Tuesday, December 31, 2013

Nama Kelas 2014

Berikut ialah statstik bilangan sekolah, murid dan guru di Malaysia seperti pada 31 Oktober 2013.  
Bilangan Sekolah
PeringkatBilangan Sekolah
Rendah7,745
Menengah2,354
Jumlah10,099
Bilangan Murid (Enrolmen)
PeringkatJumlah
Prasekolah192,248
Rendah2,741,617
Menengah2,288,666
Jumlah5,222,531
Bilangan Guru
PeringkatJumlah
Rendah241,098
Menengah178,990
Jumlah420,088
Data EMIS 31 Oktober 2013

Kita adalah sebahagian daripadanya.  Berikut ialah nama-nama kelas di sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2014.

Tema nama burung bagi kohot 2008-2013 baharu saja meninggalkan alam persekolahan peringkat rendah.  Selamat datang kepada kohot 2014-2019 yang menggunakan tema Alat Muzik Tradisional Melayu dan warna coklat.


Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) menggantikan Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud yang tamat perkhidmatannya pada 8 Disember 2013. Semoga kehadiran belia akan menjadikan Kementerian Pendidikan Malaysia lebih berdaya saing dan lebih cemerlang.

Beliau pernah datang melawat ke sekolah ini pada 1 Mac 2013 bagi meninjau pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).  Untuk berita mengenainya sila klik di sini.

Latar Belakang 
Nama : YBhg Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof
Tarikh Lahir : 18 Oktober 1956
Tempat Lahir : Tanjung Sepat, Selangor

Pendidikan :
1963-1968Sekolah Kebangsaan Port SweettenhamSelangor
1969-1972High School Kelang (LCE)Selangor
1973-1974Sekolah Dato’ Abdul Razak Seremban (MCE)Negeri Sembilan
1975 - 1977Blackpool College of Technology & Art,  (GCE A-Level)England
1977 - 1981Bolton Institute of Technology , (B.Sc Civil Engineering)England
1985 - 1986North East London Polytechnic, (Postgrad.Diploma Civil Engineering)England
1988 - 1989Universiti Teknologi Malaysia, (Master Civil Engineering)Kuala Lumpur
1993 - 1997University of Manchester, 1993-1997, (Ph.D Education)England
1982Kelayakan Ikhtisas :
Certificate of Education 1982, Bolton College of Education.
England

Pengalaman Pendidikan : 
1982 - 1991Pensyarah & Ketua JabatanPoliteknik Ungku Omar Ipoh
1991-1997Penolong Pengarah (Kurikulum)Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM
1997-1998Penolong Pengarah (Penyelidikan)Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
1998-2005Timbalan Pengarah (Kurikulum)Jabatan Pendidikan Teknikal KPM
 2005-2006PengarahPoliteknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Kedah, KPTM
2006-2009PengarahInstitut Aminuddin Baki, KPM
2009-2010Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KPM
2010-2012Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)KPM
2012-kiniTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)KPM

Kurniaan :
2012Panglima Mahkota Wilayah (PMW)WP
2011Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)Pahang
2006Anuegerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)KPM
2001Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)    Selangor
2000Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)KPM

MAKLUMAT PENTING KEPADA IBU BAPA MURID TAHUN SATU 2014

PROGRAM  TRANSISI

  • Tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 10 hari bermula 2 Januari 2014 - 16 Januari 2014.
  • Jadual waktu persekolahan sepanjang tempoh Transisi :      
           - Isnin -Rabu       : 1.20 petang - 6.40 petang
           - Khamis             : 1.20 petang - 6.10 petang
           - Jumaat              : 2.20 petang - 6.10 petang

  • Ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No.1) untuk kegunaan sebagai Buku Transisi (2/1/2014 - 16/1/2014). Sepanjang minggu Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis yang lain. Ibu bapa juga perlu menyediakan keperluan alat tulis seperti pensel warna dan gam. 
  • Penggunaan tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga 31/1/2014. Sila lengkapkan nama ibu bapa, alamat dan nombor telefon di belakang tanda nama tersebut.
 1)  JADUAL WAKTU

    Jadual waktu kelas akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi.  Pelaksanaannya bermula     hari Isnin pada hari 20 Januari 2014.

2)  KEBENARAN BERADA DI SEKOLAH

    Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari ,tetapi           mesti berada di kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas     anak-anak masing-masing kerana akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

3)  PERATURAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN

    Pastikan anak tuan puan memakai pakaian sukan (terus dari rumah) untuk mata pelajaran       Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani (tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah               sepanjang tahun kecuali pada bulan Ramadhan).

4)  WAKTU PERSEKOLAHAN MURID TAHUN 1 2014

   Hari Isnin - Hari Rabu  (kelas bermula jam 1.20 petang - 6.40  petang)

- Hari Khamis ( kelas bermula jam 1.20 petang- 6.10 petang)

- Hari Jumaat ( kelas bermula jam 2.20 petang - 6.10 petang)

Disediakan oleh: 
Suzelawati bt Zakaria
     

Wednesday, December 25, 2013

Monday, December 23, 2013

PERMOHONAN GURU GANTI BAGI NEGERI SELANGOR


PERMOHONAN GURU GANTI BAGI NEGERI SELANGOR DILAKSANAKAN SECARA ATAS TALIAN MULAI 2014.  KEPADA YANG BERMINAT, SILA LAYARI LAMAN WEB SEPERTI DI BAWAH:-


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Monday, December 9, 2013

09.122013: Pengurusan Tertinggi Pendidikan


Menteri I
YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Yassin
  1. MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN
  2. MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH
  3. TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING
  4. TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN

Menteri II
Dato' Seri Idris bin Jusoh
(mulai 15 Mei 2013) 

Timbalan Menteri I
Datuk Mary Yap Kain Ching
(mulai 15 Mei 2013) 

Timbalan Menteri II
 P. Kamalanathan a/l P.Panchanathan
(mulai 15 Mei 2013) 






Y.Bhg. Datuk Dr. Madinah Mohamad
Ketua Setiausaha KPM
(mulai 23 Jun 2013)




Y.Bhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(mulai 9 Disember 2013)


Dato' Hj. Mahmud bin Karim
Pengarah Pelajaran Selangor
(mulai 2 Julai 2012) 

 
Tuan Hj. Mat Jah bin Roslan
Pegawai Pelajaran Daerah Sepang

Friday, December 6, 2013

ZOOM A - ID DAN KATA LALUAN SEMENTARA BAGI TAHUN 1 2014 SAHAJA

SALAM SEJAHTERA.

Ingin dimaklumkan bagi ibu bapa murid Tahun 1 2014 yang telah membayar tempahan bagi Pembelajaran Secara Interaktif -ZOOM A, pihak sekolah tidak dapat membuat pendaftaran kerana data bagi murid Tahun 1 2014 tiada dalam sistem APDM (Aplikasi Data Murid). Ini kerana segala data murid bagi pendaftaran ZOOM A di ambil dari sistem tersebut.

Oleh yang demikian, pihak ZOOM A ada menyediakan ID dan KATA LALUAN sementara untuk pihak ibu bapa murid Tahun 1 2014 untuk membuat pendaftaran. Jika pihak ibu bapa mendaftar sendiri menggunakan ID dan KATA LALUAN sementara, ibu bapa boleh menetapkan sendiri ID yang dikehendaki serta melengkapkan maklumat pada borang. 

Pihak ibu bapa boleh dapatkan ID dan KATA LALUAN sementara dengan pihak sekolah. Boleh hubungi pihak sekolah di talian 019-6752004 atau datang terus ke pejabat sekolah untuk dapatkan ID dan KATA LALUAN sementara tersebut. 

Dapatkan ID dan KATA LALUAN sementara bagi murid dan juga ID dan KATA LALUAN sementara bagi pihak ibu bapa.  Pendaftaran bagi murid dan ibu bapa menggunakan langkah-langkah yang sama seerti dibawah.

Disini disertakan cara-cara untuk mendaftar:-


Oleh itu, pihak sekolah memohon maaf diatas sebarang kesulitan. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Tuesday, December 3, 2013

TEMPAHAN TANDA NAMA 2014

Ibu bapa /Penjaga,
Murid Tahun 2, 3, 4, 5 & 6 

Tempahan tanda nama boleh dibuat mulai 18.12.2013 (Rabu). Borang tanda nama boleh didapati di pejabat sekolah.  Bayaran RM5.00 untuk empat tanda nama.

Sebelum mengisi borang, sila pastikan:-
1. Nama kelas anak bagi tahun 2014
2. Nombor daftar murid
    (nombor tersebut terdapat pada tanda nama anak tuan/puan)

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Contoh borang tanda nama