Friday, February 28, 2020

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020


Alhamdulillah... Majlis Sambutan Hari Lahir Murid masih diteruskan pada tahun ini yang sememangnya telah menjadi amalan warga guru SK Taman Putra Perdana sebagai Amalan Guru Penyayang. Majlis Sambutan Hari Lahir Murid bulan Januari dan Februari telah dilaksanakan bermula 25 Februari 2020.  Majlis ini diraikan mengikut murid masing-masing yang dikelolakan oleh guru kelas. Bagi meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari, guru kelas memotong kek bersama murid-murid ini sebagai simbolik sambutan hari lahir mereka. Murid-murid ini juga telah diberi hadiah hari lahir oleh pihak sekolah. Hadiah ini telah diuruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada para ibu bapa dan guru-guru yang telah memberi sumbangan kek serta pelbagai juadah untuk Majlis Sambutan Hari Lahir Murid. Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama murid, ibu bapa dan guru.

Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020 dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Berikut meupakan momen yang sempat dirakamkan semasa berlangsungnya majlis meraikan murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari:

Sesi pagi:








Sesi petang:












Pelancaran NILAM Nafas Baharu 2020 (Sesi Pagi)

Pada 28 Februari 2020 ( Jumaat) telah diadakan Pelancaran NILAM  Nafas Baharu 2020 di Dewan Perdana , SKTPP. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah  Rohaidah binti Mohd Ali , Guru Besar SK. Taman Putra Perdana. Majlis ini adalah kolaborasi antara Panitia Bahasa Melayu dan Ujana Ilmu.

 Objektif utama program ini adalah untuk melestarikan budaya pembacaan berkualiti, menggalakkan pembacaan pelbagai jenis bahan, meningkatkan kemahiran literasi maklumat, mempromosikan program NILAM di sekolah, menyokong dan memantapkan pelaksanaan program NILAM serta memupuk budaya suka membaca sebagai asas ilmu pengetahuan.

 Antara paparan semasa pelancaran dijalankan
Puan Hajah  Rohaida menyampaikan ucapan .


Puan Norli bt Hasan selaku Pengerusi Majlis.

Ustaz Mustafid mengetuai bacaan doa.

Puan Arnny Yusnita sedang memberi penerangan tentang Program NILAM baharu.

Gimik pelancaran NILAM Nafas Baharu

Barisan Guru-guru Bahasa Melayu dan AJK Pusat Sumber
 " UJANA ILMU WADAH KECEMERLANGAN "
Disediakan oleh:
Puan Junaidah binti Rus
Puan Siti Rabiaah binti Mohammad

Thursday, February 27, 2020

Kursus Pemimpin Muda 2020

Tarikh: 23 Februari 2020

Hari: Khamis

Masa:
Sesi Pagi: 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari
Sesi Petang: 1.20 hingga 5.50 petang

Tempat: Dewan Perdana, Terminal Muafakat, Pusat Sumber dan Terminal Irama.

Sasaran: Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

Objektif Program:

  • Mengetahui dan melaksankan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang di pilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Aturcara Program:

Sesi Pagi
7.45 - 8.00 pagi - Pendaftaran
8.00 - 10.00 pagi - Ice Breaking, Motivasi dan Kepimpinan
                               (Penceramah - En Muhammad Afandie bin Yahaya)
10.00 - 10.30 pagi - Rehat
10.30 - 12.30 tengahari - Tugas - tugas Pemimpin Muda
                                         Penceramah
                                         - Puan Norazian bt Mat Anuar (Pengawas)
                                         - Puan Arnny Yusnita bt Md Enarji (Pengawas PSS)
                                         - Puan Nor-azura bt Mustafa (Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas) 
12.30 tengahari - Semua murid masuk ke kelas

Sesi Petang
1.20 - 1.30 ptg - Pendaftaran
1.30 - 3.30 ptg - Ice Breaking, Motivasi dan Kepimpinan
                           (Penceramah - En Khairul Azwar bin Ab Razak)
3.30 - 3.50 ptg - Rehat
3.50 - 5.50 ptg - Tugas - tugas Pemimpin Muda
                           Penceramah
                           - Puan Suriyana bt Nanyan (Pengawas)
                           - Cik Amalina bt Abd Hamid (Pengawas PSS)
                           - Encik Abdul Hafiz bin Abdul Halil (Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas) 
5.50 ptg - Semua murid masuk ke kelas

Video sepanjang program berlangsung:

Sesi Pagi




Sesi Petang


Monday, February 24, 2020

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-9 (Sesi Petang)

Tarikh : 24 Februari 2020
Hari : Isnin
Masa : 1.20 petang
Tempat : Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis: Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

Senarai Guru Bertugas:
1. Encik Saifullah bin Mat Saupi
2. Encik Muhamad Saiffol bin Ngabiah
3. Puan Suriyana binti Salim
4. Puan Norhidayu binti Sadri
5. Puan Nor Azian binti Ahmad
6. Puan Zalina binti Ismail
7. Puan Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

2. Bacaan doa oleh adik Muhammad Dirar Azwar bin Alias (3 Vivo)

Muhammad Dirar Azwar membaca doa

3. Ikrar Sekolah & Keselamatan jalan raya
Murid-murid membaca ikrar

4. Ikrar murid adik Harraz Khan bin Fariz Khan (3 Sony)

5. Laporan guru bertugas minggu lepas (Minggu 8) disampaikan oleh Puan Shurhama binti Ahmad

Puan Shurhama memberi nasihat kepada murid-murid

Lambakan botol air minuman
Lambakan bekas makanan & minuman yang tidak dituntut oleh murid-murid. Menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan menghargai pemberian ibubapa. Diharap murid lebih prihatin dengan menuntut semula barangan yang hilang.

6. Tema ucapan mingguan oleh Ustaz Muhamad Saiffol bin Ngabiah

    Sayangi buku teks.
    Murid wajib pastikan buku dibalut kemas  ditulis nama, kelas dan tahun pada ruangan yang terdapat di setiap buku teks.

Pengacara majlis, Ustaz Muhammad Saiffol bin Ngabiah

    7. Perkataan Lawad

    Bahasa Melayu
Menabur - membuang ke serata tempat supaya bertabur

    Bahasa Inggeris
Sea - laut

    Bahasa Arab
kahraba' - elektrik

8. Memperkenalkan barisan guru bertugas

Barisan guru bertugas Minggu ke-9

9. Penyampaian hadiah keceriaan kelas




    Tahun 1

          Tempat ke 3: Zircon

          Tempat ke 2: Emerald

          Tempat 1: Turqoise


    Tahun 2

          Tempat ke 3: Unix

          Tempat ke2 : Oracle

          Tempat 1: Nitrux


    Tahun 3

          Tempat ke 3: Oppo

          Tempat ke 2: Asus

          Tempat 1: Huawei


10. Ucapan Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah binti Ahmad

Penggunaan kad keluar kelas.
  • Murid perlu guna kad keluar kelas untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Solat
  • Solat dapat menghalang murid dari berkelakuan tidak beradab terhadap guru.
  • Murid yg tidak beradab dan tidak hormat guru, tidak akan mendapat keberkatan  dalam menuntut ilmu.
Beratur
  • Murid perlu beratur semasa membeli makanan di kantin dan juga semasa bergerak ke pintu pagar  semasa waktu pulang. Ini untuk mengelakkan berlakunya tolak-menolak atau perkara yang tidak diingini yang boleh mendatangkan kecederaan.
Lencana
  •  Lencana dan tanda nama : masih ramai murid yg masih tidak memasang lencana dan tanda nama pada baju dan tudung. Mohon semua murid berbuat demikian dengan segera

11. Perasmian Program PROSAZ (Program Sekolah Angkat Zakat) oleh PK HEM, Datin Noraizah binti Dun.

Papan tanda PROSAZ

 Seramai 53 orang murid terpilih untuk menerima wang saku sebanyak RM3 sehari pada hari persekolahan di bawah program Rancangan Agihan Wang Saku (RAWS) oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)

PK Petang menjemput PK HEM untuk merasmikan program
Murid-murid yang mendapat bantuan program PROSAZ

Disediakan oleh:
Nor Azian binti Ahmad

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-9 (Sesi Pagi)

Tarikh: 24 Februari 2020
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis: Adik Nur Qistina binti Fouzi (6 Scientist)

Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda bt Mansor
2. Puan Astina binti Mahad Nor
3. Puan Juli binti Mahbah
4. Puan Roseniza binti Setapa
5. Puan Norinna binti Mohamed
6. Puan Nik Kamisah binti Abd Aziz
7. Puan W.Rosmawati binti W.Ibrahim
8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Encik Zurilazman bin Abdullah

Barisan guru bertugas minggu ke-9 sesi pagi
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Nur Amalia Syahmina binti Dinas Suhadi Putra (6 Lawyer)
  • Bacaan Doa oleh Adik Mohd Syafiq Ahnaf bin Mohd kamarol Hisham (6 Engineer)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi 
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Subatharalakshmi a/p Murugaiah (6 Scientist) 

2. Ucapan guru bertugas minggu lepas (17.2.2020 - 21.2.2020)
Laporan disampaikan oleh Puan Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
  • Semua murid dinasihatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah, bukan di atas penutup tong sampah.
  • Jaga kebersihan tandas. Semua murid perlu bertanggungjawab untuk pam selepas menggunakan tandas.
  • Murid-murid yang membawa basikal perlu memastikan basikal dikunci serta perlu diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
  • Semua murid dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri masing-masing sama ada di dalam mahu pun di luar sekolah.
Pengumuman kelas terbersih:
Tahun 4:
Johan - Ibnu Thufail
Naib Johan - Ibnu Sina
Tempat Ketiga - Ibnu Batutta

Tahun 5:
Johan - Intelek
Naib Johan - Jujur
Tempat Ketiga - Harmoni

Tahun 6:
Johan - Doctor
Naib Johan - Architect
Tempat Ketiga - Scientist

Kelas PPKI:
Johan - Petangue
Naib Johan - Bowling
Tempat Ketiga - Archery

Laporan guru bertugas minggu lepas (Pn Noor Hanawati Alinda bt Abd Taib Puruji), 
dan ucapan guru bertugas minggu ini (En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi)
Penyampaian hadiah keceriaan kelas Tahun 6

Penyampaian hadiah keceriaan kelas Tahun 5

Penyampaian hadiah keceriaan kelas Tahun 4

Penyampaian hadiah keceriaan kelas PPKI

3. Ucapan guru bertugas minggu ini (24.2.2020 - 28.2.2020) oleh Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi

Tema: Sayangi Buku Teks
1. Semua murid yang telah menerima buku teks perlu memahami bahawa buku tersebut merupakan Hak Kerajaan Malaysia.
2. Murid-murid diingatkan supaya menjaga buku teks dengan baik dan mematuhi peraturan-peraturan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) iaitu:
-Membalut buku teks dengan plastik lutsinar
-Membawa buku teks ke sekolah
-Tidak meminjamkan buku teks di kelas atau di merata-rata tempat
-Tidak meminjamkan buku teks kepada pelajar lain
-Tidak menconteng, merosakkan atau menghilangkan buku teks
-Mengambil dan memulangkan buku teks pada waktu yang ditetapkan
3. Jika murid melanggar peraturan SPBT, pihak pengurusan SPBT sekolah berhak mengambil tindakan atau meminta murid menggantikan buku yang rosak/hilang tersebut termasuk mengambil semula semua buku teks yang telah diterima.

4. Ucapan PK Hal Ehwal Murid (Datin Noraizah binti Dun)
  • Semua murid perlu dengar nasihat guru-guru terutama apa yang disampaikan oleh Pn Noor Hanawati Alinda iaitu mengenai cara membuang sampah dengan betul.
  • Apabila selesai makan di kantin, murid-murid perlu bertanggungjawab untuk meletakkan cawan serta pinggan yang telah digunakan ke dalam besen.
Ucapan PK HEM, Datin Noraizah binti Dun
Gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan:

Guru-guru turut serta berdiri bersama-sama melafazkan Ikrar Rukun Negara
dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya 
Suasana perhimpunan minggu ke-9



Murid diarahkan mengangkat tangan kanan paras bahu apabila melafazkan ikrar.

Perhimpunan rasmi minggu ini tamat pada jam 8.15 pagi