Wednesday, March 21, 2018

Bus Stop Berwajah Baru

Sementara cuti sekolah ini, para pekerja pembersihan bersama AJK PIBG telah mengecat tempat menunggu di Pintu Pagar B dan menanda tempat parkir bas & van sekolah untuk keselesaan anak-anak murid dan ibu bapa / penjaga. Semoga ibu bapa / penjaga serta anak-anak murid akan lebih bekerjasama, bertimbang rasa, bertolak ansur, bersabar dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah demi keselamatan dan kebaikan bersama..








5 comments:

  1. Harap pihak sekolah mengkaji kesan penjaja berdekatan bus stop. Kadang ada parents berhenti lama di dpn bus stop sebab menunggu anak membeli.. kronologi lebih kurang macam ni. Mula2 anak masuk kereta dan minta duit dari parents, then anak keluar semula utk membeli. Lepas anaknya masuk kereta tiba2 anak yg lain pula keluar kereta untuk membeli juga.. menyebabkan kesesakan lama.. Allah.. sgt menyiksakan batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pn. Sekolah & PIBG pun dah mati akal dgn masalah penjaja di luar pagar sek ni. Kita dah lapor ke MPS, pengawal keselematan pun selalu menegur malahan pentadbir & PIBG pun acapkali menegur & menghalau penjaja-penjaja tersebut. Nampaknya tiada kesan bahkan semakin menjadi-jadi dgn pelbagai alasan yg diberi spt jarak mereka berniaga itu dibenarkn oleh undang-undang dll. Murid-murid memang selalu kita ingatkan semasa perhimpunan & dlm kelas agar jgn membeli di luar. Tp nampaknya tarikan dr jualan-jualan tersebut lebih kuat. Kita mohon ibu bapa pula mengambil peranan masing-masing untuk menasihati anak-anak supaya tidak membeli di luar. Kalau semua tegur kita pasti para penjaja tu takkan berleluasa..

      Delete
  2. Kalau dah semuanya cat merah van mana pula ibu bapa nk parking? Penjaja buat bodoh je parking situ. Tlg fikirkan ibu bapa yg menjemput anak juga.

    ReplyDelete
  3. Biar rasional dan praktikal. Diperhatikan hanya beberapa van sekolah memanafaatkan petak tersebut. Kebanyakan van lebih suka tunggu di bahu jalan saja. Kenderaan ibu bapa lebih banyak dari van sekolah. Terima kasih kerana mengecat petak parkir tetapi tidak perlu dikhususkan untuk van sahaja. Mana-mana kenderaan yang sampai dulu boleh memanafaatkan parkir tersebut bagi mengelakkan kesesakan menunggu di bahu jalan. Kenderaan peniaga tidak dibenarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maaf tuan & terima kasih atas pandangan. Tujuan kita mengecat petak parkir Van itu adalah disebabkan kenderaan tersebut membawa ramai murid berbanding kenderaan persendirian. Apapun nanti pihak sekolah akan berbincang semula dgn PIBG untuk mengurangkan bil. petak parkir van memandangkan van tak banyak sangat. Diharapkan agar semua pemandu van, bas & kenderaan persendirian akan sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan dan tidak mementingkan diri sendiri yang menjadi punca kesesakan lalu lintas. Kerjasama semua diucapkan terima kasih.

      Delete