Friday, February 23, 2018

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2018

Alhamdulillah... selesai sudah sambutan hari lahir murid pada bulan Januari dan Februari. Semoga amalan guru penyayang yang dilaksanakan ini akan berterusan dan menjadi budaya guru di SK Taman Putra Perdana.
Majlis penyampaian hadiah hari lahir murid sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Rosmah bt Jamat, PK Hal Ehwal Murid. Majlis penyampaian hadiah hari lahir murid sesi petang pula telah disempurnakan oleh Puan Jumilah bt Ahmad, PK Petang SK Taman Putra Perdana.

Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana di sini.

Berikut merupakan momen yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya majlis meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari:

Sesi pagi:




Sesi petang:




Seluruh warga SKTPP mengucapkan "Selamat Hari Lahir" kepada semua murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari.

No comments:

Post a Comment