Thursday, March 1, 2018

Program Brilliant Student (Motivasi Kemahiran Belajar Tahun 6) 2018

Program ini merupakan program khas untuk murid-murid Tahun 6, 2018. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai halatuju dan kemahiran yang bersesuaian dengan pendidikan masa kini. Program ini juga memberi pendedahan yang berguna kepada murid yang memberi fokus kepada teknik pembelajaran yang lebih baik.

Penceramah terkenal dari Speak Out Training Management & Center, Tn. Haji Badrul Sani bin Baharudin telah dijemput khas bagi menyempurnakan objektif program yang diharap dapat mentransformasikan minda murid-murid Tahun 6 SKTPP.

Antara isi kandungan ceramah yang telah disampaikan oleh beliau adalah
* 6 Kaedah Transformasi Diri
* 4 Rahsia Brilliant Student
* Teknik Membaca Brilliant Student
* Teknik Menghafal Brilliant Student
* 15 Cabaran Brilliant Student

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkam sepanjang program berlangsung


 Ucapan alu-aluan oleh Pn. Norli selaku pengerusi majlis dan bacaan doa 
oleh ustaz Ahmad Mustafid

 Sesi perkenalan antara penceramah dan Pn. Rohaidah (Guru Besar) sebelum program bermula

 Penceramah hebat.. Tuan Hj Ahmad Badrul Sani @ Abang Bad memulakan sesi ceramah yang penuh semangat

 Murid-murid begitu teruja dan bersemangat mengikuti aktiviti ceramah

Bagaikan artis... guru-guru pun sibuk nak bergambar dengan penceramah hebat sementara murid-murid pulak nak minta autograf

No comments:

Post a Comment