Monday, November 30, 2020

Anugerah Penarafan Dan Pertandingan Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid Sekolah-sekolah KPM Negeri Selangor Tahun 2020

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada warga SK Taman Putra Perdana di atas kejayaan yang cemerlang dalam Majlis Anugerah Penarafan dan Pertandingan Unit Hal Ehwal Murid Negeri Selangor yang disertai pada awal bulan Oktober 2020.  Pada hari ini keputusan pemenang pertandingan setiap kategori telah diumumkan. Majlis anugerah ini bermula tepat pada pukul 10.00 pagi di medium Youtube (KPP HEM JPN Selangor).

Senarai kategori kemenangan yang diperolehi oleh SK Taman Putra Perdana:

1) Anugerah Inovasi dan Kreativiti Minda Sihat Murid Sejahtera Sekolah Rendah (Anugerah Emas) - Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semua Guru Pembimbing (En Wan Faizol bin Wan Mat, En Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi, Pn Juli binti Mahbah, Pn Nor Arzah binti Hussin dan Pn Rozimah binti Yaakob)

2) Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang (Johan) - Tahniah diucapkan kepada barisan AJK Unit Disiplin termasuk Guru Bimbingan dan Kaunseling (Pn Juli binti Mahbah, Pn Rozimah binti Yaakob dan Pn Nor Arzah binti Hussin).

Berikut adalah gambar-gambar Anugerah Penarafan dan Pertandingan Unit HEM JPN Selangor Tahun 2020 :

Pengacara Majlis Anugerah Penarafan dan Pertandingan

Bacaan Doa





Kerjaya Pendapatan Tinggi

Selamat petang warga SKTPP. Apa khabar anak-anak murid semua? Semoga sentiasa sihat yea...

Hari ni cikgu nak kongsi pasal kerjaya berpendapatan tinggi pula. Haaa... mesti ramai yang nak tau kan... OK, JOM!!!... Sama-sama kita tonton video di πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Friday, November 27, 2020

Halatuju Kerjaya

Assalamualaikum semua.. warga SK Taman Putra Perdana.. 

Perkongsian hari ini mengenai 'Halatuju Kerjaya'. Diharap murid-murid mendapat maklumat mengenai ilmu pendidikan kerjaya, seterusnya mempunyai matlamat hidup. Semoga satu hari nanti, kerjaya impian murid-murid akan tercapai. 







Wednesday, November 25, 2020

Jom Main..!!! Apa Pekerjaan Mereka?

Assalamualaikum.. Selamat petang anak-anak SKTPP. Semoga semuanya sihat-sihat dan gembira bersama orang-orang tersayangπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€

Dah habis kelas online ke??? Mesti dah penat kan???

JOM!!! Petang ni cikgu nak share dengan anak-anak semua  template permainan "Dam Kerjaya". Anak-anak boleh print dan main besama adik-beradik di rumah. TAPI... Jangan gaduh-gaduh tau. Untuk buat dadunya anak-anak boleh google "Paper dice template". Macam-macam dadu boleh belajar buat dari situ. Ok, SELAMAT MENCUBA....



#Bulankerjayauntuksemua

#Staysafeathome

Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR)

Krisis pandemik Covid-19 yang menular menyebabkan proses pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka di sekolah terpaksa ditangguhkan. Namun guru tetap menjalankan proses pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara atas talian.

Atas rasa tanggungjawab menyampaikan ilmu, pelbagai usaha dan inisiatif guru-guru telah diambil agar murid-murid dapat meneruskan pembelajaran serta melakukan aktiviti bermanfaat di rumah. 

Tahniah guru-guru dan ibu bapa yang telah bekerjasama mencuba mengunakan aplikasi pengajaran pembelajaran digital. Para guru sentiasa memberikan maklumat kepada ibu bapa tidak kira siang atau malam bagi membantu ibu bapa mendapatkan capaian Google Classroom supaya anak-anak dapat mengikuti kelas bersama guru masing-masing.

Alhamdulillah, PdPR Bahasa Arab tahun 4 telah dijalankan setiap minggu. Kelas maya juga dapat dijalankan secara Google Meet. 

Sasaran: Semua Murid Tahun 4 SKTPP.

Tarikh / Hari: 12 November 2020 / Khamis.

Guru: Meet Bersama Muallimah Norziani Zubir.

         : Kuiz dan Latihan Bersama Muallim Mustafid. 

Murid Sertai : 65 Orang.

Tajuk: Bab 4 Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku)

Iklan Google Meet telah disebarluaskan ke dalam Group Tahun 4 sehari sebelum kelas. 

Terima kasih guru-guru kelas Tahun 4.



Seronok Muallimah dapat bertemu murid-murid tahun 4..




             
Selepas meet, murid menghasilkan nota poket dari pembelajaran yang disampaikan serta menjawab Kuiz dan latihan yang telah disediakan oleh Muallim Mustafid.


Alhamdulillah, inilah hikmah Covid-19. Semua guru dan murid dapat membiasakan norma baharu dalam keadaan yang tenang dan lancar.

#kitajakita #belajardirumah

Tuesday, November 24, 2020

Monday, November 23, 2020

Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5/2020

Pagi tadi telah berlangsung buat pertama kalinya Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5 secara atas talian menggunakan medium Google Meet. Program anjuran bersama Unit Bimbingan & Kauseling dan Pusat Sumber Sekolah ini bermatlamat untuk melahirkan barisan PRS yang berkarisma dan mempunyai ketokohan  diperingkat sekolah rendah. Melalui pertandingan seperti ini, diharapkan agar PRS berupaya dan mahir dalam pengucapan awam dengan bersandarkan ilmu pengetahuan yang luas serta berani berdepan dengan khalayak ramai.

Sasaran peserta pertandingan ini adalah dikalangan PRS Tahun 5 seramai 17 orang. Namun, disebabkan beberapa kekangan yang timbul, hanya 4 orang peserta sahaja yang dapat membuat pembentangan melalui medium Google Meet. Tahniah dan syabas diucapkan kepada keempat-empat peserta yang berani menyahut cabaran.

Pertandingan ini mengandungi 2 bahagian yang terdiri daripada Pembentangan (5 minit) tajuk yang diberi seminggu sebelum tarikh pertandingan iaitu Peranan dan Tangungjawab PRS di sekolah dan Pembentangan Spontan (3 minit) berdasarkan tajuk yang dipilih 1 minit sebelum pembentangan. Pilihan tajuk ini terdiri dari 3 tajuk yang dimaklumkan didalam poster pertandingan. Pertandingan ini telah diadili oleh 3 orang hakim iaitu Pn Nurliza bt Ab Rahman, Cik Suzieana bt Mokhtar dan Pn Nor Zakiah bt Md Diat. Peserta yang yang menjadi johan akan mewakili SKTPP ke peringkat Daerah Sepang.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis berlangsung

Poster Pertandingan Madah Intelek PRS Tahun 5/2020

                                            Ucapan aluan pengerusi majlis, Pn Juli 

    
                      Ucapan Perasmian oleh  Guru Besar, Pn Hajjah Rohaidah bt Mohamad Ali 

    
                                             Sesi taklimat kepada peserta oleh Pn Rozimah 


  Sesi undian giliran peserta oleh Pn Nor Arzah

Peserta pertama, Aliah Dzafirah Binti Ahmad Syahir dari kelas 5 Gigih

Giliran peserta kedua membuat pembentangan

Muhammad Fadlullah Bin Rasulzuki dari kelas 5 Fokus

Peserta ketiga sedang membuat pembentangan

Nuraisya Damea Binti Zuraidi dari kelas 5 Jujur

Peserta terakhir, Nur Fatini Nadia Binti Zasamzuha dari kelas 5 Intelek

Sesi ulasan hakim bahagian Idea/Isi merangkap Ketua Hakim oleh Pn Nurliza

Ulasan hakim bahagian penyampaian dan persembahan, Pn Nur Zakiah

Ulasan hakim bahagian Bahasa, cik Suzieana


Sesi fotografi diakhir majlis

Semoga program ini memberi pengalaman yang amat berharga kepada semua yang terlibat, terutamanya buat peserta yang bakal menjadi pemimpin dan AJK tertinggi PRS pada tahun hadapan. TAHNIAH DAN SYABAS sekali lagi kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Sunday, November 22, 2020

Minggu Kerjaya "Meneroka Kerjaya Pilihan" 2020

Salam PKPB....

Didoakan semoga seluruh warga SKTPP kekal sihat di samping keluarga tersayang.

Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Minggu Kerjaya bermula 23hb November - 9 Disember 2020. Sasaran adalah semua murid Tahun 1-6. Program ini bertujuan mendedahkan murid dengan maklumat kerjaya sebagai persediaan awal sebelum menempuh alam pekerjaan kelak. Ia juga secara tidak langsung dapat memberi motivasi kepada murid untuk terus berusaha mencapai cita-citanya.

Semoga dengan adanya program ini dapat menambah lagi pengetahuan murid-murid berkaitan kerjaya yang akan mereka tempuhi pada masa akan datang.

Berikut aktiviti yang dirancang sepanjang Minggu Kerjaya ini:

1. Info Kerjaya disebarkan di medium FB UBK, Blog Bimbingan & Kaunseling & GC "Guru Bimbingan Anda" (23 Nov - 8 Dis 2020)

2. Pertandingan Kerjaya (25 Nov - 7 Dis 2020)

  • Mencipta Infografik Kerjaya (Terbuka Tahap 2)
  • Video Bicara Kerjaya-Kerjaya Impian (Tahun 5&6)
  • Nyanyian Kreatif (Tahun 4)
  • Kamus Mini Saya-Kenali Kerjaya (Tahun 3)
  • Mewarna Kerjaya Pilihan (Tahun 1&2)
3. Majlis Penutup Minggu Kerjaya (9 Dis 2020)


Aktiviti Minggu Kerjaya


Syarat Pertandingan untuk Tahap 2


Syarat Pertandingan untuk Kamus Mini Saya-Tahun 3


Syarat Pertandingan Mewarna Kerjaay Pilihan untuk Tahun 1 & 2


Bahan-bahan yang disediakan untuk pertandingan Tahap 1 akan diberi di dalam group WhatsApp kelas masing-masing.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai. Selain hadiah yang menarik, para peserta akan dapat meningkatkan ilmu, kemahiran dan potensi diri.

Kepada murid-murid yang belum mengikuti GC Guru Kaunseling Anda bolehlah sertainya dengan menggunakan kod igmfv3e. Selamat Mencuba!!

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah ( PdPR ) secara atas talian Google Meet 2 Windows