Sunday, October 31, 2021

Selamat Kembali Ke Sekolah

Selamat kembali ke sekolah buat murid-murid aliran perdana;

1 November 2021 :

Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) secara penggiliran

8 November 2021 :

Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) secara penggiliran

Semoga anak-anak murid gembira dapat bersemuka dengan guru-guru dan rakan-rakan. Teruskan jaga SOP dan #kitajagakita.

Jadual Penggiliran SKTPP


Waktu Persekolahan Terkini

Berikut merupakan jadual waktu persekolahan mula dan tamat sekolah mulai bulan Oktober 2021 untuk makluman dan tindakan semua murid dan ibu bapa / penjaga...

Saturday, October 30, 2021

Sekolah Disanitasi

Sempena pembukaan sekolah untuk murid-murid perdana, sekolah disanitasi lagi..











Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTPP Kali Ke-17 Tahun 2021

Buat julung-julung kalinya Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Taman Putra Perdana telah dijalankan secara maya pada hari Sabtu, 30 Oktober 2021.

    Majlis yang pada mulanya mengalami sedikit perubahan masa akibat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan Taman Putra Perdana, berjalan dengan sangat lancar sehingga ke akhirnya.

    Dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman agar majlis diberkati dan berjalan lancar seterusnya diikuti ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Rohaidah Mohd Ali selaku Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

     Di dalam ucapannya, Puan Hajah Rohaidah mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang berusaha memastikan anak-anak mereka mengikuti kelas PdPR berdasarkan jadual yang telah ditetapkan. Puan Hajah Rohaidah juga memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum juga berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada setiap hari Sabtu.  Segala pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN maupun KPM juga dapat disertai oleh murid-murid walaupun dalam norma baharu hasil kerjasama ibu bapa dan guru.

    Seterusnya Tuan Haji Khairul Azhar selaku Yang Dipertua (YDP) PIBG memulakan ucapan beliau dengan pengumuman ringkas mengenai keadaan kesihatan YB Tuan Adhif Syan bin Abdullah (ADUN Dengkil) yang baru sahaja menjalani pembedahan bahu dan tidak dapat hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ini.  Beliau mendoakan semoga YB Adhif Syan cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.  Tuan Haji Khairul Azhar juga mengucapkan tahniah kepada ibu bapa yang berjaya membantu dan membimbing anak-anak semasa kelas PdPR sepanjang murid-murid berada di rumah.  

     Sedikit ingatan dari YDP PIBG, agar setiap ibu bapa dapat menyelesaikan sumbangan PIBG bagi membolehkan setiap aktiviti di sekolah dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.  Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru SK Taman Putra Perdana kerana berjaya menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG secara maya melalui aplikasi Zoom ini.  'Walaupun baru pertama kali melakukan mesyuarat ini secara maya, saya amat berpuas hati dengan hasilnya', ujar beliau.  Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 SKTPP.

    Mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Encik Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) selaku Pengerusi Sementara selepas Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG bagi tahun 2020/2021 dibubarkan. Majlis seterusnya sebulat suara (pengundian secara poll) mengekalkan AJK 2020/2021 untuk sesi 2021/2022 dengan dua orang AJK baru mengisi kekosongan setelah ada AJK 2020/2021 menolak untuk menjadi AJK.

    Berikut adalah barisan Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022:

Yang Dipertua: Tuan Haji Khairul Azhar bin Muhammad Suffian
Naib Yang Dipertua: Puan Normawati binti Saad
Setiausaha Kehormat: Puan Norbaizura binti Nordin
Naib Setiausaha Kehormat: Cik Syahirah binti Tumar
Bendahari: Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Naib Bendahari: Puan Norazian binti Ahmad

AJK Ibu bapa:
1. Puan Siti Faezah binti Ahmad
2. Puan Azura binti Mohamad Zawawi
3. Tuan Haji Megat Md. Saleh bin Md. Arshad, PJK, PPB
4. Encik Hafiz bin Zainol Shokor
5. Puan Jayanthe Kandasamy
6. Puan Hamidah binti Affendi

AJK Guru:
1. Puan Roseniza binti Setapa
2. Puan Norhidayu binti Sadri
3. Puan Noor Hayati binti Yusof
4. Encik Mohd Hadri bin AG Idris
5. Encik Ahmad Mustafid bin Mat Sharif

Juru Audit (Ibu bapa): Encik Ibrahim bin Rahman
                  (Guru): Puan Rosmizawati bin Yusub

Mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang mesyuarat dijalankan, video korporat dan video-video persembahan oleh murid-murid SK Taman Putra Perdana...

Pengumuman mengenai kelewatan mesyuarat akibat gangguan bekalan elektrik

Bacaan Doa

Ucapan Guru Besar

Ucapan YDP PIBG


Mesyuarat bermula

Pembentangan laporan aktiviti oleh Setiausaha; Puan Baizura

Pembentangan kewangan oleh Bendahari; Pn. Azwani



Pengerusi Majlis 

Keputusan undian supaya AJK dikekalkan


Kru belakang tabir





Di sebalik tabir









Disediakan oleh:

Puan Nor-Azura binti Mustafa
Puan Norazian binti Mat Anuar
Puan Norinna binti Mohamed

AJK Posting blog MAT PIBG Kali Ke-17

Laporan bertugas Minggu ke-36 (Sesi Pagi)

Tarikh        : 25 - 29 Oktober 2021

Minggu     : 36

Kumpulan : 6 (Sesi pagi)

Guru Bertugas Kumpulan sesi pagi.

Guru-guru bertugas kumpulan 6: 

1.        Pn. Siti Rabiaah Binti Mohammad

2.        Pn. Nurliza Binti Abd Rahman

3.        Pn. Norbaizura Binti Nordin

4.        Pn. Noor Hayati binti Mohd Yusof

5.        Pn.  Fatin Huzaikka Binti Abdul Aziz

6.        Pn. Noorayuni Binti Ab. Fatah

7.        Pn. Parimala Vengadaslam

8.       Pn. Noor Hanawati Alinda Binti Abd Talib Puruji

9.        En. Ahmad Zunaidi Bin Jinalabin

10.      En. Hafiz Bin Md Noor

11.       En. Mohd  Rusydan  Bin Ismail

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP.

Minggu ini merupakan minggu ke-36 sesi persekolahan bagi tahun 2021. Sesi pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan pada minggu ini untuk semua murid Tahap 2 mengikut jadual PdPR sama ada secara Online atau Offline. 

Antara program lain yang dijalankan pada minggu ke-36 adalah pada 25 dan 26 Oktober 2021 semua guru terutama guru kelas hadir ke sekolah bagi membuat persediaan kelas seperti mengemas dan menyusun kerusi dan meja yang sudah lama tidak digunakan bagi menerima anak-anak murid Tahap 1 yang akan bermula sesi persekolahan pada 1 November 2021 secara penggiliran dan murid Tahap 2 mulai 8 November 2021 juga secara penggiliran.

Pada 27 Oktober 2021 (Rabu),  satu majlis ringkas sempena Maulidur Rasul, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, pembukaan sekolah tahun 2021 dan Taklimat Program Minda Sihat oleh  Cikgu Nor Arzah serta ucapan 3 orang guru baharu; Ustazah Noor Saadah, Ustazah Farhana dan Cikgu Mohd Azarul dijalankan di Dewan SKTPP.

Manakala pada 28 dan 29 Oktober 2021 pula, Raptai Mesyuarat Agung PIBG dilaksanakan di Makmal Komputer SKTPP. Ini adalah bagi memastikan keberkesanan dan tiada masalah yang akan timbul pada hari mesyuarat yang akan dilaksanakan pada 30 Oktober 2021 (Sabtu) secara langsung secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom.

Berikut merupakan gambar-gambar berdasarkan peristiwa yang berlaku pada minggu ke-36 :

 1. Gambar-gambar sepanjang PdPR minggu ini yang sempat dirakam


Kelas PdPR Matematik (online) dan PSV(offline) Cikgu Norbaizura

Kelas PdPR Bahasa Melayu Cikgu Rosalinda


Kelas PdPR Sejarah dan Bahasa Melayu secara offline daripada Cikgu Nurliza Abd Rahman

 2. Operasi pembukaan sekolah (25 – 27 Oktober 2021)

Pembersihan kelas oleh guru-guru kelas pagi dan petang.


3. Majlis ringkas sempena Maulidur Rasul, Mesyuarat Tahunan PIBG dan pembukaan sekolah tahun 2021 (27 Oktober 2021 - Rabu)

 

Ucapan ringkas oleh Guru Besar dan pentadbir sekolah mengenai pembukaan sekolah.

Ucapan 3 orang guru baru : Ustazah Noor Saadah, Ustazah Farhana dan Cikgu Mohd Azarul

         Taklimat Program Minda Sihat oleh Cikgu Nor Arzah, guru Unit Bimbingan & Kaunseling

4.  Raptai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (28 dan 29 Oktober 2021)


Raptai Mesyuarat Agung Tahunan PIBG dilaksanakan di makmal komputer.

5.  Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG Kali ke-17 (30 Oktober 2021 - Sabtu)

Poster Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17





Sebalik tabir pembikinan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SKTPP 2021

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak murid dan menyiapkan kelas masing-masing. Terima kasih juga kepada barisan AJK Pelaksana MAT PIBG yang sangat komited dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-17 atas talian dengan jayanya. 


Disediakan oleh:
Norbaizura binti Nordin