Thursday, October 29, 2015

Program Selepas UPSR 2015 - Pertandingan 'Treasure Hunt’

Pada 29 Oktober 2015 SKTPP telah mengadakan aktiviti mencari Harta Karun sempena program Selepas UPSR. Aktiviti ini telah disertai oleh seramai 326 orang murid tahun 6. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menguji tahap pengetahuan murid, ketahanan mental dan fizikal serta mengukuhkan semangat kerjasama dan kesefahaman dalam kumpulan.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti:
1. Penyelesaian masalah
2. Mencari harta tersembunyi
3. Menyampaikan maklumat dan kemahiran kinestatik dan tumpuan

Berikut adalah paparan gambar semasa aktiviti dijalankan.


Disediakan oleh:
Norsiah binti Mohd Nor

Wednesday, October 28, 2015

Program Selepas UPSR- Gubahan Tuala (Murid Perempuan)

Acara pertandingan gubahan tuala telah diadakan khusus bagi murid- murid perempuan tahun 6 secara berkumpulan pada:

     Hari/ Tarikh: Rabu/ 28 Oktober 2015
     Tempat        : Kelas- kelas Tahun 6, SKTPP.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kreativiti dan seni adat melayu yang hampir dilupakan. Selain itu, murid- murid dapat menonjolkan bakat dalam seni gubahan dan memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. Alhamdulillah, murid- murid dapat menghasilkan gubahan tuala dengan kreativiti tersendiri.


Hasil gubahan tuala.




Disediakan oleh;
Puan Norziani Zubir

Monday, October 26, 2015

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Petang)

HARI               :   Isnin
TARIKH          :  26 Oktober 2015
MASA              : 
1.20 - 1.50 petang

GURU BERTUGAS:
1. Puan Azura Farina Bt Abdullah
2. Puan Nazahiyah Bt Ab Rahman
3. Puan Salmi Bt Adnan
4. Puan Nor Holwani Bt Yahya
5. Puan Saadiah Bt Busrah
6. Puan Nora Bt Sabihi


LAPORAN/ULASAN:

1. Perbarisan, Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

a) Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah (dipimpin oleh Pn. Salmi bt. Amir).
b) Bacaan doa oleh pengawas, Arif Arfan b. Abd. Razak (3 Surgeri).
c) Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Saadiah Bt Busrah.
d) Ikrar Murid oleh Ketua Pengawas sesi petang, Nuraneesa bt. Mohd Abdul Aziz (3 Radiologi).

2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn. Ummu Athiah Bt Hashim)


a) Mengingatkan murid-murid agar balik tepat pada waktunya.
b) Murid perlu menjaga kebersihan kelas masing-masing.

 
 3. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Saadiah Bt Busrah)

a) Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ini.
b) Mengingatkan murid tentang minggu peperiksaan.
c) Jadual peperiksaan telah diedarkan.
d) Pada minggu peperiksaan, pastikan peralatan tulis lengkap, ulangkaji pelajaran, dan buat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.


Perhimpunan tamat pada jam 1.50 petang.

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-38 (Sesi Pagi)

HARI               :  Isnin
TARIKH          :  26 Oktober 2015
MASA              : 
7.30 pagi - 8.00 pagi

Perhimpunan Rasmi Minggu ke-38 (Sesi Pagi) telah ditangguhkan sempena minggu Peperiksaan Akhir Tahun

 

 GURU BERTUGAS:

1. Encik Zurilazman bin Abdullah

2. Puan Ainul Balkhish Bt Mohd Aris

3. Puan Julaili Bt Onian

4. Puan Nurzainon Bt Mohd Razali

5. Cik Nurul Iman Bt Illyas

6. Puan Azlina Bt Mat Isa

7. Puan Siti Rabiaah Bt Mohammad

8. Puan Rosmizawati Bt Yusub

Friday, October 23, 2015

Sambutan Hari Lahir untuk bulan Oktober

Pada hari Jumaat, 23hb Oktober 2015, telah diadakan Sambutan Hari Lahir untuk meraikan murid-murid yang dilahirkan dalam Oktober. Majlis ini diadakan untuk murid-murid sesi pagi dan sesi petang.

Untuk majlis pada bulan ini, pihak AJK Guru Penyayang telah menerima 4 biji kek untuk sesi pagi hasil sumbangan daripada pihak PIBG SKTPP, En. Srimahathevan (Guru PPKI), Puan Juli binti Mahbah (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan Puan Maimunah binti Yob (Guru Tahun 6 merangkap S/U Peperiksaan).

Manakala untuk sesi petang pula 2 biji kek telah disumbangkan oleh pihak PIBG SKTPP dn sebiji kek lagi sumbangan daripada Puan Maimunah binti Yob.

Antara memori yang sempat dirakamkan dalam dua majlis tersebut:-

Sambutan Hari Lahir untuk sesi petang
Murid-murid menikmati kek hari lahir
Puan Azizah menyampaikan hadiah hari lahir untuk sesi pagi

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang kek. Semoga usaha murni mereka ini akan diberkati. Sekiranya tuan/puan ingin menyambung usaha murni mereka, maka tuan/puan bolehlah menyumbang kek untuk majlis Sambutan Hari Lahir bagi bulan November dan Disember yang akan dijalankan serentak pada 2 November 2015 (untuk sesi pagi) dan 5 November 2015 (untuk sesi petang). Tuan/puan bolehlah menghubungi Puan Juli di talian 016 2969848 sekiranya berminat untuk menyumbang kek.

Program Tahun 6 Selepas UPSR - Mencanting Batik

Program selepas UPSR dijalankan khusus untuk Tahun 6 supaya  murid-murid
Tahun 6 dapat mengisi masa mereka dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang diaturkan oleh pihak sekolah.

Terdapat   beberapa   program   yang   diaturkan   seperti   Program   Pengurusan   Diri Remaja, Program Persediaan ke Sekolah Menengah dan Program Sukan & Permainan  seperti Pertandingan Bola Jaring, Bola Sepak, Ujian SEGAK serta  program   khusus membabitkan  subjek  bukan   teras  seperti  Latihan   persembahan   untuk  Hari   Kanak-Kanak   dan Hari Anugerah Cemerlang, ’Pertandingan Treasure Hunt’ dan Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah, Pertandingan mencanting batik dan sebagainya.

2.     MATLAMAT
Memenuhi masa murid-murid Tahun 6 selepas UPSR dengan aktiviti yang berfaedah dan
berinformasi. Selain daripada itu, program ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah.

3.    OBJEKTIF
I)  Melibatkan murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan.
II) Meningkatkan hubungan silaturahim antara murid-murid Tahun 6 dan guru


Salah satu aktiviti yang dijalankan ialah mencanting batik.

 Aktiviti mencanting batik telah dijalankan pada 23 Oktober 2015 (Jumaat). Aktiviti ini dapat memperlihatkan dan mencungkil bakat sedia ada murid di samping memberi ilmu pengetahuan baru kepada murid mengenai mencanting batik.

Antara paparan aktiviti yang sempat dirakam sewaktu aktiviti mencanting diadakan untuk murid-murid tahun 6 SKTPP...

Paparan semasa pertandingan mencanting batik dijalankan



Pemenang-pemenang mencanting batik


Antara hasil yang telah dihasilkan oleh murid-murid Tahun 6 SKTPP

Semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti sebegini mampu memberi pengetahuan dan menambah kemahiran serta dapat mencungkil bakat sedia ada murid.

Disediakan oleh:
Norbaizura Nordin

Wednesday, October 21, 2015

Cuti jerebu 22.10.2015

Esok Khamis 22.10.2015 cuti lagi. Diharap murid-murid berada di dalam rumah dan banyak minum air. Ulangkaji pelajaran untuk menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun nanti..


Tuesday, October 20, 2015

Cuti jerebu 21.10.2015

Esok masih cuti lagi memandangkan keadaan jerebu tidak sihat sebagaimana yang diumumkan oleh KPM. Harap maklum.




Monday, October 19, 2015

Cuti jerebu 20.10.2015

Oleh kerana keadaan jerebu masih belum pulih, maka KPM telah mengumumkan penutupan sekolah di Selangor dan beberapa negeri dan daerah pada hari esok (20.10.2015). Oleh yang demikian, SKTPP juga akan bercuti esok. Ujian Aptitud Tahun 3 ditunda lagi ke hari Rabu (21.10.2015) jika tiada aral. Terima kasih.


Sunday, October 18, 2015

Cuti jerebu lagi

Esok Isnin (19 Oktober 2015) telah diisytiharkan cuti oleh KPM akibat jerebu. Cuti ini melibatkan murid, guru, staf dan pentadbir.
   Sehubungan itu, Ujian Aptitud murid Tahun 3 akan ditunda pada hari Selasa (20 Oktober 2015). Harap maklum.







Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2015





Saturday, October 17, 2015

Karnival DARIH 2015

Karnival DARIH telah diadakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PPD Sepang, AADK Daerah Sepang, PIBG SKTPP serta MZY Skytrue Pro pada hari Sabtu bersamaan 17 Oktober 2015. Program ini telah berlangsung dengan meriah dan seronok sekali. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan yang menarik para pengunjung yang datang pada hari tersebut. Karnival bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Tujuan utama Karnival DARIH ini adalah untuk menyedarkan masyarakat, khususnya semua warga SKTPP mengenai bahaya dadah, alkohol, rokok, inhalan dan HIV / aids. Selain itu, karnival ini menyediakan berbagai-bagai maklumat berkaitan DARIH dan info bagi mengelakkan kita daripada terjerumus  ke lembah najis dadah.

Marilah kita sama- sama melihat gamba -gambar yang dirakam sepanjang karnival.

SKTPP Benci DARIH




























Lagi laporan bergambar Karnival DARIH dalam blog PIBG SKTPP di sini dan blog PPDa SKTPP di sini.

Oleh: Pn.Ranjiny Rajah

Friday, October 16, 2015

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Daerah Sepang

Petang tadi PPD Sepang telah menganjurkn Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Sepang di bawah Program Transformasi Daerah (DTP) 2015 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Majlis ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan di samping memberi galakan kepada warga sekolah dalam meneruskan kecemerlangan dalam segala bidang pendidikan.
   Tahniah buat warga SKTPP atas penganugerahan PPDa yang diterima. Semoga ia menjadi pemangkin untuk kami terus menjana kecemerlangan dalam bidang-bidang lain juga.