Thursday, September 27, 2018

Selesai Sudah UPSR

Kelegaan murid-murid Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR hari ini disambut dengan jamuan istimewa KFC, aiskerim dan potluck pelbagai juadah hasil sumbangan ibu bapa murid-murid Tahun 6. Team KFC turut mengadakan aktiviti bersama maskot Chickynya yang menggamatkan suasana. Terima kasih ahli KSIB yang sangat proaktif. Semoga murah rezeki kalian...
   YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian turut hadir memberikan kata-kata nasihat buat anak-anak murid agar menjaga tingkahlaku dan adab walaupun UPSR sudah berakhir.
   Diharap murid-murid Tahun 6 tidak terlalu gembira kerana perjuangan masih belum selesai. Teruskan berdoa dan bersolat hajat mohon agar keputusan yang akan diperolehi kelak cemerlang... aamiin..





























Friday, September 21, 2018

Program Sekolah Bebas Dadah Bersama AADK Negeri Selangor di SKTPP

Program Sekolah Bebas Dadah bersama AADK negeri Selangor di Sekolah Kebagsaan Taman Putra Perdana telah berjaya dilaksanakan pada :

Tarikh        : 21 September 2018
Masa          : 10.00 a.m – 11.50 a.m
Tempat       : Dewan Perdana SKTPP

Seiring dengan matlamat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan pelajar bebas pengaruh dadah, maka SKTPP juga telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Sekolah Bebas Dadah di sekolah bagi merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Program Sekolah Bebas Dadah ini bermatlamat mengembangkan ilmu pengetahuan para pelajar daripada terjebak dengan penagihan dadah. Program ini juga turut diselitkan dengan soalan-soalan kuiz antidadah bagi memberikan pemahaman serta membimbing murid-murid supaya sedar bahawa dadah boleh menjejaskan masa hadapan mereka.
Dr. Catheryn Michele Hockaday, Pensyarah dari Iowa State University pakar dalam bidang pencegahan dadah untuk keluarga dan komuniti telah hadir sebagai tetamu khas dan penampilan istimewa ke Program Sekolah Bebas Dadah tersebut. Ucapan beliau dipenuhi dengan informasi yang sangat berguna dan jelas berkaitan Program Sekolah Bebas Dadah yang telah dan akan dilaksanakan di SKTPP. Program ini turut dihadiri pegawai-pegawai dari AADK Negeri Selangor. Mereka mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah menyahut seruan KPM dan merealisasikan hasrat AADK untuk memerangi dadah dan menjadikan sekolah zon bebas dari dadah secara aktif.
Guru Besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali memberi ucapan dan ingatan kepada pelajar  supaya mereka sentiasa mengambil iktibar dari pelaksanaan Program Sekolah Bebas Dadah di SKTPP selama ini dengan menghayati nilai agama dan moral kerana ia yang akan memberi petunjuk dan pedoman dalam menempuh kehidupan penuh cabaran. Beliau juga dalam ucapannya memberitahu bahawa SKTPP sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pihak AADK bagi memastikan para pelajar di sekolah tidak terjebak dengan gejala penagihan dadah. Selesai program di dewan, para tetamu bersama pihak pentadbir sekolah SKTPP telah membuat lawatan ke Bilik Sumber PPDa.  Semoga anak-anak murid  komited menjauhi DARVIH keseluruhannya!!

Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini berlangsung :



Ucapan pengerusi majlis, Puan Nor Arzah

Sesi besama murid-murid



Ceramah oleh pegawai AADK


Dr. Catheryn Michele Hockaday melakukan aktiviti bersama murid-murid
Menandatangani autograf murid-murid

Tetamu-tetamu khas melawat Bilik Sumber PPDa

Dr. Catheryn Michele Hockaday mencatat kehadiran dalam Buku Pelawat di Bilik Sumber PPDa




Para Sahabat PPDa gembira menerima tetamu istimewa dari jauh

Guru besar SKTPP, Puan Hajjah Rohaidah bt. Mohd. Ali bersama
Dr. Catheryn Michele Hockaday dan Dr. Salina; pegawai AADK Negeri Selangor


Mengabadi kenangan 

Kami Benci DARVIH