Thursday, February 27, 2014

KEM BESTARI SOLAT SIRI (1) TAHUN 1, 2 DAN 3.

Ibu bapa/penjaga,
Murid Tahun 1, 2 dan 3,
SK Taman Putra Perdana.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dimakluman bahawa semua murid tahun 1, 2 dan 3 yang beragama Islam diwajibkan hadir seperti ketetapan di bawah:-

Tarikh  : 1 Mac 2014
Hari     : Sabtu
Masa   : 800 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan SK Taman Putra Perdana


Semua murid hendaklah berpakaian sukan sekolah, memakai selipar, membawa alat tulis, pensel warna dan membawa air minuman sendiri. Makanan disediakan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.


Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin
Penyelaras j-QAF SKTPP


Tuesday, February 25, 2014

PELANCARAN DAN PERASMIAN PROGRAM GURU PENYAYANG SESI PETANG

Pada 24 Februari 2014, bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana telah berlangsungnya satu majlis ringkas Pelancaran dan Perasmian Program Guru Penyayang SK Taman Putra Perdana bagi sesi petang. 

Dalam majlis yang serba ringkas tetapi meriah ini telah menyaksikan Puan Rosnah Binti Jamat melakukan upacara simbolik pelancaran dengan memotong reben menaikkan kain rentang Program Guru Penyayang. 

Sebelum itu, beliau turut memberi sedikit ucapan ringkas yang menyentuh tentang kepentingan untuk membentuk karektor dan sahsiah diri yang baik dan disenangi oleh warga sekolah. Program ini juga diharapkan dapat mewujudkan sikap saling hormat-menghormati, sayang menyayangi dan seterusnya dapat mewujudkan suasana harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.

Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.

Puan Wan Sarinah, selaku Pengerusi Majlis

Puan Rosnah Binti Jamat, PK Petang menyampaikan ucapan perasmian 


Kemuncak acara - upacara menaikkan kain rentang

LAPORAN PEPTALK


HARI :  ISNIN
TARIKH :  24 FEBRUARI 2014
TEMPAT :  DEWAN PERDANA
MASA :  8.15 ~ 8.45 PAGI
KELAS YANG TERLIBAT :
NYATUH & MERANTI
GURU PELAPOR :
ZAILEZAH BT SARDI
PENCERAMAH : PN. NORHAFIZA BT ISMAIL, GURU BIMBINGAN DAN  
                               KAUNSELING SKTPP

TAJUK  :  HORMAT-MENGHORMATI

Dalam kehidupan seharian kita haruslah ada sikap saling hormat-menghormati.

1.        Hormat kepada tuhan
Apabila kita bangun dari tidur kita mengucapkan Alhamdulillah sebagai satu tanda kita menghormati Allah yang telah memberi kita peluang untuk terus bernafas, masih berpeluang ke sekolah dan berjumpa kawan-kawan.

2.        Hormat kepada ibu bapa
Kita juga harus menghormati ibu bapa dengan cara memeluk atau mencium serta bertanya khabar setiap hari.

3.        Hormat kepada orang lain
Setiap hari apabila datang ke sekolah orang pertama yang kita temui ialah pengawal keselamatan yang merupakan orang yang lebih tua yang perlu dihormati tanpa mengira apa juga jawatannya. Maka hormatlah orang yang lebih tua dari kita.

4.        Hormat kepada rakan-rakan
Selain itu kita juga menghormati kawan. Salah satu ialah kita jangan memanggil kawan dengan panggilan  yang tidak sesuai dan tidak disukai. Panggilan nama yang buruk itu merupakan satu doa dan akan berbalik pada diri sendiri.  Jika kita hendak kawan menghormati kita maka kita haruslah menghormati kawan kita. Selain itu kita haruslah sentiasa berkongsi cerita bersama kawan agar hubungan sesama kawan bertambah mesra dan kita akan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

5.        Hormat pada diri sendiri
Kita juga harus menghormati pada diri sendiri.  Salah satu cara kita menyayangi diri sendiri ialah jangan melakukan  perkara yang bukan-bukan seperti perkara yang membahayakan diri sendiri.  Oleh itu kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri sebagai salah satu cara kita menghormati diri sendiri.

Untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan seharian, kita haruslah mempunyai sikap hormat-menghormati kepada Allah, ibu bapa,  orang yang lebih tua, rakan dan diri sendiri.

Disediakan oleh Pn Zailezah binti Sardi

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE-9 (SESI PETANG


Hari      :   Isnin
Tarikh   :  24 Feb 2014
Masa    :  1.20 petang hingga 2.10 petang

GURU BERTUGAS:
1)     Encik Saifullah
2)     Puan Yani
3)     Puan Wan Sarinah
4)     Puan Nur Malisha
5)     Puan Norazah bt Mohd Ali
6)     Puan Ummu Athiah

LAPORAN:

1.0  Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar

1.1        Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, dan Lagu Sekolah.

1.2        Bacaan Doa oleh pengawas, Mohd Haziq Fahim.

1. 3            Ikrar Rukun Negara oleh Puan Malisha.

1. 4       Ikrar Murid oleh pengawas Nurin Batrisya.


2.0 Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Ustaz Ahmad Zunaidi )

2.1               Tidak dibenarkan membawa sebarang permainan ke sekolah.
           
2. 2             Jangan sorokkan kasut di bilik-bilik khas seperti bilik j-qaf dan surau.

2.3        Murid-murid tidak membazir air ketika mengambil wudhu’.


3.0   Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke-24

3. 1            Tahun 1:
                        Tempat pertama            - Canang
                        Tempat kedua               - Bonang  
                        Tempat ketiga              - Nafiri

3. 2       Tahun 2   :
Tempat pertama            - Surgeri
                        Tempat kedua               - Hematologi                
                        Tempat ketiga               - Respiratori

3. 3       Tahun 3    :
Tempat pertama            - Marikh
                        Tempat kedua               - Uranus                   
                        Tempat ketiga               - Zuhrah


4.0  Perasmian Guru Penyayang (Pn. Wan Sarinah)

4.1               Bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian guru dengan cara kasih saying, ambil berat, ceria dan sabar.

4.2        Dirasmikan oleh Puan Rosmah binti Jumat GPK Petang. Beliau berharap ia dapat mewujudkan suasana harmoni dengan sifat saying menyayangi dan hormat menghormati antara murid dan guru.           
         
5.0  Watikah Pelantikan Ketua dan Penolong Kelas

5.1        GPK Petang telah memberikan watikah pelantikan kepada setipa ketua dan penolong kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.


6.0  Penyampaian Hadiah sempena Karnival Mini Pendidikan MEA

6.1        Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang pertandingan.

6.2        Karnival ini dianjurkan oleh guru-guru praktikum dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling.


Perhimpunan tamat pada jam 2.10 petang

penerima hadiah karnival mini MEA

murid-murid mendengar taklimat 

perasmian guru penyayang

menerima watikah pelantikan ketua / penolong kelas



Monday, February 24, 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-9 (SESI PAGI) -24 FEBRUARI 2014



GURU-GURU YANG  BERTUGAS

§  Encik Tarmiji bin Sabali
§  Puan Norhafiza bt Ismail
§  Puan Norsiah bt Mohd Nor
§  Puan Nor Azura bt Mohd Asir
§  Puan Khairon Najmi bt Haron
§  Puan Astina bt Mahad Nor
§  Puan Azlina bt Mat Isa
    Puan Nurul Huda bt Hasbullah



Barisan guru bertugas yang diketuai oleh Cikgu Tarmiji 

LAPORAN/ULASAN
Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar.
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan          Norhafiza.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Aniq Iqbal bin Zulkarnain.

Laporan/Ulasan guru bertugas minggu lepas (Puan Norliza bt Ali)

1.    Sepanjang minggu lepas, didapati ramai murid yang datang lewat ke sekolah, murid diminta supaya berusaha untuk datang awal kerana tindakan tata tertib akan diambil jika murid selalu lambat ke sekolah
2.    Dari segi kebersihan kelas, didapati kurang memuaskan kerana ada kelas yang tidak disapu dan keadaan meja yang tidak tersusun. Guru bertugas meminta supaya murid bekerjasama untuk sama-sama menjaga kebersihan di sekolah.
3.    Murid dilarang sama sekali membawa bungkusan air minuman yang dibeli di kantin sekolah masuk ke dalam kelas.
4.    Perbuatan meludah di tangga adalah perbuatan yang tidak bermoral namun masih ada lagi murid yang mempunyai sikap tersebut. Murid dikehendaki mengelakkan sifat begitu

Pengumuman pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

PPKI
Pertama: Apple              Kedua: Dell                           Ketiga: Lenovo

Tahun 4
Pertama: 4 Beta            Kedua: 4 Zeta                       Ketiga: 4 Gamma              

Tahun 5
Pertama: 5 Wira             Kedua: 5 Waja                     Ketiga: 5 Alza

Tahun 6
Pertama: 6 Almon          Kedua: 6 Keruing                   Ketiga: 6 Resak

Taklimat disiplin ( Puan Azwani bt Nordin)

1.    Murid – murid dikehendaki berada di dalam kelas sepanjang sesi persekolahan kecuali dengan dengan kebenaran guru. Melengah-lengahkan diri masuk ke kelas adalah satu kesalahan.
2.    Keluar kelas tanpa kebenaran guru dan tanpa pas kebenaran keluar adalah satu kesalahan. Tindakan disiplin akan dikenakan.
3.    Kehadiran mengikut masa yang dijadualkan bagi latihan olahraga, sukan, aktiviti kokurikulum dan sebagainya adalah wajib.
4.    Murid-murid tidak dibenarkan berada di kawasan seaakolah tanpa kebenaran dan pengawasan guru.

Ucapan guru bertugas
1.    Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
2.    Tema minggu ini ialah Budaya Memberi Salam.
3.    Murid hendaklah memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.
4.    Budaya memberi salam daripada yang tua kepada yang lebih muda tidak menjadi satu kesalahan.
5.    Ketika memberi salam, hendaklah dalam keadaan bersedia, penuh hormat dan baik.
6.    Budaya memberi salam perlulah diamalkan pada setiap hari.

Perkataan lawad
1.    Hempap – timpa
2.    Jump – lompat
3.    اجلس – Duduklah

Watikah Perlantikan Ketua kelas dan Penolong ketua kelas ( Puan Noor Azila bt Ngah)
1.    Puan Noor Azila bt Ngah memperkenalkan ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi tahun 2014.
2.    Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Puan Siti Habsah binti Ahmad.
3.    Berkut adalah sebahagian gambar sepanjang majlis berlangsung. 






Majlis Pelancaran Guru Penyayang 2014

1. Majlis pelancaran telah diadakan dengan meriahnya dan dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Habsah binti Ahmad.
2. Upacara perasmian dan penyerahan mentor mentee telah diadakan dan ini merupakan salah satu daripada program guru penyayang.
3. Berikut adalah sebahagian gambar sepanjang majlis tersebut :

Banner Guru Penyayang
Majlis penyerahan mentor dan mentee
Mentor bersama mentee
Perasmian Guru penyayang


Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014: Sesi Petang

ISNIN, 24 FEBRUARI 2014: Majlis penyerahan watikah pelantikan bagi Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 bagi sesi petang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Rosmah binti Jamat di Dewan Perdana.

Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas merupakan jawatan penting dan boleh dikatakan sebagai tulang belakang dalam membantu meringankan guru kelas dalam hal-hal tertentu. Dua orang tenaga cilik setiap kelas ini wajar diberi pengiktirafan selayaknya, maka sebanyak 52 orang ketua kelas dan penolong ketua kelas dari sesi petang telah menerima watikah pelantikan daripada pihak sekolah.

Berikut adalah senarai nama Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 bagi sesi petang:

TAHUN 1

TAHUN
KETUA KELAS
 PENOLONG KETUA KELAS 
1 Angklung
MUHAMMAD FAYYAD HAKIMY BIN AZLIN

NURUL AISYAH AQILAH BINTI M. AZIZI
1 Bonang

AQIL RIYADZ BIN ROHEME
MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD SHAHNAZ
1 Canang

FAIZATUL ANNISA BINTI MHD FAIRUS
NUR BATRISYIA NADHIRAH BINTI SUHAIMI
1 Gambus

MUHAMAD ADIF HAKIMI BIN ZAHID

AMIRAH SYADIYAH BINTI SAMSURI
1 Kompang

FARIS IKHWAN BIN MAT SAIFUL

IRISH ALYA BINTI ERWIN
1 Nafiri
AIRIEL DANISH BIN HAIRI

NUR RAUDHAH QAISARA BINTI MOHAMED
1 Rebana
MUHAMMAD AMIRIZZANI BIN JAMALUDDIN

NURQISTINA UMAIRAH BINTI MOHD ZAKRI
1 Seruling
MUHAMMAD LUTHFI IDHAM BIN JUSOP

ALYSA SYAFIAH BINTI AHMAD NAZRI

TAHUN 2

TAHUN
KETUA KELAS
PENOLONG KETUA KELAS 
2
Anestesiologi
MUHAMMAD IRFAN QAEDI BIN RUSHDAN
HANNA SAFEA BINTI RASHID
2
Hematologi
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MOHD SAHAR
SITI AISYAH BINTI MOHD APANDI
2
Kardiologi
MUHAMMAD FAQEH JIBRAILL BIN ZULKIFLLI
NOORURRAZAN BINTI NOR'AZAM
2
Obstetrik
MUHAMMAD ZIYYAD ISQANDAR BIN AZMEI
NUR NADIA QISHTINA BINTI MOHD TAUFIK
2
Ortopedik
MUHAMMAD ZAIM BIN ZAHARI
AINA BATRISYA BINTI ZAMHARIZAT
2
Patologi
SHAH PUTRA ISKANDAR BIN NORIZAM
ADIBAH BINTI MOHD JAILANI
2
Pediatrik
NURIN AFRINA BINTI MOHD RIDWAN
MUHAMAD HARRIS BIN AHMAD FAIRUZ
2
Radiologi
MUHAMMAD HAZIQ IRMAN BIN CHE MOHD HUZAIRI
NUR ALEYANA SYAHIRA BINTI MOHD JAMIL
2
Respiratori

AREEJ QIESTINA BINTI ARZEKY
NUR FATIHA BINTI MOHD ZELY
2
Surgeri

NUR FAZLIANA BINTI MD RAZANI
VENOSHINI A/P RAVENDRAN

TAHUN 3

TAHUN
KETUA KELAS
PENOLONG KETUA KELAS 
3 Marikh
STEVEN DAVID A/L VENGUTIUSAMY RAJENDRAN
WAN NURHAIFA BINTI WAN MOHD PAIZA
3 Musytari
MUHAMMAD EIZHAM DANIEL BIN SAIFUL RAMDHAN
NUR DIYANA ATHIRAH BINTI MOHD ASRI
3 Neptun

MUHAMMAD HAZIQ BIN JAFRI
NURUL IZZATI BINTI ABDUL RAHMAN
3 Pluto

MUHAMMAD ASHRAF BIN AZMI
ELISHA SAHSA ANAK BENGAU
3 Uranus

ISYRAQ AMMAR BIN MHD DZUHA

NUR SHAFIKA BINTI TAHIR
3 Utarid

ZAFRAN MIZWAR BIN YEZRIN AZWAR
NUR AIN NABILA BINTI MOHD YUSOFF
3 Zuhal
MUHAMMAD AFIQ SYUKRI BIN MOHD YUSRI

NURUL SYARAFINA BINTI HAMDANI
3 Zuhrah

MUHAMMAD FIRHAN NAJMI BIN NORAZMAN
AINUL MUNIRAH BINTI MOHAMMAD 'ASRI

Gambar-gambar menarik sepanjang majlis ini berlangsung:

Barisan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas 2014 sesi petang
Pengacara majlis, Pn. Ezza
Adik Muhammad Fayyad Hakimy, Ketua Kelas 1 Angklung menerima
watikah pelantikan dari PK Petang, Pn. Rosmah bt. Jamat
Adik Nurul Aisyah Aqilah, Penolong Ketua Kelas 1 Angklung
Adik Muhammad Ziyyad Isqandar, Ketua Kelas 2 Obstetrik
Adik Nur Nadia Qishtina, Penolong Ketua Kelas 2 Obstetrik 
Adik Muhammad Firhan Najmi, Ketua Kelas 3 Zuhrah
Adik Ainul Munirah, Penolong Ketua Kelas 3 Zuhrah