Monday, December 30, 2019

Perkembangan Kerja-Kerja Naiktaraf Surau SKTPP (30.12.2019)

Hari ini pihak sekolah telah mengadakan perbincangn dengan pihak syarikat pembinaan surau tentang perkembangan projek naiktaraf surau SKTPP. Perbincangan berkisar kepada tempoh dan spesifikasi kerja serta aspek keselamatan murid memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Seterusnya diadakan lawatan tapak. Semoga segala permasalahan dapat diatasi dan diambil tindakan sewajarnya serta dipermudahkan urusan kita selanjutnya.
















Mesyuarat Guru Bil. 1 / 2020

~ Mesyuarat Guru Kali Pertama 2020 telah diadakan pada 30 Disember 2019. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan Ikrar Guru. Semua guru ceria dan begitu bersemangat untuk memulakan tugas.
~ Hari ini juga ibu bapa telah hadir mengambil buku teks anak-anak Tahun 1 dan 4 sambil membeli buku kerja serta melihat senarai nama kelas tahun depan.
~ Semangat guru semakin berkobar-kobar dengan kehadiran rombongan dari PPD Sepang diketuai Timbalan PPD; En. Zuhaimi bin Md. Nasir dengan membawa sijil penghargaan pencapaian % MTM UPSR 2019 serta aiskerim Cornetto buat semua guru & staf dalam Program Menyantuni Guru-Guru. Terima kasih banyak tuan. Semoga PPD Sepang terus cemerlang.



























Thursday, December 5, 2019

Perkembangan Kerja-Kerja Naiktaraf Surau SKTPP (5.12.2019)






Kerja-kerja naik taraf surau SKTPP yang telah bermula lebih sebulan yang lalu sedang rancak dijalankan. Semoga dipermudahkan urusan pembinaan selanjutnya. Terima kasih buat para penyumbang yang telah berwakaf. Pihak sekolah masih memerlukan sumbangan bagi menampung kos dan keperluan surau tersebut. Mohon tuan/puan menghulurkan sedikit sumbangan kepada Tabung Surau kami;

Akaun Bank Rakyat :
PIBG SK Taman Putra Perdana
22-138-102638-7

*Laporan perkembangan kerja-kerja naiktaraf surau SKTPP pada 8.11.2019 di sini.

Kedai Buku Sekolah

Kedai Buku Sekolah akan dibuka bermula 12 Disember 2019 ini pada;

Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 4.00 petang
Sabtu : 9.00 pagi - 2.00 petang
*Ahad & Cuti Umum : Tutup


Saturday, November 30, 2019

Tatacara Pemakaian Lencana Sekolah dan Tanda Nama Murid SK Taman Putra Perdana

Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:


Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:
• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore

Rujukan: Buku Peraturan SKTPP m/s 21 - 22