Monday, February 29, 2016

Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa 2016

Tahun ini SKTPP khususnya Sahabat PPDa sangat bertuah kerana Majlis Pelancaran PPDa dan Penyampaian Watikah Pelantikan Sahabat PPDa telah disempurnakan oleh Pengarah AADK Negeri Selangor, Tn. Alias bin Ja'afar. Turut hadir ialah ikon PPDa SKTPP; Amir Raja Lawak, Exco Majlis Permuafakatan PIBG 1Selangor, wakil dari Kesatuan Ibu Bapa Malaysia dan wartawan Utusan Malaysia yang membuat liputan majlis bersejarah tersebut. Terima kasih buat pegawai-pegawai AADK iaitu Pn. Farrah Fadhia selaku Ketua Pegawai AADK Daerah Sepang serta Pn. Ct Ashlida dan En. Firdaus. Juga terima kasih buat Naib YDP PIBG; YM Tengku Norsyawaludin serta AJK-AJK PIBG SKTPP yang hadir sama.
   Sesungguhnya majlis yang pada mulanya dirancang secara kecil-kecilan telah bertukar menjadi gilang-gemilang dengan kehadiran para VIP tersebut. Anak-anak murid SKTPP turut merasa teruja dengan gimik pelancaran yang sangat menarik, ucapan bersemangat Tn. Pengarah AADK serta keletah Amir yang mencuit hati.
   Tn. Pengarah turut menyampaikan sijil Sekolah Angkat AADK Daerah Sepang kepada sekolah serta Tokoh Sahabat PPDa kepada adik Majdina Afiqah binti Mahadir. Terima kasih atas penghargaan yang sangat istimewa itu. Semoga hubungan baik sekolah dan AADK akan berterusan demi kecemerlangan sahsiah anak-anak didik kami.
   Selesai majlis pelancaran, para tetamu telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa sekolah dan menyaksikan persembahan multimedia di bilik mesyuarat. Tahniah buat Sahabat PPDa yang dilantik hari ini. Mereka telah melakukan yang terbaik dengan memberi penerangan di Bilik Sumber PPDa dengan penuh yakin.
   Majlis yang sama juga telah diadakan pada sebelah petang di mana Guru Besar; Pn. Rohaidah bt. Mohd. Ali sendiri yang menyempurnakan majlis pelancaran tersebut dan menyampaikan watikah pelantikan kepada Sahabat-Sahabat PPDa. Tahniah buat semua Sahabat PPDa...
   SKTPP BENCI DARVIH!!!
Lagi laporan Pelancaran PPDa 2016 dalam blog PPDa di sini.






















Terima kasih Tn. Pengarah AADK Selangor; Tn. Alias bin Ja'afar. Sudi-sudi datang lagi ke sekolah kami pada masa depan..










No comments:

Post a Comment