Monday, April 30, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-17 (SESI PETANG)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 30 April 2012
Masa   : 6.10 - 6.40 petang

  • Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. 
  • Nyanyian telah dipimpin oleh Puan Salmi Amir. 
  • Adik Fathul Akbar telah memimpin bacaan doa.
  • Puan Rozana Aziz memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara.
  • Ikrar murid telah dibaca oleh adik Husna Aqilah

Guru Bertugas
  • Fadhillah Talib
  • Salmi Amir
  • Hafiz Mohd Nor
  • Rozana Aziz
  • Yani Mohd Sharif
  • Nor Mazian Abd Malek
  • Nazahiyah Ab Rahman
 Laporan/ Ulasan Guru Bertugas (Puan Suzelawati)

  • Puan Suzelawati menegur tentang sikap murid 1 Neptune, 1 Marikh dan 1 Musytari yang telah masuk ke dalam kelas sewaktu masa rehat. Perlakuan ini adalah melanggar disiplin sekolah.
  • Murid-murid juga suka keluar dari kelas dan bermain-main di koridor semasa waktu pertukaran antara guru matapelajaran.
  • Terdapat beberapa buah kereta guru yang telah dicalar dan ditoreh oleh muriud-murid. Disebabkan hal ini, murid-murid adalah dilarang sama sekali bermain-main di kawasan parkir kereta guru.
Ucapan wakil Guru Bertugas (Puan Rozana)
  • Masa adalah amat berharga. Murid-murid diingatkan untuk tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Guna waktu terluang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
  • murid Tahun 3 mesti mengguna masa yanga da untuk membuat ulangkaji kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlansung pada minggu hadapan.
Penyampaian Hadiah Action Song 
Pasukan Action Song SkTPP telah mendapat tempat ketiga pada Pertandingan Action Song 2012 yang telah berlansung di SMK Dengkil pada 24 April 2012 yang lalu.

 Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
  • Tahun 1
    • Pertama : Utarid
    • Kedua    : Musytari
    • Ketiga    : Uranus
  • Tahun 2
    • Pertama : Omega
    • Kedua    : Theta
    • Ketiga   : Beta
  • Tahun 3
    • Pertama :Wira
    • Kedua    : Waja
    • Ketiga   : Juara
 Lawad
  • Bahasa Melayu - eksperimen (ujian, penyelidikan)
  • Bahasa Inggeris - dinner (makan malam)
  • Bahasa Arab - mindilun (sapu tangan)
Pengumuman
  1. Cuti sempena Hari Pekerja pada Selasa
  2. Kokurikulum akan berjalan seperti biasa pada Rabu iaitu unit beruniform.
  3. Tasmek Tahun 3 akan berjalan seperti biasa pada Khamis iaitu pada jam 610 -640 petang.
Ucapan Guru Disiplin (Puan Yani)
  • Murid diingatkan untuk tidak berlari- lari semasa berada di dalam kawasan sekolah.
  • Kawasan dataran perhimpunan adalah kawasan yang dilarang untuk murid melintasinya. Murid mesti mengikut laluan koridor.
  • Sikap murid terutama yang duduk bersebelahan tingkap yang suka membuang sampah adalah amat dikesali.Diharapkan murid tidak mengulangi tingkahlaku ini.
Ucapan Penolong Kanan Petang ( Encik Rosdin bin Ibrahim)
Mengharapkan perubahan sikap yang positif di kalangan murid.




Perhimpunan ditamatkan tepat jam 6.40petang.

Hari     : Isnin
Tarikh  : 30 April 2012
Masa   : 7.30 hingga 8.00 pagi


·                     Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. 
·                     Nyanyian telah dipimpin oleh Puan Kwa Jin Nee. 
·                     Adik Mohamad Kamal Aizam telah memimpin bacaan doa.
·                     Puan Norhana memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara.
·                     Ikrar murid telah dibaca oleh adik Atiqah An Nur

Guru Bertugas

·                     Zulkefli Daud
·                     Norhana
·                     Nor Azura Mohamad Asir
·                     Noor Azila Ngah
·                     Norasmawati Omar
·                     Norhafiza
·                     Siti Mahfuzah
·                     Mohd Kamarul Ab Rahman

 Laporan/ Ulasan Guru Bertugas (Cik Nor Shuhada)


·                     Ustazah Nor Shuhada menegur tentang sikap murid yang suka bermain air paip di kantin. Tujuan penggunaan paip di kantin adalah untuk membasuh tangansebelum dan  selepas makan, tetapi ada sesetengah murid yang bermain dengan air paip dengan cara membazir. Amalan ini adalah sikap yang perlu dibendung.
·                     Beliau juga menegur mengenai sikap murid yang suka membuang sampah merata-rata selepas rehat. Plastik makanan bertaburan di kawasan sekolah. Nasihat beliau adalah agar murid membuang sampah ke dalam tong sampah kerana itu adalah sikap yang berhemah.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas

Tahun 4
Pertama:Seraya
Kedua    : Jati
Ketiga    : Balau
Tahun 5
Pertama :Merak
Kedua     : Merpati
Ketiga    : Tiung
Tahun 6
Pertama :Novell
Kedua     :Windows
Ketiga     :Palm
PPKI
Pertama : PPKI Yakin
Kedua    : PPKI Cekal

Ucapan wakil Guru Bertugas (Puan Norhana)-Kebersihan Alam Sekitar

·                     Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
·                     Tema pada minggu ini adalah “Kebersihan Alam Sekitar”
·                     Beliau menegaskan bahawa kebersihan adalah bermula dari rumah, untuk menjadi lebih sihat dan bebas daripada haiwan yang membawa penyakit seperti nyamuk,tikus,lipas dan sebagainya, maka murid hendaklah memastikan berada dalam persekitaran yang bersih.
·                     Buangkan sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat.
·                     Kempen kitar semula bertujuan untuk menjaga alam sekitar supaya berada di dalam keadaan bersih. Pokok-pokok yang ditanam adalah bertujuan untuk menjaga alam sekitar kerana pokok mengeluarkan oksigen untuk manusia. Oleh itu kita hendalah menghargai kebersihan alam sekitar.    
 Lawad
·                     Bahasa Melayu - eksperimen (ujian, penyelidikan)
·                     Bahasa Inggeris - dinner (makan malam)
·                     Bahasa Arab - mindilun (sapu tangan)
·                     Peptalk pada hari ini adalah tahun 6 Windows dan 6 Symbian
·                     Kegiatan kokorikulum pada minggu ini adalah Unit Berunifom
·                     Memaklumkan Cuti Hari Pekerja pada hari selasa

Ucapan dari Guru Disiplin (Puan Zaleha)

·                     Murid-murid dilarang membuang sampah melalui tingkap ke atas bumbung kerana di situ  merupakan laluan air semasa hujan dan sikap begini juga boleh menyebabkan bumbung pecah. Sampah-sampah yang dibuang  seperti botol air dan kertas menyebabkan kebersihan di atas bumbung tercemar dan sakit mata memandang.
·                     Sikap usik mengusik, ejek mengejek dan kata mengata menjadi amalan beberapa orang murid terutamanya pada waktu rehat. Ini menimbulkan sikap tidak puas hati dan membawa kepada pergaduhan. Murid dinasihatkan tidak mengamalkan sikap begini.
·                     Beliau juga memaklumkan kepada murid bahawa sikap sesetengah murid yang melukis benda-benda lucah merupakan salah satu daripada salah laku disiplin. Murid dinasihatkan tidak melakukan kesalahan ini.

Ucapan dari Guru Besar (En Sukimin Juki)

·                     Mengucapkan syabas di atas kehadiran murid  ke sekolah..
·                     Beliau juga menegaskan bahawa setiap individu memainkan bertanggung jawab menjaga kebersihan muka bumi ini. Pada 30 Oktober 2011 penduduk bumi telah mencapai 7 bilion orang. Maka pada tahun berikutnya bilangan penduduk akan semakin bertambah.
·                     Maka sebagai penduduk di muka bumi ini, kita janganlah melakakan pencemaran kerana kita saling bergantung antara satu sama lain. Jagalah muka bumi ini dengan baik untuk anak cucu kita yang akan datang.
·                     Bagi memastikan kebersihan alam sekitar ini dihayati dengan lebih mendalam banyak kempen dan program yang telah dijalankan.
·                     Penggunaan bekas polisterin hendaklah dikurangkan kerana ia tidak elok untuk alam sekitar.
·                     Murid digalakan membawa botol minuman atau bekas minuman dari rumah.
·                     Elakkan penggunaan botol mineral secara berulang kali kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Botol mineral yang telah dibuang boleh digunakan untuk proses kitar semula.
·                     Guru besar memaklumkan pada 7 Mei hingga 11 Mei 2012 bermulanya Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012. Murid hendaklah melakukan ulangkaji, menjaga kesihatan dan keselamatan diri sebagai persediaan pada hari peperiksaan nanti.

Perhimpunan ditamatkan pada jam 8.10 pagi

Thursday, April 26, 2012

PROGRAM TEKAD MEMBENTUK MATLAMAT


TARIKH : Selasa -24 April 2012
MASA : 10.00 pagi – 12.50 t/hari
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SK Taman Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin

LATAR BELAKANG :
Program Tekad Membentuk Matlamat Fasa I  merupakan program tahunan bagi membina semula sahsiah diri murid di sekolah.  Ia merupakan satu program kepada murid demi kemenjadiannya sebagai seorang murid dari segi sahsiah diri , akademik dan kerjaya.


SASARAN PROGRAM :
Seramai 40 orang murid di yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini.  Pembahagian secara terperinci adalah seperti berikut:
                                                       i.            Murid tahun 2 seramai 4 orang
                                                    ii.            Murid tahun 3 seramai 11 orang
                                                 iii.            Murid tahun 4 seramai 4 orang
                                                  iv.            Murid tahun 5 seramai 2 orang
                                                     v.            Murid tahun 6 seramai 19 orang

Namun begitu, atas permintaan guru-guru, terdapat pertambahan peserta dalam program ini iaitu seramai 8 orang murid. Terdapat juga seramai 13 peserta yang tidak hadir kerana terlibat dengan pertandingan bola jaring, latihan bola sepak peringkat daerah dan murid yang memang tidak hadir ke sekolah.


ATUR CARA PROGRAM :

10.00pg-10.30pg           : Pendaftaran murid

10.35pg-10.45pg           : Bacaan doa

10.45pg-12.45t/hari      : Ice Breaking
                                 Ceramah motivasi 

12.45t/hari                     : Penutup/bersurai/jamuan

RINGKASAN PROGRAM :
Program ini telah bermula tepat pada pukul 10.30  pagi dengan bantuan dari semua AJK Pelaksana yang terlibat. Penglibatan murid juga telah diusahakan melalui surat jemputan dan peringatan demi peringatan.  Namun begitu, masih ada peserta yang tidak hadir. Kehadiran penceramah kali ini iaitu En Sharizal Bt Ahmad yang merupakan kaunselor dari SMK Puchong Batu 14 banyak memberi kesan kepada murid-murid.  Penekanan yang diberikan lebih kepada pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan mereka bagi meneruskan persekolahan dan mendapatkan ilmu dalam bidang yang diminati oleh anak-anak.  Penekanan terhadap asal usul kejadian manusia juga berjaya menarik minat peserta untuk terus sama-sama menerokai perjalanan program ini.  TAHNIAH diucapkan kepada para peserta yang memberikan komitmen yang tinggi dalam program ini.

SUMBANGAN PIBG 2012

Kepada :
Ibu bapa/penjaga
Murid SK Taman Putra Perdana


Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan boleh membuat pembayaran Sumbangan PIBG 2012 di pejabat sekolah mulai jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tarikh akhir pembayaran adalah 2 Mei 2012 (Rabu).


Nota : Surat telah diedarkan kepada anak tuan/puan pada 3 April  
           2012.

Tuesday, April 24, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 16 (SESI PETANG)

Hari : Isnin
Tarikh : 23 April 2012
Masa : 6.10 - 6.40 petang

Guru Bertugas :
1. Puan Suzelawati Binti Zakaria
2. Puan Norkhusaini Binti Sallehuddin
3. Puan Siti Maziah Binti Muhamad Tajuddin
4. Puan Noorhafizan Binti Che Abdul Rahman
5. Puan Aznita Binti Ahmad
6. Puan Suraini Binti Chek Li
7. Ustaz Zawadi

Laporan/ Ulasan guru bertugas (Puan Nur Malisha Binti Omar)
1. Murid-murid masih suka berlari-lari di kawasan sekolah.
Ada murid yang berada di dalam kelas ketika waktu rehat.
Murid-murid diingatkan agar tidak datang ke sekolah sekiranya sudah sakit dari rumah.
2.
Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 1
Pertama - 1 Utarid
Kedua - 1 Zuhrah
Ketiga - 1 Uranus

Tahun 2
Pertama - 2 Beta
Kedua - 2 Omega
Ketiga - 2 Zeta

Tahun 3
Pertama - 3 Waja
Kedua -3 Juara
Ketiga - 3 Viva

Pemenang tiga kali berturut-turut:
Tahun 1 : Tiada
Tahun 2: 2 Alfa
Tahun 3: 3 Viva

Ucapan wakil guru bertugas (Puan Suzelawati Binti Zakaria)
1. Tema minggu ini : Hidup Berdisiplin
2. Di sekolah, terdapat peraturan yang perlu murid patuhi.
3. Murid-murid dinasihatkan agar sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai murid dengan baik.
4. Murid tidak sepatutnya membuat bising ketika guru tiada di dalam kelas atau berlari-lari di kawasan sekolah.

LAWAD

Bahasa Melayu : dusta (bohong)
Bahasa Inggeris: market (pasar)
Bahasa Arab : musytun (sikat)

Pengumuman
1. 1. Kelas Tasmek akan dijalankan seperti biasa mengikut ketetapan berikut:
Tahun 1 & 2 - Selasa
Tahun 3 - Khamis
2. Kokurikulum pada hari Rabu ini (25/04/2012) ialah Kelab dan Permainan.
3. Pertandingan Melukis Poster

Ucapan Penolong Kanan Petang (Encik Rosdin Bin Ibrahim)
1. 1. Tujuan perhimpunan diadakan ialah untuk mendapatkan maklumat.
2. Beliau mengingatkan bahawa murid-murid yang melanggar disiplin sekolah akan diambil tindakan mulai esok.
3. Sekiranya ada lagi murid yang masih berlari-lari di kawasan sekolah, murid tersebut akan dibawa berjumpa beliau.
2.

Monday, April 23, 2012

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2012

Dimaklumkan bahawa, pesta buku di atas akan diadakan seperti ketetapan di bawah:

                      TARIKH :  27 APRIL HINGGA 6 MEI 2012
                      MASA     :  10.00 PG - 7.00 MLM                      
                      TEMPAT:  PWTC, KUALA LUMPUR
                      MASUK PERCUMA

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir dan digalakkan menyertai aktiviti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012.

Layari laman web      www.kualalumpurbookfair.my

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE 16 (SESI PAGI)

Hari        : Isnin
Tarikh    : 23 April 2012
Masa     : 7.30 - 8.25 pagi

Guru Bertugas :
1. En Ismarizal bin Ismail
2. Pn Zuraini bt Ismail
3. Pn Roseniza bt Setapa
4. En Nurul Fakhri bin Ali
5. Pn Hanawati Alinda
6. Pn Kwa Jin Nee
7. Pn Visva Vilasini
8. Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor

Laporan/ Ulasan guru bertugas (Pn Rosmawati bt Desa)
1.       Murid-murid  diingatkan apabila sampai di sekolah, murid dikehendaki duduk di tapak perhimpunan. 
2.       Murid-murid  juga diminta beratur di hadapan kelas sekiranya hari hujan.
3.       Murid-murid  dinasihatkan supaya tidak berlari semasa menggunakan tangga.
4.       Semasa rehat, murid-murid diingatkan supaya meletakkan pinggan dan mangkuk di tempat yang telah disediakan dalam keadaan tersusun.
Penyampaian hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
Tahun 4
Pertama - Jati
Kedua - Seraya
Ketiga - Merbau
Tahun 5
Pertama - Merbok
Kedua - Merak
Ketiga - Kelicap
Tahun 6
Pertama - Novell
Kedua -Palm
Ketiga - Windows
 Pemenang tiga kali berturut-turut:
Minggu ke-9 hingga ke-14
Tahun 4 : Meranti
Tahun5: Kelicap
Tahun 6: Xenix

Ucapan wakil guru bertugas (Cik Nor Shuhada bt Mohd Noor)
1. Tema minggu ini : Masa Itu Emas
1.1 Firman Allah dalam Surah AL-Asr ayat 1-3 berkaitan kepentingan masa dalam kehidupan seharian.
1.2 Murid dinasihatkan agar sentiasa menghargai masa dengan melakukan perkara yang berfaedah.
1.3 Memandangkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan berlangsung tidak lama lagi, murid seharusnya menggunakan masa sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.
1.4 Pepatah Arab : masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.
 LAWAD
Bahasa Melayu : dusta (bohong)   
Bahasa Inggeris: fabric (fabrik/kain)  
 Bahasa Arab    : musytun (sikat)
Pengumuman
1.       Murid yang berminat untuk menyertai koir dikehendaki memberi nama kepada guru muzik kelas masing-masing.
2.       Pep-Talk pada hari ini ialah kelas 6 Xenix dan 6 Unix.

Persembahan bicara berirama dan penyampaian hadiah kepada pemenang (Pn Nor Azila)
Mereka telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini bagi peringkat daerah Sepang.  Pertandingan ini telahpun  berlansung pada 18 April 2012 di SMK Cyberjaya.  Sekolah ini juga berjaya menggondol  hadiah bagi Konduktor terbaik (Nur Anis Zarith Sofea bt Zam Azizol)

Persembahan bicara berirama

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Ucapan Guru Besar
1.       Guru Besar  mengingatkan kepada semua pengawas agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.
2.       Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kumpulan bicara berirama yang mendapat tempat pertama bagi daerah Sepang. Dengan semangat kerjasama yang diberikan oleh guru dan murid, kumpulan ini dapat mancapai kejayaan.

3.       Guru Besar juga menasihatkan murid-murid agar sentiasa menggunakan masa sebaiknya dengan melakukan  perkara yang berfaedah. Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita.