran bersama pihak SK Taman Putra Perdana dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kempen yang bermatlamat menggalakkan penghayatan dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan murid-murid ini amat bermakna, terutama dalam era dunia tanpa sempadan hari ini yang mendedahkan masyarakat dengan pelbagai gejala dan unsur-unsur negatif sehingga boleh melunturkan budi bahasa dan nilai-nilai murni sekiranya tidak dibendung dengan betul.

Salah satu aktiviti yang telah dijalankan di bawah program ini adalah Aktiviti Nilai Disemai. Aktiviti ini bertujuan menerapkan sikap bertanggungjawab dan prihatin menjaga kebersihan persekitaran yang perlu diamalkan oleh semua murid dengan membuang sampah ke dalam tong sampah. Program ini telah dilaksanakan pada hari Khamis, 15 Julai 2010.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Aktiviti Nilai Disemai bagi sesi pagi:
Murid prasekolah, tahun 1, tahun 5 dan pendidikan khas.




Guru mengedarkan makanan kepada murid.


Murid-murid sedang makan makanan yang telah diberikan.


Murid-murid membuang sampah di dataran perhimpunan.


Kelihatan sampah yang bertaburan.

Murid-murid memungut semula sampah yang telah dibuang dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan.


Dataran perhimpunan yang telah bersih.



Aktiviti Nilai Disemai bagi sesi petang:
Murid tahun 2, 3 dan 4.


Guru mengedarkan makanan kepada murid.



Murid-murid sedang makan makanan yang telah diberikan.



Murid-murid membuang sampah di dataran perhimpunan.


Murid-murid memungut semula sampah yang telah dibuang dan membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan.




Dataran perhimpunan yang telah bersih.

Monday, July 19, 2010

SESI MEDIA DAN PELANCARAN PARTNERS IN LEARNING - KODU KUP 2010



Program Kodu Kup ini adalah satu program rintis melibatkan sekolah-sekolah dari Australia, Singapura dan Malaysia. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep “computer gaming in teaching and learning” yang boleh dilaksanakan oleh sekolah dalam usaha pembudayaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

SKTPP telah terpilih sebagai sekolah rintis bersama 5 buah sekolah lain dari seluruh Malaysia. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah :
  • SMK Taman Bukit Maluri
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • SMK Kalumpang
  • SMK USJ 12
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Microsoft Malaysia di bawah program Partners in Learning telah menjemput guru dan murid SKTPP yang terlibat dengan program Kodu Game Lab. Sesi Media ini berlangsung pada 19 Julai 2010 di The Apartment Restaurant, KLCC.
Pelbagai sumber media dijemput hadir dalam sesi ini. Murid yang terlibat ialah Yasmin, Amirul dan Raimi dari kelas 5 Alamanda. Guru yang terlibat pula adalah Cikgu Norliza dan Cikgu Ruby.
Sesi ini bermula pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Banyak input baru yang diperolehi oleh guru dan murid yang hadir semasa sesi ini.
Berikut gambar-gambar yang sempat diambil pada majlis tersebut :

Minum pagi sebelum sesi bermula


Sementara menunggu peserta lain tiba, kami bersiar-siar sekejap di KLCC



Sempat bergambar selepas pendaftaran dibuat

Makanan dihidangkan selepas sesi bergambar


En. Farad Alhusaini menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas

Sesi memperkenalkan sekolah-sekolah yang terpilih dalam projek rintis

Raimi berpeluang menunjukkan bakat dalam sesi media ini

Yasmin, Amirul dan Raimi memberi perhatian penuh semasa sesi pembentangan permainan yang dihasilkan oleh Kong Brothers.

Bergambar di luar Taman KLCC sebelum bertolak pulang ke SKTPP

Hari ini, maka secara rasmi bermulalah pertandingan mencipta Permainan Komputer menggunakan software Kodu. Diharap murid SKTPP dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan kreativiti masing-masing dalam usaha menghasilkan permainan Kodu ini.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 26

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 26
Tarikh : 19 Julai 2010
Masa : 7.45 - 8.15 pagi
Tempat : Di hadapan kelas murid masing-masing. (Perhimpunan tidak diadakan di tapak perhimpunan kerana hujan)
Guru Bertugas : Encik Tarmiji (K)
: Puan Norli
: Puan Juli
: Puan Noorjhan
: Puan Nor Azura
: Encik Saifullah
: Puan Rosmawati
Laporan perhimpunan:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Nor Azura dan Ikrar Murid oleh pengawas sekolah.
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :
4.1 Puan Zaleha melaporkan 5 perkara:
- Terdapat murid yang mencampakkan batu ke dalam tangki.
- Semua murid yang menaiki basikal dinasihatkan supaya menyusun basikal dengan teratur.
- Terdapat murid yang tidak turun ke dataran perhimpunan terutama murid Tahun 1.
- Terdapat murid menjerit ketika loceng berbunyi.
- Kepada murid-murid yang hilang barang seperti dompet, cermin mata, pemegang kunci dan duit sila berjumpa dengan guru bertugas minggu ini.
5. LAWAD
Puan Nor Azura membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.
BM – MENGORAK bermaksud membuka atau mengurai.
BI – YAWNING bermaksud menguap.
ARAB – HIBRUN bermaksud dakwat.
6. Ucapan Puan Nor Azura
6.1 Puan Nor Azura juga mengumumkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini ialah permainan dan persatuan.
6.3 Mengumumkan keputusan keceriaan kelas:
Tahun 1 –Myvi
Tahun 5 –Lily
Tahun 6 – Argentum
7. Ucapan Puan Siti Habsah Bt Ahmad
7.1 Pembahagian kelas Tahun 6 (19 Julai hingga 21 Julai)
Aras 3 - Titanium, Stanum, Plumbum, Platinum dan Nikel
Aras 2 - Argentum, Ferum, Kadmium, Aurum dan Kupum
Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

Pertandingan Bintang Kecil 2010

Adik Nor Eleya bt. Zainal Abidin , wakil Bintang Kecil Negeri Selangor telah mendapat tempat ke 3
dalam Pertandingan Bintang Kecil 2010 Peringkat Zon Tengah pada 11 Julai 2010 bertempat di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Seremban, Negeri Sembilan.

Pertandingan ini adalah anjuran Radio RTM bersama Negeri FM.

Tahniah diucapkan.

Friday, July 16, 2010

Perjumpaan kepada murid-murid yang menaiki basikal ke sekolah (Sesi Petang)





Pada 13/07/2010 (Selasa) yang lalu, Pn. Yani (Guru Disiplin) dan Pn. Siti Hanim (PK Petang) telah membuat perjumpaan dengan beberapa orang murid yang menaiki basikal ke sekolah. Ia bertujuan:-

1. agar murid-murid dapat menyusun basikal masing-masing dengan teratur dan kemas mengikut garisan kuning yang telah disediakan.

2. mengunci basikal dengan baik dan betul.

Thursday, July 15, 2010

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN KE-3

Sebagai peringatan buat murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR pada minggu hadapan.

HARI

TARIKH

PERKARA

MASA

ISNIN

19-Julai-10

Bahasa Melayu Pemahaman

8.15pagi - 9.05pagi

19-Julai-10

Bahasa Melayu Penulisan

9.30pagi - 10.45pagi

19-Julai-10

Matematik Kertas 2

11.30 - 12.10tengahari

SELASA

20-Julai-10

Matematik Kertas 1

8.15pagi - 9.15pagi

RABU

21-Julai-10

Sains

8.15pagi - 9.30pagi

21-Julai-10

Bahasa Inggeris Kertas 1

9.45pagi - 10.35pagi

21-Julai-10

Bahasa Inggeris Kertas 2

11.30 - 12.45tengahari


SELAMAT MENJAWAB & SEMOGA BERJAYA

Monday, July 12, 2010

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU 25

Tarikh : 12 Julai 2010
Masa : 5.50 – 6.30 petang
Guru Bertugas
: Puan Saadiah (K)
: Puan Noraida
: Puan Azlina
: Puan Siti Baizura
: Puan Rashidah
: Encik Ezol Fitri
: Pn Nor Arzah
Laporan perhimpunan:
1. Bacaan doa oleh Muhammad Afham Syahir b. Muhd Shahrin (4 Linux).
2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Salmi. Upacara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Pandu Puteri Tunas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Puan Rashidah dan Ikrar Murid oleh Muhammad Zulhilmi b. Zainol (4 Unix).
4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas : Puan Norinna
4.1 Penggunaan koridor - murid suka berlari di koridor. Murid- murid dikehendaki berjalan dengan pantas ketika bergerak ke satu tempat yang lain sahaja.
4.2 Larangan menggunakan dataran perhimpunan – tahun 3 dan 4 yang datang untuk aktiviti kokurikulum juga dilarang menggunakan dataran perhimpunan.
4.3 Tempat letak basikal – murid dikehendaki meletak dan menyusun basikal di garisan yang disediakan.
4.4 Murid-murid terlalu agresif bercakap dengan kuat di dewan terbuka selepas rehat.
4.5 Nyanyian lagu Selangor – ada murid yang salah lirik pada ayat ‘Selamat Di Atas Takhta’. Takhta disebut ‘sahsa’. Murid dikehendaki perbetulkan lirik tersebut.
5. Penyampaian sijil kebersihan :
Tahun 2 : 2 Almon
Tahun 3 : 3 Merak (3 kali berturut-turut beserta hadiah iringan)
Tahun 4 : 4 windows
Hadiah iringan kepada kelas 3 kali berturut-turut menang kebersihan kelas iaitu : 2 Jelutong dan 4 Linux.
6. LAWAD
BM – TERUJA bermaksud timbul minat atau keinginan kuat terhadap sesuatu.
BI – CARRY bermaksud membawa.
ARAB – KHALAAMUN bermaksud pen.
Murid tahun 2 Nyatoh Amirul Akil mendapat kupon ganjaran.
6. Ucapan Puan Yani (Guru Disiplin) :
6.1 Penggunaan kipas – kipas kelas dan kipas bilik khas tidak ditutup semasa keluar rehat.
6.2 Susunan basikal mestilah tidak melebihi garisan kuning. Perjumpaan dengan semua murid yang menaiki basikal di dewan terbuka pada hari Selasa (13.7.2010) pukul 3.30 petang.
6.3 Pagar C akan ditutup dan tarikh yang akan diberitahu kelak.
6.4 Murid dinasihatkan tidak meletakkan beg atau buku di dewan terbuka kerana takut hilang.
6.5 Murid-murid diingatkan untuk tidak datang ke sekolah jika demam atau sakit. Dapatkan surat MC untuk makluman guru kelas.
6.6 Murid dikehendaki memotong rambut dan kuku.
7. Ucapan Puan Nor Arzah (Guru Bimbingan dan Kaunseling).
7.1 Guru bimbingan dan kaunseling mempromosikan penggunaan bilik kaunseling. Semua murid dialu-alukan datang untuk mendapat nasihat dari segi akademik dan sahsiah.
8. Ucapan Guru Bertugas : Puan Rashidah
8.1 Murid dinasihati memakai terompah supaya tandas tidak kotor. Murid juga perlu menghormati makcik/pakcik yang menjaga tandas.
8.2 Murid juga diingatkan supaya tidak berlengah untuk beratur selepas loceng rehat dibunyikan. Dua hingga tiga minit sebelum loceng dibunyikan, murid-murid sudah bersedia turun ke dewan terbuka.
8.3 Pihak sekolah akan menjalankan ‘Kempen Zero Sampah’. Murid dikehendaki membawa plastik ke sekolah bagi mengisi sampah dan dibuang di rumah.
8.4 Murid diingatkan supaya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dan pinggan dimasukkan ke dalam besen yang disediakan bukannya dibiarkan atas meja kantin. Ini mengelakkan kehadiran burung gagak dan lalat di kantin yang mewujudkan persekitaran yang kurang bersih.
Perhimpunan tamat pada pukul 6.30 petang.

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 25

Tarikh : 12 Julai 2010

Masa : 7.45 - 8.15 pagi

Guru Bertugas : Puan Zaleha (K)

: Puan Zainur Jimah

: Puan Nur Syukri Hidayati

: Puan Ezza

: Puan Mazzaini

: Encik Mohd Rusydan

Laporan perhimpunan:

1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas.

2. Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian dikendalikan oleh Puan Zaleha. Acara menaikkan bendera dilakukan oleh badan beruniform Pandu Puteri Tunas.

3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Puan Zainur Jimah dan Ikrar Murid oleh pengawas sekolah.

4. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas :

4.1 En. Shahrizal melaporkan 2 perkara:

- Adab dan disiplin murid sepanjang membeli makanan di kantin: Murid diberi amaran supaya jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa membeli makanan di kantin.

- Adab dan tatacara apabila balik sekolah: Murid diingatkan supaya tidak bertolak-tolak, berlari-lari dan berlumba-lumba ketika menuruni tangga.

5. LAWAD

Puan Zainur membacakan perkataan LAWAD pada hari ini.

BM – TERUJA bermaksud timbul minat atau keinginan kuat terhadap sesuatu.

BI – CARRY bermaksud membawa.

ARAB – QALAMUN bermaksud pen.

6. Ucapan Puan Zainur Jimah

6.1 Memberi pesanan kepada tahun 5 dan tahun 6 supaya tidak membuat bising dan jangan berlari-lari semasa loceng rehat tamat sebaliknya murid dingatkan supaya terus beratur di dewan untuk masuk ke kelas masing-masing. Gelagat murid-murid yang membuat bising telah mengganggu murid tahap 1 yang sedang belajar. Murid perempuan dilarang berkumpul di bilik persalinan semasa loceng habis rehat dibunyikan sebaliknya harus bergegas beratur di dewan.

6.2 Puan Zainur juga mengumumkan aktiviti kokurikulum pada minggu ini ialah Unit Beruniform.

6.3 Mengumumkan keputusan keceriaan kelas:

Tahun 1 –Alza
Tahun 5 –Lily
Tahun 6 – Argentum

7. Ucapan Puan Jamilah Ariffin

7.1 Murid dinasihati agar memakai terompah supaya tandas tidak kotor. Murid juga dinasihati supaya murid menghormati makcik yang menjaga tandas. Puan Jamilah juga memberi amaran bahawa alat pembersihan dalam tandas tidak boleh diusik oleh murid.

7.2 Mengingatkan kembali murid tahun 5 dan tahun 6 supaya tidak melengahkan masa untuk beratur di dewan semasa loceng habis rehat dibunyikan.

7.3 Mengumumkan bahawa sekolah akan menjalankan ‘Kempen Zero Sampah’. Murid membawa plastik ke sekolah, murid akan membuang sampah dalam plastik dan bawa pulang ke rumah.

7.4 Memberi pesanan kepada murid bahawa sekiranya murid demam lebih daripada 3 hari hendaklah mengajak ibu atau bapa ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Murid yang mengalami demam juga diingatkan supaya jangan datang ke sekolah.

7.5 Memberi amaran bahawa murid perlu membuang sisa makanan ke dalam tong sampah dan tidak dibenarkan meninggalkan sisa makanan tersebut begitu sahaja diatas meja kantin. Pinggan dan gelas juga hendaklah diletakkan ke dalam besen yang telah disediakan oleh pihak pengurusan kantin kerana dikhuatiri kekotoran meja kantin akan mengakibatkan gangguan burung gagak.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

Sunday, July 11, 2010

4TH ANNUAL INTER-PRIMARY SCHOOL ENGLISH CHORAL SPEAKING COMPETITION

Our school has been invited by the Subang Parade Management to participate in the 4th Annual Inter-Primary School English Choral Speaking Competition.
We have been practicing the routine for the last 2 months now. Still, we will continue to practice as to improve and brush up our skills in presenting our school proudly.
To show support for our school, do join us there.


Below are the details of the competition for your reference :


Date : Saturday, 31st July 2010
Contest Time : 1.30pm
Venue : East End Concourse, Lower Ground Floor Subang Parade
(in front of Big Apple &HSL)
Team’s name : Mark of Triumph ( 37 students of Year4 )
Tittle/Theme : Idiosyncrasies of Malaysians







Saturday, July 10, 2010

TEKNIK MENJAWAB UPSR FASA 2

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama Jawatankuasa Peningkatan UPSR telah menjalankan Program Ceramah Teknik Menjawab UPSR Fasa 2.

Tarikh dan masa : 29 dan 30hb Jun 2010 (Sains)
-1.30 petang hingga 3.30 petang
10hb Julai 2010(Matematik dan Bahasa Inggeris)
-8.00 pagi hingga 1.00 petang
Sasaran : Semua murid tahun 6
Objektif program : 1. Membantu murid mengurangkan kesalahan ketika menjawab soalan peperiksaan.
2. Membantu murid-murid menghadapi peperiksaan dengan tenang serta berkeyakinan dan menjawab dengan tepat.

Penceramah : En. Khairul Anuar b. Abdul Azid (Sains)
En. Saiful Anuar b. Hj. Basran (Matematik)
En. Choon Peng Boon (Bahasa Inggeris)

Thursday, July 8, 2010

CUTI GANTI SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI DAN DEEPAVALI


  

Bil 

Tarikh Cuti 

Hari 

Tarikh Ganti 

Hari 

Jadual 

Catitan 

1

13.9.2010 

Isnin 

24.4.2010 

Sabtu 

Isnin 

Raya Puasa 

2

14.9.2010 

Selasa 

10.7.2010 

Sabtu 

Selasa 

Raya Puasa 

3

15.9.2010 

Rabu 

24.7.2010 

Sabtu 

Rabu 

Raya Puasa 

4

17.9.2010 

Jumaat 

Cuti Peristiwa 

5

4.11.2010

Khamis 

7.8.2010 

Sabtu 

Khamis 

Deepavali 


  

Jadual di atas adalah takwim sempena cuti ganti Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali

NOTA:

16.9.2010 (Khamis) adalah cuti umum sempena Hari Malaysia.