Friday, August 30, 2019

Majlis Restu Ilmu Murid-murid Tahun 6 2019

Pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019 telah diadakan Majlis Restu Ilmu untuk murid-murid tahun 6 2019.  Sesungguhnya majlis ini diadakan untuk memberi peluang kepada calon UPSR 2019 untuk memohon maaf serta mendapat keberkatan ilmu daripada guru-guru yang telah memberikan ilmu dan pengetahuan kepada mereka.  Majlis ini juga diharap dapat memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri tentang pentingnya menghormati guru demi mendapat keberkatan dalam mencapai kejayaan.  Selain itu, majlis ini merupakan satu tanda sokongan padu pihak sekolah kepada calon-calon UPSR 2019 yang akan menduduki peperiksaan.
           
Tegak berdiri di tengah dataran,
Bersama menyanyi lagu kebangsaan;
Nasihat diberi tanda ingatan,
Semoga cemerlang dalam peperiksaan.

Berikut beberapa paparan gambar sekitar majlis berlangsung.

Ucapan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali,
Guru Besar SK Taman Putra Perdana 

Murid-murid bersalam dengan guru-guru

Murid-murid bersalam dan  memohon restu daripada
 Puan Hajah Rohaidah dan barisan guru penolong kanan

Barisan guru tahun 6

Murid-murid tahun 6 bersalam dan memohon restu daripada guru

Puan Zailezah selaku guru penyelaras tahun 6 

Solat hajat yang diadakan selepas selesai Majlis Mohon Restu Ilmu

Disediakan oleh:
Roseniza binti Setapa


Thursday, August 29, 2019

Majlis Penyampaian Sumbangan Alat Tulis Kepada Calon-Calon UPSR Oleh Ahli Majlis MPS

Pada 29 Ogos 2019 bersamaan hari Jumaat, Majlis Penyampaian Sumbangan Alat Tulis Kepada Calon-Calon UPSR sekolah-sekolah Zon Putra Perdana telah berlangsung di Dewan Perdana SKTPP. Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Tuan Rushdan bin Mohamed, Ahli Majlis & Pengerusi JPP Zon Putra Perdana yang sempena UPSR tahun 2019. Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh Cik Roslinda dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mustafid. 

-        Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Binti Mohd Ali
Ucapan terima kasih atas sumbangan alat tulis yang diberikan kepada murid-murid Tahun 6 oleh Tuan Rushdan bin Mohamed. Semoga Allah sahaja dapat membalas jasa baik Tuan Rushdan yang sudah bertahun-bertahun memberi sumbangan kepada sekolah.

Pesanan yang diberikan kepada semua murid-murid Tahun 6:

·         Murid-murid perlu menyeimbangkan waktu rehat dan waktu belajar.
·         Jangan terlalu stres atau tertekan untuk menghadapi UPSR yang semakin hampir.

Harapan Guru Besar kepada murid-murid tahun 6:
·         Semua murid-murid Tahun 6 diharapkan lebih bersedia
·         Semoga penyerahan alat tulis dapat menaikkan semangat murid-murid untuk menduduki UPSR dengan bersungguh-sungguh.
·         Semoga usaha ini diberkati Allah dan mendapat keputusan UPSR yang terbaik dalam daerah Sepang.
·         Yang paling penting teruskan berusaha, berdoa dan akhir sekali bertawakal kepada Allah SWT.

Ucapan Tuan Rushdan Bin Mohamed Ahli Majlis & Pengerusi JPP Zon Putra Perdana:
·        Beliau mengingatkan murid-murid supaya sentiasa memanfaatkan masa yang masih ada ini. ‘Jangan sia-siakan masa yang ada beberapa hari lagi ni’. 
·       Yang paling penting ialah kesihatan perlu dijaga.
·       Elakkan bermain hujan atau digigit nyamuk supaya tidak terkena penyakit-penyakit yang memudaratkan badan.
·        Sentiasa membawa nota ringkas pergi ke mana-mana. Baca apabila ada masa terluang.
·        Murid-murid perlu mendapat restu daripada ibu bapa, keluarga dan guru-guru sebelum mendudukan peperiksaan.
·       Solat fardu jangan tinggal dan sentiasa membuat solat hajat mohon kepada Yang Maha Esa.
·       Pastikan mendapat keputusan yang cemerlang. Pada hari Anugerah Cemerlang nanti, beliau berjanji akan menyumbangkan RM1000.
·        Ambil makanan yang sihat, bagus untuk badan dan otak. Pastikan ambil sarapan sebelum hadir ke sekolah. Tidak perlu makan makanan yang berat, sekadar mengalas perut.

·         Pesanan terakhir, jangan keluar dewan terlalu awal. Semak kembali jawapan yang telah ditulis dan buat pembetulan sekiranya terdapat kesalahan dalam jawapan atau tertinggal. Jangan terlalu yakin, pastikan sentiasa berdoa dan tawakal setelah keluar daripada bilik peperiksaan.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung:

Pengerusi majlis Cik Roslinda

Bacaan doa oleh Ustaz Mustafid

Ucapan Guru Besar Puan Rohaidah Binti Mohd Ali

Ucapan daripada Tuan Rushdan bin Mohamed, Ahli Majlis & Pengerusi JPP Zon Putra Perdana

Guru-guru tahun 6 

Murid-murid tahun 6 SKTPP
Wakil murid kelas 6 Tabla menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid kelas 6 Nafiri menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid kelas 6 Rebana menerima sumbangan alat tulis
Wakil murid kelas 6 Kompang menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid kelas 6 Gambus menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid kelas 6 Canang menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid kelas 6 Bonang menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid kelas 6 Angklung menerima sumbangan alat tulis

Wakil murid PPKI menerima sumbangan alat tulis

Gambar  dengan guru-guru tahun 6 dan Tuan Rushdan bin Mohamed

Gambar kenang-kenangan bersama dengan murid- murid tahun 6 dan semua guru-guru 

Disediakan oleh:
Mawaddah Binti Kamarulzaman

Kejohanan Bola Sepak Yayasan Bank Rakyat Peringkat MSSD Sepang 2019



"Defending the title is harder than winning it"
(Airiel's Dad)

Itulah ungkapan yang sesuai atas kejayaan merangkul Juara untuk pasukan bola sepak bawah 11 tahun SKTPP 2019. Bebanan yang ditanggung oleh mereka amat besar apabila skuad sebelum ini telah menjuarai kejohanan yang sama tahun lepas. Kejohanan tahun ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 28 dan 29 Ogos di SK Methodist.

Saingan awal pusingan kumpulan telah diharungi dengan jayanya. Percaturan Cikgu Musrizuan berjaya meletakkan SKTPP menjadi johan kumpulan A dengan kemenangan 1-0 bertemu SK Taman Pantai Sepang Putra, 6-0 bertemu SK Desa Putra dan 2-0 bertemu SK Methodist. Saingan suku akhir mempertemukan SKTPP dengan SK Sg Rawang. SKTPP menang dengan jaringan 1-0 hasil jaringan penyerang utama iaitu Airiel7.

Meneruskan perjuangan di Separuh Akhir amat mendebarkan apabila SKTPP diheret sehingga ke penentuan penalti oleh SK Salak selepas kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada masa perlawanan sebenar. Kecemerlangan penjaga gol, Hafiz1 memberi kemenangan 3-1 dalam penentuan penalti dan membawa SKTPP ke perlawanan akhir.

Di perlawanan akhir SKTPP bertemu dengan pasukan pilihan kejohanan iaitu SK Dengkil. Semangat jitu dan disiplin serta suntikan masterpiece Coach Zamri berjaya mengekang kemaraan SK Dengkil. Acuan barisan pertahanan iaitu Adib6, Hamzi5 dan Danish11 amat berkesan. Sesekali menyerang melalui Adrian8, Wazif12 dan Airiel7 beberapa kali menggegarkan palang gol SK Dengkil. Akhirnya kedua-dua pasukan buntu dan terus ke penentuan penalti.

Sekali lagi penjaga gol Hafiz1 menunjukkan prestasi terbaiknya. Kemenangan 3-1 di penentuan sepakan penalti sudah cukup menobatkan SKTPP sebagai Juara bagi kejohanan ini. Latihan berterusan bersama Coach Zamri (Soccer Star) dan doa berterusan oleh para ibu bapa membuahkan hasil.

Tahniah semua pemain, Cikgu Musrizuan, Coach Zamri, barisan ibubapa dan barisan guru pengiring. Semua pemain akan mewakili Sepang ke Kejohanan Bola Sepak YBR peringkat negeri Selangor pada hujung bulan 9 nanti. Untuk semua pemain, SKTPP sudah anda julang, ayuh kita julang Sepang pula.

Di bawah disertakan gambar sepanjang kejohanan:

Awal saingan pemain bersama Cikgu Musrizuan dan Mr Saifullah

Penyediaan mental dan percaturan strategi pemain sebelum masuk ke padang oleh Cikgu Musrizuan

Pemain bersama Coach Zamri
Berdiri dari kiri: Hamzi5, Airiel7, Adrian8, Hafiz1, Amir2, Adib6
Tunduk dari kiri:
Wazif12, Alauddin4, Farid3, Shahmi10, Mika9, Danish11

Adib6, Hamzi5 dan Danish11

Hafiz1

Kegembiraan bersama piala dan medal kejuaraan

Caiptan dan penjaring terbanyak pasukan : Airiel7 dengan 7 gol

Bersama barisan guru

Mika9 dengan 2 gol

Membawa semula piala pusingan ke SKTPP dan disambut oleh Pn Rohaidah, Guru Besar SKTPP - tahniah!









Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara Daerah Sepang 2019


Pada hari ini, seramai 27 orang murid SK Taman Putra Perdana telah menyertai Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara (DWEN) Daerah Sepang di SMK Putra Perdana, Puchong, Selangor. Pelaksanaan program ini bertujuan memupuk nilai, budaya, sikap amalan saling menghormati dan menghargai serta menyayangi sesama insan.

Paparan gambar sepanjang program berlangsung:

Barisan peserta dari SKTPP

Tokoh DWEN memberi tips kejayaan kepada audiens

Sesi bersoal jawab
Lagi laporan Program Bicara Tokoh Dasar Warga Emas Negara Daerah Sepang dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 28, 2019

Kejohanan Kriket MSSD Sepang : Kriket U11 & KATMO 2019

Tarikh: 28 Ogos 2019
Tempat: Padang SK Taman Putra Perdana
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang

Sebanyak 4 pasukan yang terdiri daripada 6 sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Pasukan Kriket SK Taman Putra Perdana telah mendapat Tempat Pertama dalam kejohanan ini.

Berikut adalah keputusan keseluruhan pertandingan;



Johan : SK Taman Putra Perdana


Naib Johan : SK Kota Warisan dan SK Sungai Rawang



Ketiga bersama : SK Jenderam & SJKT Taman Permata

SK Taman Perdana juga berjaya membawa pulang 3 anugerah individu 

Best Batsman : Muhammad Muqri Jafri

Best Wicket Keeper : Muhammad Harith Amzar Yasir


Best Bowler : Azrishah Azmi

Best promising pula dimenangi oleh Afif Lokman dari SK Kota Warisan.

Semoga murid-murid SK Taman Putra Perdana yang terpilih mewakili Sepang ke Kejohanan MSSSelangor dapat beraksi dengan baik nanti.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kejohanan;