Wednesday, October 31, 2018

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018 (Sesi Pagi)

Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan Hari Kanak-kanak penuh ceria.

Hari ini, 31 Oktober 2018 merupakan hari yang cukup indah dan bermakna kepada semua murid SKTPP kerana diraikan dalam majlis Sambutan Hari Kanak-kanak. Sesungguhnya setiap tahun murid-murid SKTPP diraikan dalam majlis yang meriah dan ceria. Bagi murid-murid Tahun 6, majlis seperti ini merupakan tahun terakhir diraikan sebagai golongan kanak-kanak. Sambutan Hari Kanak-kanak juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat keseluruhan akan peranan dan tanggungjawab untuk memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.

Atur Cara:

8.00 pagi hingga 9.30 pagi:
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan wakil murid 
- Ucapan PK HEM dan Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak
- Persembahan murid-murid PPKI (Merak yang sombong)
- Penyampaian Anugerah Kehadiran Penuh
- Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas PPKI dan Prasekolah
- Penyampaian Tokoh Kanak-kanak

9.30 pagi hingga 10.00 pagi:
- Rehat

10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari:
- Persembahan murid Prasekolah (Nyanyian medley)
- Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 4
- Persembahan (Tarian Penguin)
- Penyampaian Hadiah Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 5
- Persembahan (Lagu duet bertajuk Tinggal Kenangan)
- Penyampaian Hadiah Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahun 6
- Anugerah NILAM 1 Bintang
- Persembahan Tarian Moden (Zenua-zenua)
- Anugerah NILAM 2 Bintang
- Persembahan Sketsa Menggapai Cita
- Anugerah NILAM 3, 4 dan 5 Bintang 

Berikut antara gambar-gambar kenangan sepanjang majlis berlangsung:

Buku Program

Hiasan pentas 

Pengacara majlis (guru): Pn Roseniza dan Pn Noor Hayati
Pengacara majlis (murid): Adik Nuraneesa, 6 Respiratori
dan Adik Nurul Aisyah Aqilah, 5 Rebana

Bacaan doa oleh al-fadhil Ustaz Mahadir bin Midun

Ucapan wakil murid oleh Adik Nurin Adlina bt Hassan, 6 Surgeri
Ucapan Puan Rosmah bt Jamat dan perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak

Persembahan oleh murid PPKI (Merak yang sombong)

Perarakan masuk hadiah Tokoh Kanak-Kanak

Pn Azwani membaca biodata Tokoh Kanak-Kanak 

Bergambar kenangan bersama Tokoh Kanak-Kanak 2018
iaitu Adik Nurin Adlina bt Hassan, 6 Surgeri

Barisan pentadbir SKTPP

Jawatankuasa pelaksana sedang menjalankan tugas

Barisan jawatankuasa pelaksana Sambutan Hari Kanak-kanak 2018

Wajah-wajah ceria murid SKTPP

Persembahan murid Prasekolah (nyanyian medley)

Monday, October 29, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-40 (Sesi Pagi)

Hari:        ISNIN
Tarikh:    29 Oktober 2018
Masa:      7.30 - 8.25 Pagi
Pengacara Majlis:
    1. Pn. Arjunawati bt Mohd Nuze
    2. Reeshmenraj a/l Jaiganesh [6 Surgeri]

GURU BERTUGAS: 


Barisan guru bertugas

  1. Pn. Junaidah binti Rus (K)
  2. Pn. Arjunawati binti Ahmad Nuze (P)
  3. Pn. Rosmawati binti Md Desa 
  4. Pn. Asma binti Abdul Malik
  5. Pn. Norhana binti Nordin
  6. Pn. Rosmizawati binti Yusub
  7. Pn. Norfauziaton binti Mohamed
  8. En. Mohd Rusydan bin Ismail

LAPORAN PERHIMPUNAN

1. Nyanyian, bacaan doa dan ikrar

  • Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
               
Murid menyanyikan 3 buah lagu
  • Bacaan doa 
 
Bacaan doa oleh Muhammad Syahmi Wafiq

  • Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya
      
 Bacaan Ikrar oleh Pn. Arjunawati binti Mohd Nuze

  • Ikrar murid 
 
Bacaan Ikrar Murid oleh Nurin Adlina bt Hassan

2. Ucapan guru bertugas minggu ini (Pn. Arjunawati binti Mohd Nuze)
  • Memperkenalkan guru-guru yang bertugas minggu ini.
  • Tema minggu ini :  Keselamatan Di Jalan Raya
   "Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tema pada minggu ini ialah Keselamatan Di Jalan Raya. Cikgu dapati ramai yang datang ke sekolah dengan cara menunggang basikal, menaiki van sekolah, membonceng motorsikal dan ada yang dihantar oleh ibu bapa dengan kereta. Syabas cikgu ucapkan kepada kamu kerana berjaya menghadirkan diri ke sekolah dengan selamat. 
    Namun begitu, keselamatan diri harus menjadi keutamaan setiap murid. Ingin cikgu berpesan kepada murid yang menunggang basikal supaya tidak berlumba sesama murid ketika berada di jalan raya kerana perbuatan itu amat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan.Bagi murid yang membonceng motorsikal pula, perlu sentiasa memakai topi keledar dan pastikan berikat dengan ketat. Jika murid menaiki kereta ke sekolah atau kemana-mana pun, pastikan memakai tali pinggang keselamatan tidak kira berada di kerusi penumpang hadapan ataupun dibelakang. Langkah-langkah keselamatan ini dapat mengurangkan kecederaan jikalau berlaku perkara yang tidak diingini. 
   Akhir kata, cikgu berharap murid dapat sampai dan pulang dengan selamat."
                                                                                                        Ucapan Pn. Arjunawati
 

                        
3. Perkataan LAWAD
  • BM : Jinak seperti merpati
  • BI   : Jovial  = Baik hati, gembira
  • BA : أحب / Uhibbu = Suka

4. Ucapan Guru Penolong Kanan HEM (Pn. Rosmah bt Jamat)

Pn. Rosmah bt Jamat

  • Murid diingatkan bahawa selesai Peperiksaan Akhir Tahun bukanlah tiket untuk murid melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan sekolah.
  • Murid dinasihatkan supaya berhati-hati semasa bermain, bergurau dengan kawan dan mengawasi tutur kata supaya dapat mengelakkan terjadi pergaduhan.
  • Melaporkan setiap kes pergaduhan yang berlaku dalam kelas kepada guru kelas ataupun mana-mana guru untuk tindakan selanjutnya.
  • Murid tahun 4 boleh membuat pemulangan buku teks pada minggu ini mengikut kelas dan mesti diiringi oleh guru kelas masing-masing.
  • Ucapan tahniah bagi pasukan bola sepak sekolah yang menyertai Karnival Bola Sepak PPDa kerana semangat juang yang hebat dapat memberi saingan yang sengit kepada pasukan yang bertanding walaupun beraksi tanpa tonggak utama pasukan.
  • Memperkenalkan barisan Pasukan Bola Sepak SKTPP yang telah mempamerkan aksi yang membanggakan warga SKTPP.
 
Pasukan Bola Sepak SKTPP
Perhimpunan tamat jam 8.25pagi

Laporan disediakan oleh: Mohd Rusydan Ismail

Sunday, October 21, 2018

Champion Kriket Elit Perisai Tun Ahmad Sarji

Tahniah buat 2 orang pemain kriket SKTPP; Hafiz (murid PPKI) dan Ashraf Rifaei yang telah membantu team Bayuemas menjadi Juara dalam Kejohanan Kriket Elit Perisai Tun Ahmad Sarji peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bayuemas Oval, Bukit Tinggi, Klang petang tadi dengan mengalahkan pasukan Machang dengan 4 wicket👏👏👏














Majlis Jamuan Hi Tea Akhir Tahun dan Persaraan Cikgu Maimunah binti Yob

Pada 20 Oktober 2018 bersamaan hari Sabtu telah diadakan suatu jamuan hi tea di Bangi Avenue Convention Centre. Jamuan hi tea ini adalah suatu majlis tahunan yang diadakan sebagai jamuan penutup bagi sesi tahun 2018. Tetapi keistimewaan bagi jamuan kali ini adalah ia disertakan sekali dengan Majlis Jamuan Persaraan guru yang dikasihi iaitu Cikgu Maimunah binti Yob.

Jamuan ini turut dihadiri oleh Tuan YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohamad Sufian dan Tuan NYDP PIBG, En Ibrahim bin Rahman. Jamuan ini telah dikelolakan oleh pihak KKGK sekolah yang diketuai oleh Cikgu Hasbullah. Atur cara majlis adalah seperti berikut.

1. Pendaftaran

JK Pendaftaran menjalankan tugas mereka

2. Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Bacaan doa oleh Ust Mustafid

3. Ucapan pengerusi KKGK

Ust Hadri sebagai Pengerusi KKGK 2018

4. Ucapan Guru Besar

Pn Rohaidah bt Mohd Ali ketika berucap

5. Ucapan Tuan YDP PIBG

Tn Hj Khairul Azhar bin Mohamad Suffian; YDP PIBG

6. Ucapan guru yang diraikan, Cikgu Maimunah binti Yob

Cikgu Maimunah bt Yob berucap buat terakhir kalinya di hadapan rakan-rakan guru

7. Jamuan makan

8. Cabutan bertuah

9. Majlis bersurai

Di bawah disertakan gambar-gambar kemeriahan jamuan yang diadakan.



















Kemeriahan hi tea kali ini diserikan lagi dengan hadiah cabutan bertuah berupa wang tunai yang tiba-tiba hendak diberikan oleh YDP dan NYDP PIBG. Hal ini telah membuatkan majlis berjalan dengan lebih ceria walaupun masa telah menjelang petang. Akhir sekali diharapkan majlis ini akan merapatkan lagi silaturrahim sesama guru dan kakitangan serta PIBG sekolah. Semoga pihak KKGK selepas ini dapat menambah baik lagi aktiviti yang sedia ada dan dapat merealisasikan moto KKGK iaitu Menjaga Kebajikan Guru-Guru dan Staf SKTPP.