Thursday, August 30, 2018

Program Semarak Sahsiah 2018

Program Semarak Sahsiah merupakan satu program yang tercetus oleh rasa sayang terhadap anak-anak didik yang masih dahaga dengan pujukan dan nasihat para guru. Kolaborasi antara Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Panitia Pendidikan Islam ini diharapkan mampu mengurangkan bilangan murid yang tidak hormat guru di samping menerapkan  sifat penyayang dalam diri murid terhadap guru. Dalam masa yang sama penjelasan mengenai adab dan hikmah menghormati guru diharapkan dapat melahirkan murid yang menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka.

Program Semarak Sahsiah ini dijalankan  sebanyak 2 fasa iaitu pada Ogos & Oktober yang melibatkan semua murid SK Taman Putra Perdana. 

Terima kasih kepada Tn Hj Khairul Azhar b Mohammad Sufian (YDP PIBG) yang turun padang memberi ceramah dalam program ini. Jutaan terima kasih juga kepada para penceramah yang terdiri daripada barisan guru SKTPP. 


Penceramah : Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif
Sasaran :4 Platinium, 4 Magnesium, 4 Kuprum
Penceramah : Ustaz Zurilazman bin Abdullah
Sasaran : 6 Surgeri, 6 Respiratori, 6 Radiologi

Penceramah : Al Fadhil Ustaz Ahmad Zubair bin Hj. Muhamad Taib
Sasaran : 1 Oppo, 1 Nokia, 1 Neffos

Penceramah : Al Fadhil Ustaz Hariz Safwan bin Yaccob
Sasaran : 2 Ibnu Thufail, 2 Ibnu Sina, 2 Ibnu Qayyim

Penceramah : Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamad Suffian (YDP PIBG)
Sasaran : 6 Obstetrik, 6 Kardiologi, 6 Hematologi, 6 Anestesiologi
Penceramah : Ustaz Mohd Hadri b Ag Idris
Sasaran :1 Vivo, 1 Sony, 1 Samsung


Penceramah : Saifullah bin Mat Saupi
Sasaran :5 Tabla, 5 Seruling, 5 Rebana 


Penceramah : Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
Sasaran : 3 Gigih, 3 Fokus, 3 Efisen

Penceramah : Encik Hasbullah bin Zainal Abidin
Sasaran :2 Ibnu Khaldun, 2 Ibnu Battuta, 2 Ibnu Bajjah 


Penceramah : Ustaz Zurilazman bin Abdullah
Sasaran : 4 Vanadium, 4 Uranium, 4 Titanium


Penceramah : Ustaz Mahadir bin Midun
Sasaran : 3 Jujur, 3 Intelek, 3 Harmoni


Penceramah : Ustazah Ummu A'thiah bt Haji Hashim
Sasaran : 1 Lenovo, 1 Iphone, 1 Huawei, 1 Asus


Penceramah : Ustaz Mahadir bin Midun 
Sasaran :5 Canang, 5 Bonang, 5 Angklung


 Penceramah : Ustaz Ahmad Mustafid bin Mohd Sharif
Sasaran : 4 Ferum, 4 Elektrum, 4 Aurum



Penceramah : Pn Juli bt Mahbah
Sasaran : 6 Pediatrik, 6 Patalogi, 6 Ortopedik


Penceramah : Ustaz Mohd Saiffol bin Ngabiah
Sasaran : 3 Arif, 3 Bestari, 3 Cerdik, 3 Dedikasi


Penceramah : Ustazah Safinatunajakh bt Mat Som
Sasaran : 2 Al-Khawarizmi, 2 Al-Farabi, 2 Al-Biruni

Sambutan Bulan Kebangsaan 2018

Pentas Merdeka SKTPP 2018
Halus teratur jambangan cempaka,
Di tepi jejawi molek kedidi,
Takkan luntur semangat merdeka,
Dijulang pertiwi sentosa abadi.

Daun sirih di dalam dulang,
Menjadi hantaran majlis beradat,
Rakyat dibela pemimpin dijulang,
Malaysia merdeka kekal berdaulat.

Pada 30 Ogos 2018, SK Taman Putra Perdana telah mengadakan Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan bagi tahun 2018.  Program ini merupakan agenda utama setiap tahun untuk warga SKTPP.  Dengan Sambutan Bulan Kebangsaan ini, murid-murid akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Objektif program ini adalah :
  • Menyemai semangat cinta akan negara.
  • Memupuk dan memperkukuh semangat setia kepada negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
  • Menerapkan nilai-nilai murni seperti cintakan negara, berdisiplin, dan bekerjasama.
  • Sebagai kayu ukur bagi menguji kesedaran murid tentang semangat patriotisme dan mensyukuri perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Aktiviti Bulan Kebangsaan:
  • Tahun 1 - Pakaian Tradisional
  • Tahun 2 - Tarian
  • Tahun 3 - Koir
  • Tahun 4 - Pakaian Tradisional
  • Tahun 5 - Koir
  • Tahun 6 - Reka Cipta
  • Prasekolah - Pakaian Beragam
  • PPKI - Mewarna Poster
Berikut adalah gambar-gambar Sambutan Bulan Kemerdekaan Sesi Pagi:

Buku Program Sambutan Bulan Kebangsaan
Pengacara Majlis (Pn Nurliza Ab Rahman)

Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali

Perasmian Majlis disempurnakan oleh Pn Hjh Rohaidah bt  Mohd Ali

Gimik Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan


Wajah-wajah anak merdeka

Nyanyian Lagu Tema dan Lagu Patriotik

Sebahagian Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kebangsaan
Sesi Pagi 2018

Acara Pakaian Beragam - Murid Prasekolah

Acara Pakaian Beragam - Murid Prasekolah
Hadiah kejutan kepada Pn Maimunah dan En Hafiz
 yang berpakaian mengikut tema. Tahniah..



Jom beralih kepada Sambutan Bulan Kebangsaan Sesi Petang :


Hari ini kami berdua ditugaskan sebagai AJK Fotografi
Dari kiri, Puan Siti Maziah & Puan Nor Arzah

Pengacara Majlis, Cik Nur Affiqah bt Ahmad Subian

Doa dibaca, tangan ditadah.
Bagi memberkati majlis, Al-Fadhil Ustaz Abd Hafiz b Abd Halil memimpin bacaan doa

Ucapan perasmian oleh Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)
Barisan pentadbir yang turut serta dalam majlis sesi petang
Acara memotong kek dan pulut kuning telah disempurnakan oleh Puan Hajjah Rohaidah selesai sahaja ucapan oleh beliau

Pulut kuning dan kek yang enak ini merupakan simbolik untuk gimik perasmian Sambutan Bulan Kebangsaan



Barisan pentadbir bergambar kenangan bersama bunting Sambutan Bulan Kebangsaan 2018



Jalur gemilang dikibarkan dari aras 2 Blok H terus ke Dataran Perhimpunan




Selesai sahaja gimik pelancaran, guru-guru dan murid-murid menyanyikan dua buah lagu iaitu Warisan & Kita Punya Malaysia




Keceriaan lahir dari hati tanda kesyukuran....Malaysia Kita Punya


Begitu juga murid-murid...penuh semangat kibarkan jalur gemilang dan satu suara laungkan merdeka


Sejurus selesai majlis pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan, pertandingan pakaian tradisional (Tahun 1) dijalankan dan disaksikan oleh ibu bapa yang hadir. Pertandingan ini telah tamat pada pukul 3.20 petang. Semua yang hadir sangat teruja melihat anak-anak kecil memperagakan pakaian tradisional penuh dengan gaya. Seramai 40 orang murid dari Tahun 1 telah memperagakan pakaian masing-masing.



 Encik Nor Amirulfitri.. Pengacara Pertandingan Pakaian Tradisional pada hari ini

Hakim yang arif lagi bijaksana.. Pn Nazahiyah & Pn Norazmira

Masing-masing memperagakan pakaian dengan gaya tersendiri

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Guru Besar

Pemenang Saguhati

Pemenang Tempat Ketiga

Pemenang Tempat Kedua

Ini dia....peragawan dan peragawati SKTPP

Wajah-wajah riang gembira..Semoga peristiwa ini menjadi kenangan manis kepada kalian





Disediakan oleh:
Pn Roseniza bt Setapa
Pn Juli bt Mahbah
Pn Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin
Pn Nor Arzah bt Hussin