Saturday, January 31, 2015

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11

Alhamdulilah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11 telah berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Tuan Shahrum bin Dato' Mohd Sharif, ADUN Dengkil sebagai perasmi majlis. Turut hadir bersama, Encik Saiful Bahri bin Ghazali, Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Sepang.

Selain daripada itu, kehadiran para ibu bapa seramai 130 orang yang memenuhi ruang Dewan Perdana SKTPP telah menunjukkan sokongan dan jalinan yang baik antara pihak ibu bapa dan juga pihak sekolah. Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk berbincang, mengutarakan pendapat dan mencetuskan idea yang bernas demi menjana kemajuan dan meningkatkan akademik, disiplin dan kokurikulum sekolah. Semoga jaringan erat yang terbentuk antara ibu bapa dan pihak sekolah menjadi pemangkin kepada SKTPP untuk menempa kejayaan dan kegemilangan sepanjang tahun 2015.

Jutaan terima kasih ditujukan khas buat semua yang terlibat. 
 Business Handshake emoticon (Hand gesture emoticons)
Berikut merupakan paparan video sepanjang mesyuarat berlangsung.


Tahniah diucapkan kepada semua AJK PIBG 2015 yang telah dilantik.


Lagi laporan Mesyuarat Agung PIBG dalam blog PIBG SKTPP di sini.

Thursday, January 29, 2015

Program Guru Penyayang (Majlis Meraikan Kelahiran Murid Mengikut Bulan kelahiran)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Makluman kepada semua guru dan ibu bapa, pihak sekolah akan mengadakan Majlis Meraikan Kelahiran Murid mengikut bulan kelahiran murid masing-masing sebagaimana butiran berikut:



Bulan Kelahiran Murid
Tarikh Pelaksanaan (Sesi Pagi)
Tarikh Pelaksanaan (Sesi Petang)
Januari
2 Februari 2015
5 Februari 2015
Februari
23 Februari 2015
26 Februari 2015
Mac
30 Mac 2015
26 Mac 2015
April
27 April 2015
16 April 2015
Mei
25 Mei 2015
21 Mei 2015
Jun
15 Jun 2015
15 Jun 2015
Julai
20 Julai 2015
23 Julai 2015
Ogos
24 Ogos 2015
20 Ogos 2015
September
28 September 2015
17 September 2015
Oktober
19 Oktober 2015
22 Oktober 2015
November
2 November 2015
5 November 2015
Disember
16 November 2015
19 November 2015
Objektif: Murid dapat merasakan bahawa:
1.       Diri mereka dihargai oleh orang lain terutama ibubapa, guru dan rakan-rakan
2.       Kewujudan mereka di sisi  orang lain
3.       Diberi penghargaan melalui majlis yang diadakan
Jutaan terima kasih kepada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) kerana telah memberi sumbangan sebanyak RM1000.00 kepada pihak sekolah untuk membeli kek dan hadiah. Walaubagaimana pun pihak sekolah juga mengalu-alukan sumbangan kek daripada guru-guru dan ibubapa pada majlis tersebut.
Segala pertanyaan berhubung perkara tersebut, sila hubungi  Pn Juli (sesi pagi) di talian 016-2969848 atau Pn Nor Arzah (sesi petang) di talian 012-6019495.
Sekian, terima kasih.

Wednesday, January 28, 2015

Cuti Tahun Baharu Cina

Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baharu Cina mulai 18 hingga 22 Februari 2015 (Rabu - Ahad). Sekolah akan dibuka semula pada 23 Februari 2015 (Isnin). Selamat menyambut perayaan tersebut dan Selamat Bercuti buat semua murid, ibu bapa & guru.



Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer Untuk PdP - Sesi Pagi

Tuesday, January 27, 2015

Majlis Permuafakatan Bersama Sekolah Agama


Satu perjumpaan dan perbincangan bersama antara SK Taman Putra Perdana dan SK Taman Putra Perdana 2 bersama pihak pentadbir sekolah-sekolah agama di sekitar kawasan Putra Perdana telah diadakan pada 27 Januari 2015 (Selasa) pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat SK Taman Putra Perdana.
    Mesyuarat ini telah dihadiri oleh badan pentadbir tertinggi sekolah-sekolah berkenaan yang mana SKTPP diwakili oleh Pn. Hajjah Rohaidah bt. Mohd Ali (Guru Besar) En. Ahmad Fuadi b. Sarham (PK 1), Pn. Jamilah bt. Arifin (PK HEM) serta beberapa orang guru Tahun Enam. Manakala SK Taman Putra Perdana 2 diwakili oleh En. Kamsani b.Sahlan (Guru Besar) dan Pn. Siti Hanim Sungit (PK 1). Sekolah Rendah Agama Putra Perdana diwakili oleh Pn. Fasehaton bt. Paujan dan Pn. Jaiton bt. Jamil manakala Pn. Nik Mas bt. Jais mewakili KAFA Nuraddin dan Pn. Aishah bt Saad selaku  Guru Penyelaras SAR / KAFA An-Najjah Putra Perdana. Mesyuarat ini juga telah dihadiri oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Putra Perdana iaitu Tuan Haji Khairul Azhar b. Mohammad Suffian.
    Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bagi mencari kata putus serta perbincangan berkenaan hala tuju serta permuafakatan bagi pelajar Tahun 6 yang menduduki UPSR dan juga ujian PSRA bagi sekolah agama. Ianya mencakupi permasalahan berkaitan pertindihan kelas tambahan, penyelarasan ujian dan peperiksaan serta masalah-masalah dan perkara lain yang berbangkit. Kesimpulannya, satu kata putus  telah diambil di mana bagi Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana 1, Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Rabu dari jam 2.00 - 4.00 petang, dan juga hari Sabtu 8.00 - 12.30 tengah hari. Manakala untuk SK Taman Putra Perdana 2, kelas tambahan akan diadakan pada hari Selasa dan Khamis dari jam 1.30 - 3.00 petang dan juga hari Sabtu dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi. Kelas tambahan bagi  sekolah rendah  agama pula  akan diadakan pada hari Sabtu petang dari jam 2.00 - 6.00 petang. 
    Mesyuarat ini telah berjalan lancar dan harmoni. Beberapa permasalahan yang berkait dengan murid-murid Tahun 6 telah dibincangkan dengan mendalam dan dapat diselesaikan dengan baik sekali. Terima kasih atas pemuafakatan yang ditunjukkan hari ini. Semoga komitmen ini akan dapat diteruskan lagi demi kebajikan anak-anak murid kita. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.002 tengah hari. 

 

Semoga bertemu lagi dalam majlis pemuafakatan yang serupa pada masa depan

Kejohanan Ping Pong MSSD

Putra Perdana - Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2015 telah diadakan pada 26 dan 27 Januari 2015 bertempat di SMK Putra Perdana. Pada tahun ini, SK Taman Putra Perdana (SKTPP) telah terpilih untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut bagi peringkat sekolah rendah.

Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai Kejohanan Ping Pong pada tahun ini. Antaranya SK Cyberjaya, SK Taman Seroja, SK Taman Putra Perdana 2, SK Dengkil dan SK Desa Pinggiran Putra. Kejohanan telah berlangsung dalam suasana yang meriah dan lancar dengan komitmen daripada semua peserta dan urusetia.

Majlis penutup yang diadakan pada petang 27 Januari 2015 telah dirasmikan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku Guru Besar SKTPP. 

Berikut adalah pencapaian yang telah berjaya dicapai oleh SKTPP pada tahun ini:

Kategori Berpasukan

Lelaki - Tempat ke-4
Perempuan - Johan 

Kategori Beregu Bawah 12 Tahun

Lelaki - Naib Johan: Muhd Hazim/Kamarul Aiman
Perempuan - Johan: Nur Alin Sazlin/Nur Nadhirah
Perempuan - Ketiga: Wafin Wardah/Alyssa

Kategori Beregu Bukan Kaum Cina 

Lelaki - Ketiga: Muhd Hazim/Kamarul Aiman
Perempuan - Naib Johan: Wafin Wardah/Alyssa

Kategori Individu Bawah 12 Tahun

Nur Ain Sazlin - Johan

Kategori Individu Bukan Kaum Cina

Alyssa - Naib Johan
Wafin Wardah - Ketiga

Lantaran kejayaan demi kejayaan yang telahpun dicapai, 3 orang murid SKTPP telah berjaya dipilih untuk menghadiri latihan pusat sebagai persediaan untuk kejohanan ping pong peringkat negeri Selangor. Mereka ialah:
i)   Nur Alin Sazlin
ii)  Wafin Wardah
iii) Alyssa

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga kejayaan ini bakal melakarkan lebih banyak kenangan terindah untuk kegemilangan sukan SKTPP

Hari 1

Hari 2

 Pasukan ping pong daerah Sepang yang akan menggalas cabaran ke MSS Selangor pada 9 dan 10 Februari 2015 nanti. Semoga berjaya!
 Tahniah pasukan hebat ping pong SKTPP!
 Pasukan perempuan ping pong SKTPP - Juara kategori perempuan
Juara Alin bersama ayahnya - syabas!
 Teruskan perjuangan

Jadual Waktu Penggunaan Makmal Komputer Untuk PdP - Sesi Petang

Monday, January 26, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-3 (Sesi Petang)

Guru bertugas minggu ini:
1. Pn Zabedah binti Othman (ketua)
2. Pn Jumilah binti Ahmad
3. Pn Maizara binti Mahat
4. Puan Shurhama binti Ahmad
5. Pn Rabihah binti Amiruddin
6. Pn W.Rosmawati binti W.Ibrahim

Atur cara :

1. Nyanyian 3 buah Lagu
- Dipimpin oleh Puan Salmi Amir

  • Negaraku
  • Negeri Selangor
  • Lagu sekolah
2. Bacaan Doa
- Najwan Danish Danial bin Izwan Fazli ( 3 Surgeri)

3.Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
- Puan Maizara binti Mahat


4.Bacaan Ikrar Murid
- Nuraneesa binti Mohd Abdul Aziz


5. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
- Puan Nik Rosmaliza binti Nik Hussain
  • Murid dilarang membeli makanan di luar.
  • Muid dilarang berlari dalam kawasan sekolah terutama semasa pergi ke bilik-bilik khas atau semasa pergi rehat.

6.Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini.
 - Puan Maizara binti Mahat
  • Memperkenalkan guru-guru bertugas.
  • Perkataan LAWAD : BM : Bah      BI: Nap     BA: Arnabun
  • Tema minggu ini : Peraturan  Sekolah 2 (pakaian seragam sekolah/ lencana/tanda nama) rujuk Buku Peraturan Sekolah muka surat 4/5)

 7.Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber
    Puan Yani binti Mohd Shariff
  • Seramai 58 orang pengawas sekolah dan 18 orang pengawas pusat sumber telah dilantik bagi sesi 2015 berkuatkuasa 2 Januari hingga 20 November 2015.

8.Ucapan Guru Besar Pn Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali
  • Tugas pengawas adalah membantu guru-guru melancarkan perjalanan disiplin sekolah.
  • Pengawas tidak dibenarkan memukul atau mengherdik rakan-rakan lain.
  • Semua murid dikehendaki ikut arahan pengawas  selagi tidak melanggar peraturan sekolah dan sentiasa menghormati pengawas.
  • Jawatan pengawas bukan selama-lamanya dan boleh dilucutkan jika melanggar peraturan sekolah.
  • Semua murid berpotensi untuk menjadi pengawas.
  • Terima kasih diucapkan kepada Kopral Nik Mohd Nizam bin Nik Ramli kerana sudi merasmikan dan menyerahkan watikah perlantikan kepada pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.
  • Terima kasih atas pengorbanan dan khidmat bakti pengawas sekolah dan pengawas PSS.

9. Ucapan Perasmian Pelantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas PSS.
    Kopral Nik Mohd Nizam bin Nik Ramli
  • Kata-kata aluan
  • Memperkenalkan diri
  • Mengingatkan murid-murid bahawa sekolah ialah tempat menimba ilmu
  • Jangan bergurau senda sesama rakan hingga boleh menyebabkan kecederaan.
  • Dengan lafaz Bismillah merasmikan pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber bagi sesi 2015

 10.Ucapan Guru Penolong Kanan Petang
       Puan Rosmah binti Jamat
  • Kata-kata aluan
  • Mengingatkan murid-murid tahun 1 jangan  melepai garisan kuning yag berada di luar kelas utuk meninjau-ninjau ke bawah kerana dikhuatiri jatuh ke bawah.
  • Meminta guru-guru yang mengajar Dunia Muzik tahun 1 perbaiki lagi sebutan dan  melodi nyanyian murid-murid tahun 1 semasa pdp dalam kelas.

Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan Ke- 3 (Sesi Pagi)

Guru-guru Bertugas:

Encik Tarmiji
Puan Norli
Puan Norhana
Puan Halimatun Saadiah
Puan Norhamizah
Cik Mazidah
  
LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
1.       Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2.       Bacaan doa oleh Fatnul Akhbar bin Abu Bakar (6 Wira).
3.       Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan   Azwani.
4.       Bacaan ikrar murid dipimpin oleh Iffah Firzanah binti Zulhazmi (6 Wira).

Laporan / Ulasan guru bertugas minggu lepas (Encik Pazli)
  1. Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa pas keluar.
  2. Murid yang menggunakan basikal ke sekolah dikehendaki menolak atau menuntun basikal semasa memasuki dan keluar dari pagar sekolah. 
Ucapan Guru bertugas (Puan Norli)
  1.  Memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini.
  2. Tema minggu ini ialah Peraturan Sekolah
 Pakaian Seragam Sekolah
  • Semua murid perempuan dikehendaki memakai blaus putih berlengan pendek serta pinafore berwarna biru tua dan labuh skirt hendaklah sampai di bawah lutut dan tidak terlalu besar untuk murid bukan Islam.
  • Murid perempuan Islam dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih kosong dan di butang di bahagian leher serta tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih tanpa kerongsang.
  • Semua murid lelaki pula berseluar panjang berwarna biru tua serta kemeja putih berlengan pendek dan tali pinggang sama ada berwarna hitam atau biru tua sahaja.
  • Murid perlu memakai kasut kanvas berwarna putih,lambang berjalur,berwarna,beroda atau but tidak dibenarkan.
  • Murid tdilarang berambut panjang,rambut berfesyen dan menyimpan ekor rambut.Murid perempuan yang berambut panjang dikehendaki mengikatnya dengan kemas dengan reben dan cekak rambut berwarna biru tua atau hitam sahaja.Dilarang memakai hiasan di kepala atau di rambut.Dilarang memekali barang kemas atau perhiasan.
  • Semua murid lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menggunakan gel,mewarnakan rambut atau berfesyen.Untuk keterangan lanjut sila rujuk Buku Peraturan Sekolah yang di sediakan.
Penyampaian cenderamata kepada Peserta Kejohanan Boling Tenpin, MSSD Sepang, di Arena Bowl, Airport Complex Nilai.

No: 4 , Adik ChooBoa Xuan

No: 3 , Balqis Dayana Bt Khairul Rofai


Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SKTPP disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan SKTPP dari Balai Polis Putra Perdana Puchong. (Koperal Nik Mohd Nizam Bin Ramli)



Ucapan Penolong Kanan SKTPP (Encik Ahmad Fuadi bin Sarham)
  1.  Meminta murid memaklum pada ibubapa untuk memberi sumbangan kepada sekolah dalam bentuk apa sahaja bagi menceriakan sekolah dan membaiki kerosakan peralatan dan Prasarana sekolah.Sumbangan tersebut bolehlah diserahkan melalui guru kelas masing-masing.
  2. Meminta murid menjaga buku teks dengan baik dan membalutnya dengan sempurna. Murid juga dikehendaki menulis nama dan kelas pada ruang yang disediakan di dalam buku teks.
  3. Beliau juga mengingatkan semua murid supaya menghormati guru serta memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar agar ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan.

Pelantikan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber 2015

Pada  26 Januari 2015 telah berlangsungnya majlis pelantikan pengawas dan pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2015. Majlis bagi sesi pagi  telah diadakan di tapak perhimpunan SK Taman Putra Perdana.manakala sesi petang di Dewan Perdana. Seramai 116 orang murid telah dilantik sebagai pengawas sekolah dan  89 orang murid pula telah dipilih untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah.  Penyampaian watikah pelantikan kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SKTPP telah  disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan SKTPP dari Balai Polis Putra Perdana Puchong - Koperal Nik Mohd Nizam Bin Ramli.

Sesi Pagi
Ketua Pengawas             :  Iffah Firzanah binti Zulhazmi
Pen. Ketua Pengawas     : Fathul Akhbar bin Abu Bakar

Ketua Pengawas Pusat Sumber          : Wafin Wardah binti Rizal
Pen. Ketua Pengawas Pusat Sumber : Muhammad  Irsyad Ilham bin Reki

Sesi Petang
Ketua Pengawas              : Nur Aneesa binti Abdul Aziz                    
Pen. Ketua Pengawas     : Reshmenraj A/L Jaiganesh

Ketua Pengawas Pusat Sumber : Nurin Syaheera binti Roslan
Pen. Ketua  Pengawas                :  Ahmad Muaz Hakimi bin Zamree                   :

Berikut adalah gambar yang dirakam sepanjang majlis berlansung.
Sesi Pagi


Para pengawas beratur untuk menerima watikah pelantikan

Bacaan ikrar oleh ketua pengawas Sekolah
Kami Benci Dadah oleh barisan pengawas
Adik Muhammad Azri Akid sedang menerima watikah pelantikan
Senyuman manis adik Nur Alya Sofea selepas menerima watikah pelantikan 
Bacaan ikrar pengawas pusat sumber sekolah oleh adik Muhammad  Irsyad Ilham bin Reki

Bergambar kenangan selepas majlis selesai
Cenderahati daripada pihak sekolah disampaikan oleh Pn Guru Besar.
Para pengawas dan pengawas pusat sumber SKTPP 2015

  Sesi Petang


Penyampaian watikah kepada ketua pengawas 
Bergambar kenangan 
Bacaan ikrar oleh barisan pengawas sekolah
Adik Muhammad Irfan Qaedi menerima watikah pelantikan
  Adik Nureen Syaheera selaku Ketua Pengawas Pusat Sumber sedang menerima watikah pelantikan
Penyampaian cenderahati daripada Pn Rohaidah