Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Kebangsaan Ke-59

Selamat Hari Kebangsaan yang ke-59 buat semua murid, ibu bapa dan guru SKTPP. Semoga kita akan bertambah sejahtera, aman dan sentosa serta bebas daripada segala anasir yang mengganggu keselamatan dan perpaduan kita. Merdeka!!



Tuesday, August 30, 2016

Misi Pengurusan Terbaik B&K

Tahniah Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP! Semoga berjaya dalam Pertandingan Amalan dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Negeri Selangor 2016 Jumaat ini. SKTPP akan bertanding bagi kategori Pengurusan Terbaik BnK. Terima kasih banyak buat Pegawai Kaunseling PPD Sepang; En. Alwi atas bimbingan dan tunjuk ajar. Good luck!








Monday, August 29, 2016

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Sesi Petang

Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Bulan Bahasa disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan setiap tahun.

Bulan Bahasa SK Taman Putra Perdana berlangsung dari 29 Ogos 2016 hingga 7 Oktober 2016. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.

OBJEKTIF BULAN BAHASA
1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu

2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK Taman Putra Perdana. Antaranya tulisan cantik, mencari benda tersembunyi, mencari sisip suku kata, membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap 1. Manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 2.
 
 Berikut adalah gambar yang dirakamkan sepanjang majlis:

Puan Salmi bt Amir selaku Pengacara Majllis Bulan Bahasa Sesi Petang 2016

Puan Hajah Rohaidah memukul gong sebagai simbolik Pelancaran Bulan Bahasa

Acara Memotong Pulut Kuning

Wajah-wajah guru Bahasa Melayu sesi petang



Disediakan oleh:

Puan Azura Farina binti Abdullah
Guru Bahasa Melayu Tahun 1 



Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-32 (Sesi Petang)



Tarikh: 29 Ogos 2016
Tempat: Dewan Perdana
Masa: 1.20-2.20 petang

Guru Bertugas:
1. NoorHisham bin Mohd Noor
2. Saadiah binti Busrah
3. Azura Farina binti Abdullah
4. Nazahiyah binti Abd Rahman
5. Salmi binti Adnan
6. Nor Holwani binti Yahaya

Laporan/ Ulasan:
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3.
3.  Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Encik NoorHisham.
4.  Bacaan Ikrar Murid oleh adik Alif Qaweem (3 Kompang)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas ( Pn Yani binti Mohammad Shariff)

  • Beliau menyatakan bahawa disiplin murid pada minggu lepas terkawal kecuali ketika berada di dewan.

  • Beliau meminta agar murid-murid dan guru mata pelajaran dapat memastikan kipas dan lampu ditutup semasa rehat dan sebelum pulang untuk mengelakkan pembaziran.
  • Sampah sarap seperti plastik makanan dan lain-lain hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

 Ucapan Guru Bertugas (En. NoorHisham bin Mohd Noor)
 Tema: Semangat Patriotik

  • Memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini.

  • Semangat patriotik dalam kalangan murid contohnya sayang kepada Negara. seperti mengibarkan Jalur Gemilang dan bersemangat cinta akan Negara


LAWAD:
Bahasa Melayu : mengecop (mengecap)
Bahasa Inggeris: Shop (kedai)
Bahasa Arab: Kalamun (pen)


Perhimpunan ditamatkan untuk memberi laluan kepada Majlis Pelancaran Bulan Bahasa  2016.

Disediakan oleh:
Azura Farina binti Abdullah

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Sesi Pagi 2016

Program Bulan Bahasa adalah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa Melayu. Program ini diadakan bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Sehubungan itu, Program Bulan Bahasa disambut di peringkat sekolah selari dengan Sambutan Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan yang disambut pada bulan setiap tahun.

Bulan Bahasa SK Taman Putra Perdana berlangsung dari 29 Ogos 2016 hingga 7 Oktober 2016. Bulan bahasa ini adalah merupakan suatu usaha Panitia Bahasa Malaysia untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa sejagat serta wahana perpaduan rakyat.

OBJEKTIF BULAN BAHASA

1. Menambahkan pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu

2. Mendedahkan keunikan Bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang
3. Melahirkan individu yang menghayati kesantunan bahasa serta
4. Mengamalkan nilai-nilai murni yang bertunjangkan Bahasa Melayu.

Banyak aktiviti yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Melayu SK Taman Putra Perdana. Antaranya tulisan cantik, mencari benda tersembunyi, mencari sisip suku kata, membentuk kata, bersajak, serta bercerita untuk Tahap 1. Manakala pantun, mengarang, bersajak, vokal tersembunyi, delapan kata, bersyair serta syarahan untuk pelajar Tahap 2.
 
 Berikut adalah gambar yang dirakamkan sepanjang majlis: 
Ucapan Perasmian oleh Guru Besar Puan Hajah Rohaidah


Upacara memukul gong oleh Guru Besar

Acara memotong pulut kuning

 Disediakan oleh:

Puan Junaidah binti Rus

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-32 (Sesi Pagi)

Tarikh : 29 Ogos 2016
Hari    : Isnin
Masa : 7.30 – 8.20 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Khairunnisa Balqis Bt Hamidi (6 Lamda)

Guru Bertugas :
1. En. Srimahathevan
2. Pn. Jamilah Bt. Yusuf
3. Pn. Noor Hayati Bt Yusof
4. Pn. Nurrulhuda Bt Yaacob
5. Pn. Visva Vilasini
6. Pn. Nik Kamisah Bt Mohd Aziz
7. Cik Roslinda Bt Mansor
8. Pn. Hasliza Bt Said

Barisan guru bertugas
Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

  1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah dipimpin oleh Puan Astina Bt Mahad Nor.
  2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 6.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Jamilah  Binti Yusuf.
  4. Bacaan Ikrar murid oleh adik Asyraaf Aqasha Bin Mohd Fadzir (6 Zeta)

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas Oleh Puan Roseniza Bt Mustafa


  1. Murid-murid diingatkan supaya tidak meninggalkan sampah selepas waktu perhimpunan di dewan atau pun di dataran perhimpunan. Kita mestilah mengamalkan kebersihan diri dan juga kebersihan di sekeliling kita.
  2. Sampah yang dibuang ke dalam tong sampah mestilah dibuka penutupnya dan masukkan sampah ke dalamnya. Jangan hanya diletakkan di atas penutup tong tersebut sahaja.
  3. Selain itu, murid-murid yang hendak masuk ke bilik guru perlulah mempunyai pas keluar daripada guru yang memberi arahan.

Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Pn. Jamilah Bt Yusuf

Tema: Semangat Patriotik


  • Semangat Patriotik bermaksud semangat cintakan negara. Kita mestilah sentiasa mempunyai semangat  ini kerana kita dilahirkan di bumi bertuah Malaysia ini. 
  • Tanpa kemerdekaan yang telah dicapai dari perjuangan datuk nenek moyang kita ini, kita tidak akan dapat mengecapi erti kebebasan dan mungkin tidak akan merasa erti kemajuan.
  • Oleh itu, amat penting bagi kita untuk menjaga hubungan sesama kita dan bersatu padu memupuk semangat perpaduan di antara kaum lain kerana jika tiadanya persefahaman, keamanan yang kita kecapi sekarang mungkin akan musnah.

Perkataan LAWAD

1. Bahasa Malaysia – Keletak-keletuk (bunyi batu kecil)
2. Bahasa Inggeris – Relationship (perhubungan)
3. Bahasa Arab - Kukhun (pondok)

Penyampaian Sijil bagi murid-murid Pendidikan Khas yang telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Pertama Peringkat Negeri Selangor 2016  (1st Selangor Agoonoree)

  •  Sekolah kita telah menghantar 4 orang wakil murid bagi menghadiri perkhemahan pengakap yang diadakan di Pusat Kokurikulum SK Seri Gambut, Tanjung Karang Selangor pada 23 hingga 25 Ogos 2016.  Tahniah diucapkan kepada guru pembimbing dan murid yang terlibat. Murid-murid tersebut ialah:  

           1.  Muhammad Hafiz Bin Suhaimi
           2. Muhammad Afiq Bin Affandy
           3. Muhammad Aiman Bin Norisyan
           4. Muhammad Iskandar Dzulkarnain Bin Ismail
      Guru Pembimbing : Puan Noor Hayati Bt Yusof

  • Pencapaian : Johan Keseluruhan Aktiviti ( Sekolah Rendah )
  • Aktiviti-aktiviti yang dijalankan :   
                                                                      1. Dapur Panas
                                                                      2. Kraftangan
                                                                      3. Permainan Pengakap
                                                                      4. Sukan Rakyat

Majlis penyerahan sijil Perkhemahan Pengakap PPKI


Johan Perkhemahan Peringkat Negeri
Seterusnya majlis perhimpunan memberi laluan kepada Panitia Bahasa Melayu untuk Pelancaran Bulan Bahasa dijalankan.


Majlis Pelancaran Bulan Bahasa
Disediakan Oleh,
Nurrulhuda Binti Yaacob

Sunday, August 28, 2016

Sepang - Johan Sepak Takraw Piala Pengurus Besar PKNS

Tahniah Aniq Arsyad Abd. Hamid yang telah membantu Sepang merangkul Johan dalam Kejohanan Sepak Takraw Bawah 12 Tahun Piala Pengurus Besar PKNS. Regu Sepang bawah 12 tahun terdiri daripada murid-murid SKTPP, SKTPP2 dan SK Dengkil. Tahniah juga kerana Sepang turut dianugerahkan Tekong Terbaik dan Apit Kanan Terbaik. Tahniah! Semoga Aniq akan terus berjaya dalam bidang sepak takraw ini...

Aniq memakai jersey no. 2


Congratz!

Saturday, August 27, 2016

Fiesta Durian

Sabtu, 27 Ogos - Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana buat julung-julung kalinya telah menganjurkan "Fiesta Durian" sebagai salah satu aktiviti tahunan yang dirancang bagi kalender tahun ini. Fiesta ini dihadiri oleh guru serta kakitangan sekolah dan juga turut disertai oleh YDP PIBG Tn. Haji Khairul Azhar b. Mohammed Sufian. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua warga sekolah di samping menikmati keenakan durian yang dihidangkan.











Kelas Tambahan Terakhir

Menjelang UPSR yang akan diadakan pada 5 hingga 8 September 2016 ini, murid-murid dan guru-guru begitu gigih menghadiri kelas tambahan di sekolah. Ini merupakan kelas tambahan terakhir bagi persediaan UPSR tahun ini dalam siri yang telah bermula sejak awal tahun lagi. Semoga usaha-usaha yang telah digembleng selama ini menghasilkan kejayaan yang diimpi-impikan...




Latihan Kompang

SKTPP akan menghantar pasukan paluan kompang dan fomasi untuk pertandingan sempena Karnival Komuniti Sepang 2016. Tahniah kepada guru-guru yang diketuai oleh Pn. Astina yang telah melatih dan membimbing anak-anak murid dengan begitu tekun sekali. Semoga berjaya!



Friday, August 26, 2016

Kelas Direhatkan Semasa Peperiksaan UPSR 2016

Adalah dimaklumkan kelas akan direhatkan secara bergilir-gilir semasa peperiksaan UPSR pada 5 hingga 8 September 2016 kerana:- 
☆ ramai guru terlibat sebagai Pengawas Peperiksaan
☆ banyak bilik darjah digunakan sebagai kelas peperiksaan
☆ untuk memberikan suasana yang tenang dan senyap kepada calon-calon peperiksaan

Berikut adalah jadual kelas-kelas yang perlu hadir dan direhatkan:-


Tarikh / Hari
Tahun yang perlu hadir
Sesi
Pagi
Tahun yang direhatkan
5.9.2016
(Isnin)
3
7.20 pg - 1.20 tgh
1, 2, 4, 5, Prasekolah dan PPKI
6.9.2016
(Selasa)
4
7.20 pg - 1.20 tgh
1, 2, 3, 5, Prasekolah dan PPKI
7.9.2016
(Rabu)
5
7.20 pg - 1.20 tgh
1, 2, 3, 4, Prasekolah dan PPKI
8.9.2016
(Khamis)
5
7.20 pg - 12.50 tgh
1, 2, 3, 4, Prasekolah dan PPKI





*  Jadual seperti biasa.

Semua murid dikehendaki hadir ke sekolah seperti biasa pada 9 September 2016 (Jumaat).