Saturday, October 31, 2020

Lantai Surau

Lantai luar surau dicat hijau oleh cleaner sekolah. Semoga dapat membangkitkan seri dan kecintaan warga sekolah untuk solat. Tiang parkir di sebelah surau turut berubah wajah. Iman itu indah...












Friday, October 30, 2020

DELIMa

DELIMa: Digital Education Learning Initiative Malaysia

Selamat pagi dan salam sejahtera semua!!

Diharapkan semua sentiasa sihat dan dijauhi dari jangkitan virus Covid-19 ini.

Mari berkenalan bersama DELIMa …

Murid-murid boleh mengakses masuk ke dalam ‘’Google Classroom’’ melalui DELIMa. Boleh  menonton youtube dibawah untuk mengetahui cara akses google classroom melalui DELIMa:



Murid-murid boleh membuat semakan  ID GC masing-masing melalui:

1. Masuk ke dalam Blog Sekolah (SKTPP)

2. Pilih ''E-Pembelajaran''

3. Pilih ''Semakan ID GC 2020''

Murid boleh menyemak ID Google Classroom anda menggunakan nombor MyKid atau Sijil Lahir. Sila dapatkan bantuan daripada ibubapa jika tidak mengetahui nombor MyKid atau Sijil Lahir anda.

Di waktu PKPB ini, murid juga digalakkan untuk terus membaca walaupun berada di rumah. Membaca adalah jambatan ilmu! Sebagai penutup, ingat pesan ini yaa murid-murid...

Jalan terus, jumpa paya

Tak ikut kata, salah arah

Corona virus, sangat bahaya

Mari kita, duduk rumah

 Semoga semua selalu menjaga keselamatan diri dan keluarga, sampai kita bertemu lagi… 

Stay safe!

Monday, October 26, 2020

Jom Jadi Adiwira...

 Assalamualaikum dan salam sihat...

Semoga kita dijauhi dari jangkitan virus COVID-19.

Jangan alpa, kita masih belum menang. Kita perlu meneruskan usaha membantu menurunkan kes COVID-19 di negara kita dengan mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat, menjaga kebersihan diri terutamanya kebersihan tangan, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelakkan bertutur dengan jarak yang dekat. Sentiasalah memakai pelitup muka walau di mana kita pergi terutamanya di tempat awam. Pemakaian pelitup muka ini adalah antara kunci penting untuk kita mengekang penularan virus COVID-19.

Sama-samalah 'kita jaga kita' dan jadi Adiwira...

Jom tonton video ini:

#kitajagakita

#staysafe

Wednesday, October 14, 2020

Penghantaran Instrumen Simposium HEM

Setelah menyiapkan beberapa persiapan terakhir, hari ini kita menyerahkan instrumen pertandingan Kaunseling dan Disiplin sempena Simposium HEM Peringkat Negeri Selangor kepada Pegawai Kaunseling PPD Sepang. Terima kasih PPD atas kepercayaan. Semoga dapat memenuhi kehendak kriteria yang digariskan seterusnya berjaya mengharumkan nama daerah kita. Doakan kejayaan SKTPP..














Penutupan Sekolah Dari 14.10.2020 Hingga 27.10.2020

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Berdasarkan arahan MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini semua sekolah di Negeri Selangor diarahkan tutup selama 2 minggu mulai 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020.

Sehubungan itu murid tidak perlu hadir ke sekolah sepanjang tempoh tersebut. Walaubagaimanapun sesi pengajaran dan pembelajaran murid dari rumah (PdPR) dijalankan mulai 14 Oktober 2020 berpandukan jadual yang diberikan oleh pihak sekolah.

Ibubapa diminta memastikan anak-anak dapat mengikuti PdPR secara optimum.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

Guru Besar
SK Taman Putra Perdana
14.10.2020

Kenyataan Media: Penutupan Institusi Pendidikan Di Seluruh Negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tuesday, October 13, 2020

Laporan Bertugas Persekolahan Minggu Ke-39 (Sesi Petang)

Tarikh : 12 Oktober 2020 dan 13 Oktober 2020

Hari :  Isnin dan Selasa

Masa :  1.00 petang - 6.00 petang

Senarai Guru Bertugas:

Kumpulan A

1. Abdul Hafiz bin Abdul Halil (K)

2. Nor Amirulfitri bin Othman (P)

3. Afandi bin Mat Zain

4. Fadhilah binti Talib

5. Halijah binti Mihat

6. Maizara binti Mahat

7. Nora Azean binti Che Othman

8. Nor Rafini binti Othman

9. Nurazlin binti Mat Nor

10. Nur Azizati binti Ahmad

11. Nur Malisha binti Omar

12. Rabihah binti Amiruddin

13. Salina binti Mohd Tasu

14. Suphasara Supranie a/p Airak


Sesi persekolahan minggu ke-39 pada minggu ini masih diteruskan walaupun berlakunya peningkatan bilangan kes baharu Covid-19 di Malaysia.  Walaupun begitu, semua warga SK Taman Putra Perdana tetap sentiasa mengamalkan norma baharu selaras dengan Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Murid-murid sentiasa diingatkan oleh guru supaya menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga kebersihan diri agar semuanya terhindar dari jangkitan Covid-19.

Berikut dikongsikan gambar-gambar sepanjang tempoh persekolahan sesi petang pada minggu ini.

Suasana di pintu pagar A dan B.
Guru bertugas sentiasa mengambil suhu murid di pintu masuk sekolah.

Murid-murid juga sentiasa diingatkan untuk membasuh tangan sebelum masuk ke kelas.

Antara murid yang awal sampai ke sekolah... sebelum diarahkan bergerak ke kelas masing-masing.

Waktu rehat. Murid-murid dikehendaki beratur untuk membeli makanan dan minuman.

Pengumuman oleh Majlis Keselamatan Negara

Memandangkan bilangan kes Covid-19 meningkat di Lembah Kelang, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.

Oleh itu, seluruh sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diarah tutup bermula 14 Oktober sehingga 27 Oktober 2020.

Kenyataan Media mengenai penutupan sekolah.

Semoga seluruh warga SKTPP sentiasa terpelihara daripada sebarang musibah dan dapat meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah dalam suasana yang ceria dan sejahtera.

Disediakan oleh:
Maizara binti Mahat

Friday, October 9, 2020

SKTPP Mewakili Sepang ke Simposium HEM Negeri Selangor

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada PPD Sepang kerana telah mencalonkan SKTPP mewakili daerah Sepang ke Simposium Hal Ehwal Murid (HEM) peringkat Negeri Selangor yang akan diadakan minggu depan. Meski masa yang diberi sangat singkat namun semangat yang ditunjukkan oleh guru-guru dan murid-murid sangat luar biasa. Bermula dengan mesyuarat AJK Induk seawal minggu diikuti Mesyuarat AJK Pelaksana pada hari Selasa seterusnya masing-masing bergerak rancak menyediakan instrumen dan eviden yang diperlukan. SKTPP mewakili Sepang dalam kategori;

Penarafan dan Pertandingan Pengurusan Sahsiah Murid

1. Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang

2. Anugerah Guru Disiplin - Tn. Hj. Tarmiji bin Sabali

Penarafan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

3. Pengurusan Program Minda Sihat Proaktif

Pertandingan Murid - pemilihan peringkat daerah;

4. Video Inspirasi Kreatif Nilai & Sahsiah Murid

5. Video Eksplorasi Kerjaya

6. Video Inspirasi Motivasi Kecemerlangan Murid

7. Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat Murid Disiplin

8. Video Animasi Sayangi Diri, Utamakan Keselamatan Diri.

Semoga kejayaan mengiringi perjuangan dan usaha kita....