Wednesday, September 28, 2011

CUTI PERISTIWA

Sempena Malam Amal 1Malaysia pada 1 Oktober 2011 (Sabtu), sekolah akan bercuti pada 3 Oktober 2011 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 4 Oktober 2011 (Selasa).

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Lawatan Ke Festival Kuda di Sungai Besi

Pada hari Sabtu 24 September 2011, seramai 80 orang murid bersama 8 orang guru telah dibawa menghadiri Festival Kuda yang berlangsung di Sungai Besi.

Berikut beberapa paparan gambar aktiviti yang berlangsung di festival:





Tuesday, September 27, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 25 (SESI PETANG)

Hari: Isnin

Tarikh: 26 September 2011

Masa: 6.10 pm - 6.40 pm

Guru Bertugas:

Pn. Shakila

En. Shahrizal

Pn. Syukri Hidayati

Pn. Nik Rosmaliza

Pn. Nur Malisha

Cik Nurul Akma (tidak hadir)

Pn. Noranismawati (tidak hadir)


Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Muhd Irfan Bin
Rosli (3 Jati).
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Nik Rosmaliza.
4. Bacaan ikrar murid oleh Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (3 Seraya.)

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Nor Sabariah)

5.1 Kemerosotan disiplin dikalangan murid agak membimbangkan.

5.2 Murid-murid tidak berbaris dengan betul semasa berada di Dewan Perdana dan Dewan Putra serta membuat bising sebelum masuk ke kelas masing-masing.

5.3 Sikap sesetengah murid yang suka membuang sampah semasa beratur perlu dihindarkan.

5.4 Terlalu banyak barang tercicir atau hilang, ditinggalkan di tempat yang tidak sepatutnya.

5.6 Kejadian minggu lepas, murid 3 Keruing menyembur air ke mata kawan, maka terjadilah pergaduhan. Hal ini tidak sepatutnya berlaku lagi.

6. Ucapan Guru Bertugas: (Pn. Nik Rosmaliza)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Memperkenalkan tema pada minggu ini: Badan sihat, otak cerdas.

- Untuk memiliki otak yang cerdas, murid perlu memiliki badan yang sihat terlebih dahulu.

- Badan yang sakit mengganggu pemikiran dan mental seterusnya tidak dapat belajar dengan baik.

- Cara menjaga kesihatan tubuh badan iaitu dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti melakukan senaman, makan makanan berzat dan seimbang.

- Amat penting murid memastikan badan sentiasa sihat untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik.

6.3 Peringatan kepada semua murid supaya tidak bermain dan berlari di kawasan sekolah untuk mengelakkan kecederaan berlaku.

7. Perkataan LAWAD pada hari ini:

1. Bahasa Melayu

Kartunis: Orang yang kerjanya melukis kartun secara profesional.


2. Bahasa Inggeris


Anchor: Sauh


3. Bahasa Arab


Shaariu’n: Jalan

8. Penyampaian sijil dan hadiah kelas terbersih mingguan.

Sijil pemenang minggu ke 24

Tahun 1: Lambda

Tahun 2: Alza

Tahun 3: Almon

Hadiah pemenang 3 minggu berturut-turut

Tahun 1: Lambda

Tahun 2: Alza

Tahun 3: Cengal

9. Ucapan Guru Penolong Kanan: (En. Rosdin Ibrahim)

9.1 Kelakuan/ perbuatan melambangkan peribadi murid sendiri. Jika murid menunjukkan sikap yang buruk, maka jahatlah gambaran guru dan kawan-kawan terhadap murid tersebut. Oleh itu, murid perlu berubah sikap dan menunjukkan peribadi yang baik dan disenangi semua kawan dan guru.

9.2 Sikap membuang sampah merata-rata perlu dikikis dalam diri. Murid sepatutnya suka kepada keadaan dan persekitaran yang bersih. Maka murid perlu bersama-sama menjaga kebersihan kawasan sekolah.

9.3 Malam Amal 1 Malaysia: diharapkan semua murid yang berminat untuk hadir ke majlis tersebut membeli tiket daripada guru. Malam Amal 1 Malaysia akan diadakan pada hujung minggu ini, Sabtu (1 Oktober 2011) .

Jadual Latihan Bola Jaring Tahun 6

Untuk makluman semua murid dan guru-guru yang terlibat, ini adalah jadual latihan untuk aktiviti pertandingan bola jaring interclass:


JADUAL LATIHAN BOLA JARING TAHUN 6
PERTANDINGAN ANTARA KELAS SEMPENA AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011

HARI/MASA
7.30-8.30
8.30-9.30
9.30-10.30
SELASA
27 SEPT 2011
6 GARDENIA
vs
6 CARNATION
6 LILY
vs
6 ORKID
6 LOTUS
vs
6 IRIS
RABU
28 SEPT 2011
6 ALAMANDA
vs
6 LOTUS
6 DAISY
vs
6 ORKID
6 TULIP
vs
6 CARNATION
KHAMIS
29 SEPT 2011
6 IRIS
vs
6 LILY
6 GARDENIA
vs
6 ALAMANDA
6 DAISY
vs
6 ALAMANDA
JUMAAT
30 SEPT 2011
6 TULIP
vs
6 IRIS
6 GARDENIA
vs
6 DAISY
6 ORKID
vs
6 CARNATION

PENTING:
1.       Murid boleh turun berlatih bersama guru mata pelajaran pada masa-masa yang ditetapkan di atas.
2.       Murid lelaki perlu berada bersama-sama di padang latihan untuk member sokongan kepada kelas sendiri.
3.       Jaga disiplin diri sendiri.

Monday, September 26, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI KE-35

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PAGI KE-35

Hari: Isnin
Tarikh: 26 September 2011
Masa:7.30-8.00 pagi

Guru Bertugas:
1. Pn. Salwana Elias
2. Pn. Halimatun Saadiah Hassan
3. En. Zaidi Mahmat
4. Pn. Maimunah Yob
5. Pn. Nor Azura Mustafa
6. Pn. Norasmawati Omar
7. En. Ahmad Musrizwan Daud
8. En. Hazim Harun

Laporan/Ulasan:

i) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

ii) Bacaan Doa diketuai oleh adik Muhd Kamal Aizam b. Kamaruzaman(5 Xenix)

iii) Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Zaidi Mahmat

iv) Bacaan Ikrar Murid oleh adik Amirah Yasmin bt Mohd Azmir

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Cik Nor Shuhada bt Mohd Nor)

  • Teguran kepada murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki peperiksaan UPSR supaya mematuhi peraturan sekolah dengan sentiasa bersama guru matapelajaran masing-masing.

  • Murid-murid Tahun 6 juga diingatkan supaya menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah, disamping membuat persediaan untuk Malam Amal 1 Malaysia serta persiapan hari Graduasi.

  • Semua pelajar diminta supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat demi untuk menjaga kebersihan.

  • Kebersihan kelas:

  • Tahun 4 Tiung, Tahun 5 Linux dan Tahun 6 Carnation


    3. Ucapan Guru Bertugas Mingguan (En.Zaidi Mahmat)

  • Tema pada minggu ini ialah "Badan Sihat Otak Cerdas".

  • Untuk mendapat badan yang sihat kita perlulah mengamal gaya hidup sihat iaitu dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Pemakanan yang diambil mestilah pemakanan yang seimbang yang mengandungi semua zat-zat yang diperlukan oleh badan, melalui proses pembesaran. Selain itu, kita perlu juga melakukan senaman setiap hari. Berjoging adalah senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa saja walau dimana berada. Apabila badan sihat maka akan melahirkan otak yang cerdas dengan ini senanglah bagi kamu sebagai pelajar untuk mendapat ilmu yang disampaikan di bilik darjah.

  • Perkataan LAWAD:

  • 1. Bahasa Melayu: KARTUNIS (Orang yang kerjanya melukis kartus secara profesional)
    2. Bahasa Inggeris: ANCHOR (Sauh)
    3. Bahasa Arab: SYARIUN (Jalan)

    4. Ucapan Guru Disiplin (Pn. Zaleha)

  • Guru disiplin menegaskan murid-murid supaya tidak membawa alatan elektronik ke Sekolah seperti telefon bimbit dan kamera. Ini adalah menyalahi peraturan sekolah.

  • Bagi murid Tahun 6- haruslah bersama-sama guru matapelajaran terutama semasa membuat persiapan persembahan Malam Amal dan juga persiapan Graduasi


  • 5. Malam Amal 1 Malaysia

    Puan Rubiaton telah mengingatkan murid-murid yang masih belum membeli tiket Malam Amal 1 Malaysia agar segera bertindak membeli tiket tersebut melalui guru kelas masing-masing. Inilah peluang untuk sama-sama menyaksikan persembahan warga SKTPP disamping mengumpul dana sambil menderma untuk menaik taraf prasarana sekolah.

    6. Ucapan Guru Besar

    Guru Besar memberi nasihat kepada pengawas Sekolah supaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Beliau juga mengingatkan murid-murid agar mengambil kesempatan untuk bergiat cergas dalam sukan kerana dengan bersukan dapat menyihatkan badan dengan ini minda akan menjadi cerdas. Selain itu, untuk melayakkan diri ke sekolah Berasrama Penuh markah 10% diambil kira dari penglibatan aktif dalam acara sukan.

    Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi.

    Friday, September 23, 2011

    PROGRAM j-QAF KEM MUKHAIYYAM ARABI PERINGKAT SEKOLAH DAERAH SEPANG 2011

    Kem Mukhaiyyam arabi ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula dari 20/09/2011-22/09/2011 (selasa- khamis) bertempat di Insight G-Jan Camp, Kampung Jijan Hulu, Nilai. Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah menghantar seramai 8 orang peserta untuk menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang 3 hari ialah : permainan puzzle, kemahiran mendengar dan menyebut perkataan sapaan bahasa arab, jungle tracking dan lain-lain.




    Taklimat sebelum memulakan Jungle Tracking


    Fasilitator yang terlibat dalam Kem Mukhayyam Arabi


    Permainan puzzle dalam bahasa arab


    Kemahiran mendengar dan menulis kalimah bahasa arab


    Laluan Jungle Tracking


    Aksi mencabar semasa Jungle Tracking





    Praktikal solat dalam hutan


    Aktiviti terakhir jungle tracking, mandi dalam kolam




    Posted by : Nahdatul Sima bt Mat Kairan

    Thursday, September 22, 2011

    PROGRAM ALAM REMAJA 2011

    Tarikh : 20hb September 2011
    Masa : 11.00am - 12.30 tgh hari

    Dalam menempuh dunia yang penuh dengan cabaran ini, satu program telah dirancang untuk murid-murid Tahun Enam sebagai persediaan dari segi emosi dan sahsiah dalam menempuh alam remaja.

    Program ini telah mendapat kerjasama daripada Pusat Khidmat Kafe@Teen,LPPKN.Terima kasih kepada semua yang terlibat







    SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2011

    Sambutan kemerdekaan ke 54 tahun peringkat sekolah telah diadakan pada 21 September 2011 bertempat di dataran dan Dewan Perdana SKTTP1.Tema sambutan tahun ini ialah TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA.

    Wednesday, September 21, 2011

    SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH (SESI PETANG)

    Bermula seawal 1.10 petang sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2011 dijalankan bagi murid sesi petang. Sambutan ini bertujuan:

    • Menyemai semangat cintakan tanah air.
    • Menyemai semangat 1 Malaysia.
    • Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
    • Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan tanahair, berdisiplin dan bekerjasama.
    • Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid terhadap menghargai perjuangan generasi terdahulu mendapatkan kemerdekaan.
    Sambutan ini bermula pada jam 1.20 petang. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa olah Ustaz Ahmad Zunaidi. Kemudian murid-murid diperdengarkan lagu patriotik sempena hari kemerdekaan, murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang yang diedarkan kepada mereka. Seterusnya ucapan pembukaan sambutan oleh PK Petang SKTPP En. Rosdin bin Ibrahim.

    Acara yang pertama dipersembahkan ialah persembahan daripada murid tahun 3. Kemudia persembahan daripada murid Tahun 1. Acara selingan seperti koir turut diselitkan.Seterusnya acara yang dipertandingkan ialah persembahan daripada murid Tahun 2 dan pakaian beragam bagi murid Tahun 3. Guru-guru sesi petang tidak ketinggalan menyanyikan lagu tema kemerdekaan tahun ini iaitu Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera. Acara penamat ialah penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan.


    Murid berkumpul sebelum sambutan dijalankan.


    Guru mengedarkan Jalur Gemilang kepada murid.


    Murid - murid mengibarkan Jalur Gemilang.




    Antara persembahan murid Tahun 3




    Antara persembahan murid Tahun 1


    Hakim sedang menilai persembahan murid.


    Antara persembahan murid Tahun 2




    Persembahan pakaian beragam.


    Nyanyian lagu patriotik daripada guru-guru sesi petang.



    LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG KE-34

    LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE-34)

    Hari: Isnin
    Tarikh: 19 September 2011
    Masa: 6.10 – 6.40petang


    Guru Bertugas:
    1. Pn. Norhayati binti Ismail(K)
    2. Pn. Nor Sabariah binti Awang Ngah
    3. Pn. Rozana binti Abd Aziz
    4. Pn. Salmi binti Adnan
    5. En. Wan Mohd Roswandy bin Wan Ibrahim
    6. Pn. Parimala a/p Vengadaslam

    Laporan/Ulasan:


    • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.


    • Bacaan doa diketuai oleh adik Muhammad Faris Aiman bin Zulkifli (3 Almon).


    • Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Rozana binti Abd Aziz.


    • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain (3 Seraya).

    Ucapan Guru Bertugas (Pn. Rozana binti Abd. Aziz)
    1. Tema pada minggu ini ialah "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya".
    2. Ruyung ialah kulit kayu rumbia manakala sagu ialah isi pokok rumbia.
    3. Peribahasa ini bersangkut paut dengan murid kerana kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha yang gigih.

    Perkataan LAWAD:
    1. Bahasa Melayu: Sergah (kata-kata atau suara yang kuat untuk mengejutkan orang)
    2. Bahasa Inggeris: Tasty (enak)
    3. Bahasa Arab: Sayyaratun Ujrah (Teksi)

    Ucapan Penolong Kanan Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)
    1. Kemerosotan disiplin dalam kalangan murid semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Murid-murid hendaklah menghormati guru-guru kerana guru-guru ibarat pengganti ibu dan bapa di sekolah.

    2. Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan pada bulan Oktober. Oleh yang demikian, pelajar – pelajar dinasihatkan agar mengulangkaji pelajaran yang lepas dan menyiapkan latihan yang diberikan guru mengikut masa yang telah ditetapkan..
    3. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Malam Amal 1 Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Pelajar – pelajar digalakkan untuk menunjukkan bakat dengan mengambil bahagian dalam persembahan –persembahan yang ada.
    4. Murid – murid boleh membeli tiket untuk Malam Amal 1 Malaysia daripada guru kelas.Tiket yang wajib dibeli berharga RM 10 (untuk dewasa)dan RM 5 (untuk kanak-kanak.
    5. Murid – murid perlu menjaga disiplin dan peradaban diri pada setiap masa.

    Perhimpunan ditangguhkan pada jam 6.40 petang.

    CADANGAN AKTIVITI TAHUN 6 SELEPAS UPSR

    BIL
    MINGGU
    TARIKH
    CADANGAN PROGRAM
    CADANGAN TARIKH
    TINDAKAN
    1
    34
    19-23 SEPT
    Program Alam Remaja
    Program Penutup Bulan Patriotisme
    Persiapan Malam Amal
    Lawatan ke Festival Kuda
    24 Sept
    AJK terlibat
    En Tarmiji
    2
    35
    26-29 SEPT
    Persiapan Malam Amal
    Persiapan Sukan Tahunan
    Persiapan Pertandingan Antara Kelas
    MALAM AMAL 1MALAYSIA
    1 Okt
    AJK Terlibat
    3
    36
    3-7 OKT
    *3 Okt-
    Cuti Peristiwa
    Pertandingan Antara Kelas
    -Bola Jaring & Futsal
    -Permainan dalaman
    4-6 Okt
    Bola Sepak –
    En Musrizuan/En Jamillulail
    Bola Jaring –
    Pn Zailezah/Pn Rosmizawati
    Permainan dalaman –
    Pn Mazzaini/Pn Noriza
    4
    37
    10-14 OKT
    - Persiapan Sukan Tahunan
    -Sukan Tahunan
    10 – 14 Sept
    16 Okt
    Ajk Sukan Tahunan
    5
    38
    17-21 OKT
    (Minggu PAT )
    Minggu Usahawan Tahun 6
    -Pertandingan kraf antara kelas
    -Pameran kraf
    -Jualan kraf
    17 – 21 Sept
    19 – 21 Sept
    Pn Maimunah
    Pn Norhana
    Pn Norli
    (semua guru kelas thn 6)
    6
    39
    24-28 OKT
    Cuti Hari Deepavali
    *25 Okt-Cuti Peristiwa
    *26 Okt-Cuti Deepavali

    _
    7
    40
    31 OKT-4 NOV
    Minggu Lawatan :
    1. Pusat Sains Negara
    (murid yg berminat)
    -1 hari 2 kelas dr Isnin – Khamis
    2. Putrajaya/Cyberjaya
    (semua murid)
    - hari Jumaat
    31 Okt – 3 Nov
    4 Nov
    Pn Nurulfadilah
    Cik Norliza
    En Kamarul
    Pn Rubiaton/Pn Rosmawati
    8
    41
    7-11 NOV
    Cuti Hari Raya Korban
    Persiapan HAC
    Persiapan Hari Graduasi

    AJK Terlibat
    Pn Kwa Jin Nee/Pn Rubiaton/Pn Azila
    9
    42
    13-18 NOV
    Persiapan HAC
    Keputusan UPSR
    Hari Graduasi
    16 Nov
    17 Nov
    18 Nov
    AJK Terlibat
    Pn Kwa Jin Nee/Pn Rubiaton/Pn Azila
    10
    22 – 25 Nov
    Lawatan ke Terengganu (Terbuka kpd semua murid)

    Pn Mazzaini/Pn Rubiaton