Monday, October 31, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 40 (SESI PAGI)

Hari: Isnin

Tarikh: 31 Oktober 2011

Masa: 7.30-8.00 pagi

Guru bertugas:

Pn Zailezah

Pn Zuraini

Pn Umi Nadzrah

Pn Nor Fairuzah

En Jamilullail

En Ismarizal

En Tarmiji


Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa diketuai oleh adik Kamal Aizam (5 Xenix)

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Ismarizal.

4. Bacaan ikrar murid.


5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Roseniza)

5.1 Kebersihan sekolah dan sekitarnya perlu terus dijaga.

5.2 Murid dinasihatkan agar tidak berlari-lari menuju ke kantin pada waktu rehat.

5.3 Murid perlu terus mengamalkan budaya memberi salam sama ada ketika bertemu dengan guru ataupun rakan-rakan.


6. Ucapan guru bertugas: (En. Ismarizal)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Memperkenalkan Tema pada minggu ini : Murid Cemerlang Sekolah Gemilang.

6.3 murid perlu cemerlang dari segi sahsiah, kurikulum dan kokurikulum demi mencapai matlamat sekolah yang gemilang dan terbilang.

7. Perkataan Lawad pada minggu ini:

a) Bahasa Malaysia : Ayak = alat untuk menapis

b) Bahasa Inggeris: Sniff = hidu

c) Bahasa Arab: Ma Ajmala = Alangkah cantiknya


8. Ucapan Guru Besar : (En Sukimin Juki)

a) memberikan peringatan bahawa hari khamis (3 November 2011) adalah hari sukan sekolah.

b) Murid- murid yang terlibat dalam pertandingan perlu hadir pada setiap kali latihan sukan dijalankan supaya tidak menyusahkan pihak pengurusan rumah sukan.

c) Murid-murid tersebut perlu berasa bertanggungjawab di atas setiap arahan yang diberikan.

d) Murid tahun 6 digalakkan memberikan sumbangan yang bermakna kepada rumah sukan masing-masing memandangkan mereka bakal meninggalkan sekolah ini pada tahun hadapan.


Disediakan oleh:

Pn. Nor Fairuzah


Saturday, October 29, 2011

HARI ORIENTASI TAHUN 1 SKTPP (SESI 2012)

Bertarikh 29 Oktober 2011 ( Sabtu ), pelaksanaan Hari Orientasi bagi murid tahun 1 sesi 2012 diadakan. Aturcara majlis seawal 7.45 pagi bermula dengan kehadiran ibu bapa/penjaga, seterusnya perhimpunan murid-murid bersama guru-guru kelas di Dataran Perhimpunan untuk mengiringi murid-murid ke kelas untuk diadakan ujian. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Zunaidi Jinalabin dan seterusnya ibu bapa diberi Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan KSSR oleh Guru Besar En. Sukimin bin Juki. Turut diselitkan ialah Taklimat Guru Disiplin oleh Pn. Yani bt. Mohamad Shariff. Sementara ibu bapa diberi taklimat, para murid diberi edaran kertas soalan Ujian Diagnostik. Aktiviti orientasi diakhiri dengan lawatan pengenalan tempat-tempat di dalam kawasan sekolah.
















Friday, October 28, 2011

Program Melangkah ke Sekolah Menengah

Pada hari ini, 28 Oktober 2011, murid-murid tahun 6 SK Taman Putra Perdana telah mengikuti satu ceramah khas melangkah ke alam sekolah menengah.  Penceramah jemputan adalah penyelia petang SMK Taman Putra Perdana iaitu Puan Wan Khirani bt Wan Muhammad.

Objektif program ini adalah:
1. memberi pendedahan berkaitan pembelajaran dan budaya pelajar di sekolah menengah.
2. menetapkan matlamat dan hala tuju pelajar untuk mencapai cita-cita pada masa akan datang.

Program ceramah ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bermula pukul 8.00 - 9.00 pagi.  Berikut adalah  gambar-gambar yang sempat dirakam semasa program ini berjalan.







Semoga program ini mampu memberi pengetahuan berguna kepada murid-murid untuk dijadikan pedoman semasa ke sekolah menengah.

Thursday, October 27, 2011

PEMAKLUMAN TAMAT KELAS BIMBINGAN TASMEK

Dimaklumkan bahawa, Kelas Bimbingan Tasmek untuk murid tahun 1 hingga 5 akan ditamatkan bermula pada 27.10.2011 (Khamis). Murid yang terlibat akan balik seperti biasa mengikut jadual selepas daripada tarikh tersebut.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Tuesday, October 25, 2011

PEMULANGAN BUKU TEKS 2011 DAN PENGAGIHAN BUKU TEKS 2012

Dimaklumkan bahawa, pemulangan buku teks 2011 dan pengagihan buku teks untuk kegunaan 2012 akan dijalankan seperti jadual di bawah:-

PEMULANGAN BUKU TEKS

KEGUNAAN 2011

PENGAGIHAN BUKU TEKS

KEGUNAAN 2012

TARIKH

TAHUN

TARIKH

TAHUN

27 Oktober 2011

(Khamis)

1 dan 4



19 - 22 Disember 2011

(8.30 pg – 11.00 pg)



1, 2, 3, 4, 5 dan 6

28 Oktober 2011

(Jumaat)

3 dan 5

31 Oktober 2011

(Isnin)

2

Nota

Pemulangan Buku Teks 2011

Tuan/Puan hendaklah memulangkan Buku Teks dan Buku Latihan Aktiviti seperti jadual yang di atas. Ikat buku tersebut dengan kemas secara berasingan menggunakan tali rafia dan klip bersama senarai semak yang dilampirkan.

Pengagihan Buku Teks 2012

Tuan/Puan dikehendaki hadir mengambil Buku Teks 2012 bagi murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Monday, October 24, 2011

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2012

Orientasi Tahun 1 2012 akan diadakan seperti ketetapan di bawah

Tarikh : 29.10.2011
Hari : SABTU.
Masa : 7.45 HINGGA 12.00 TENGAH HARI.
Pakaian: BAJU DAN SELUAR SUKAN PENDIDIKAN JASMANI SEKOLAH
(DIJUAL DI KEDAI BUKU SEKOLAH)
KASUT SEKOLAH BERWARNA PUTIH.
Alatan yang perlu dibawa: ALAT TULIS.

Semoga kehadiran murid-murid dapat melancarkan pengagihan kelas Tahun 1 2012.
Terima kasih.

Laporan Perhimpunan Mingguan Minggu ke-39

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 39 (SESI PAGI)

Hari: Isnin
Tarikh: 24 Oktober 2011
Masa: 7.30pg - 8.10pg
Guru Bertugas:
En.Pazli
Pn. Nor Azura bt Mohamad Asir
Pn. Rosmizawati
Pn. Nahdatul Sima
Pn. Nor Syifa

Pn. Nor Syamira

Pn. Roseniza

Laporan/Ulasan:
1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2. Bacaan doa diketuai oleh Adik Asyraf
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh Pn. Noriza.
4. Bacaan ikrar murid oleh ketua pegawas adik Hafiz.

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Noriza Bt Mohd Nor)
5.1 Pada waktu rehat banyak kelas yang tidak memadamkan lampu dan kipas.
5.2 Kebersihan kelas kurang memuaskan- sampah bertaburan di bawah meja. Tidak selesa untuk menjawab peperiksaan, murid mengambil sikap tidak peduli. Pesanan : bekerjasama menjaga kebersihan kelas dan kutip sampah buang ke dalam tong sampah.

5.3 masih ramai lagi murid yang meninggalkan gelas & pinggan di atas meja kantin. Sepatutnya gelas dan pinggan tersebut hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.

6. Ucapan Guru Bertugas: (En. Pazli )
6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
6.2 Memperkenalkan tema pada minggu ini:
Masa itu amat berharga

Cara hargai masa

1. Masa amat berharga seumpama emas yang tinggi nilainya, maka hargainya sebaik mungkin.

2.Perkara yang paling jauh adalah masa lalu tak dapat diulang maka kita hendaklah menghargai masa yang kita kecapi sekarang dengan mengisi masa-masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah dan berguna.

6.3 Murid tahun 6 yang menyertai lawatan ke Indah Water Konsortium dikehendaki tunggu selepas perhimpunan

6.4 Murid tahun 6 dikehendaki menghantar buku nota Kajian Tempatan kepada guru mata pelajaran masing-masing kerana buku nota tersebut mewakili 10 markah untuk Penilaian Peperiksaan Akhir Tahun.

6.5 Makluman cuti sempena Perayaan Deepavali selama dua hari iaitu pada hari Selasa (25/10/2011) dan hari Rabu (26/10/2011)


7. Perkataan LAWAD pada hari ini:

Bahasa Melayu
muflis- tak berupaya membayar hutang/bankrap

Bahasa Inggeris

Plump- Gempal

Bahasa Arab
Akhbirni- Beritahu saya



8. Penyampaian sijil dan hadiah kelas terbersih mingguan ditangguhkan kerana minggu lepas merupakan minggu peperiksaan


9. Ucapan tuan Guru Besar

9.1.Selepas peperiksaan Akhir tahun 2011, terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang untuk murid, diantaranya ialah Hari Sukan, Perkhemahan unit berunifom, Hari Anugerah Kecemerlangan, Hari Graduasi dan sebagainya.

9.2.Murid hendaklah menjaga harta benda awam, menghargainya, menggunakan dengan baik dan betul. Sikap berjimat dalam penggunaan elektrik amatlah digalakkan kerana ia dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan pembakaran minyak melalui penggunaan elektrik.

9.3.Murid diminta bersama-sama memberikan kerjasama dalam memeriahkan aktiviti kitar semula iaitu dengan membawa buku-buku latihan yang tidak digunakan lagi untuk dijual ke pusat kitar semula dan wang tersebut digunakan untuk menceriakan sekolah atau membantu murid yang tidak mampu.

9.4 PK Kokurikulum telah ditugaskan untuk menjalankan aktiviti kitar semula ini.

Tuesday, October 18, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 38 (SESI PETANG)

Hari: Isnin

Tarikh: 17 Oktober 2011

Masa: 6.10-6.40 petang

Guru bertugas:

Pn. Arny Yusnita

En. Rusydan

Pn. Aznita

Pn. Norlida

Pn. Nur Azlin

Pn. Suzelawati

Laporan/Ulasan:

1. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Bacaan doa diketuai oleh adik Nor Aiman Danial.

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara oleh En. Rusydan.

4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas.

5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: (Pn. Norazah)

5.1 Murid tidak dibenarkan makan gula getah

5.2 Semasa beratur, murid dilarang bertolak-tolakan sesama sendiri.

6. Ucapan guru bertugas: (En. Rusydan)

6.1 Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.

6.2 Memperkenalkan Tema pada minggu ini : Hargailah Nyawa Anda.

Cara hargai nyawa:

a) Sayangi diri – berhati-hati semasa bermain, tidak bermain di tempat yang merbahaya dan tidak menolak sesama rakan sewaktu bermain.Ini dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan.

7. Perkataan Lawad pada minggu ini:

a) Bahasa Malaysia : Bidai –Tirai.

b) Bahasa Inggeris: Unique – Unik.

c) Bahasa Arab: Kimsahun – Buaya.

8. Ucapan Guru Disiplin : (Pn. Yani)

a) Mulai 18 Oktober 2011 murid-murid dilarang membawa makanan ringan ke sekolah seperti gula-gula getah (chewing gum).

b) Murid- murid dilarang sama sekali membawa mercun ke sekolah.

c) Murid-murid tidak dibenarkan lalu di dataran perhimpunan.

d) Murid-murid diingatkan sekali lagi di mana Pagar A hanya untuk laluan pejalan kaki, penunggang basikal, guru dan juga staf.Murid yang datang dan pulang ke sekolah menaiki kenderaan menggunakan Pagar B.

9. Pengumuman

a) Kelas Tasmik Tahun 1, 2 dan 3 dan Latihan Kokurikulum pada minggu ini dibatalkan.

Disediakan oleh:

Pn.Suzelawati Zakaria

Monday, October 17, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH SESI PETANG

Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Oktober 2011. Objektif Hari Kanak-Kanak diadakan antaranya adalah sebagai satu acara penghormatan dan pengiktirafan oleh pihak sekolah dan masyarakat kepada generasi kanak-kanak. Selain itu dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Sukimin Bin Juki, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Pada hari tersebut juga adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnain dari kelas 3 Seraya telah diumumkan sebagai Tokoh Kanak-kanak sesi petang. Adik Aniq Iqbal Bin Zulkarnaian ialah seorang pengawas yang sangat berdedikasi, sopan santun, suka menolong guru-guru dan rakan-rakan. Beliau adalah contoh terbaik bagi murid-murid lain di sesi petang.

Pertandingan sukaneka bagi tahun 1 hingga 3 juga telah diadakan selepas waktu rehat. Murid-murid juga telah diberi air kotak susu 1 Malaysia. Syabas diucapkan kepada semua guru dan murid yang telah bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah sesi petang.