Saturday, April 30, 2022

Friday, April 29, 2022

Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M

Marhaban Ya Ramadan... Telah tiba bulan Ramadan, bulan suci yang penuh keampunan.

Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

Bulan Ramadan adalah anugerah agung daripada Allah kepada umat Islam seluruhnya untuk menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan sunat seperti solat tarawih, tadarus Al-Quran, tazkirah, iftar jamaei, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan untuk dilaksanakan khususnya dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini. Oleh itu, pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadan ini khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid. 

Setiap sekolah pastinya akan menganjurkan pelbagai aktiviti keagamaan sepanjang bulan Ramadan Kareem ini. Begitu juga dengan SK Taman Putra Perdana, yang menganjurkan Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M anjuran Panitia Pendidikan Islam, Panitia Bahasa Arab dan Musalla Raudatul Ilmi. Program ini dijalankan sepanjang bulan Ramadan bagi mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Ia melibatkan semua warga SK Taman Putra Perdana. Program ini juga dirancang sebagai satu usaha membentuk modal insan yang seimbang dan cemerlang di dunia dan di akhirat. InshaAllah..

1. Objektif Program Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah dan Tabung Kasih Ramadan 1443H/2022M adalah seperti berikut:
  • Meraikan kedatangan bulan Ramadan yang disyariatkan kewajipan berpuasa.
  • Memperbanyakkan amalan-amalan sunat di bulan yang diberkati.
  • Memberikan pengalaman yang berguna kepada murid-murid dengan suasana majlis di bulan Ramadan.
  • Merapatkan hubungan sesama murid, ibu bapa, guru dan kakitangan sekolah.
2. Pelaksanaan program:

Lokasi :
  • Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
  • Bilik darjah
Tarikh : April 2022 ( sepanjang bulan Ramadan)

Sesi    :  Pagi dan petang

3. Pengisian aktiviti:

Bil

Aktiviti

Tujuan

1

Pelancaran Ihya’ Ramadan dan Bulan Dakwah

Memberi pendedahan kepada murid berkaitan Ramadan dan bulan puasa yang bakal menjelma.

2

Tadarus Al-Quran

  1. Memperbaiki bacaan Al-Quran kepada yang lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid.
  2. Khatam Al-Quran dalam satu bulan Ramadan.

3

 

Memperdengarkan Al-Quran/ Zikir/Nasyid

(Halwa Ramadan)

Menghidupkan suasana Ramadan yang menenangkan.

4

Tazkirah Ramadan

 

  1. Membentuk sikap berani dalam kalangan murid untuk menyampaikan tazkirah.
  2. Menyampaikan info tentang Ramadan kepada warga sekolah.

5

Risalah Ramadan

 

Memberikan info yang lebih terperinci  kepada murid tentang Ramadan.

6

Majlis Bacaan Yasin

 

Membentuk kerohanian murid menghayati bacaan Yasin agar dipermudahkan segala urusan.

7

Kuiz Ramadan

 

 

  1. Melihat sejauh mana kepekaan murid terhadap Ramadan Al-Mubarak.
  2. Mengarah minda  serta menambahkan thaqafah para murid.

8

El–Hayya bil Arabiyah

 

  1. Melihat sejauh mana ketajaman murid dalam penguasaan Bahasa Arab.
  2. Mengasah bakat dan mencari pelapis untuk pertandingan.

9

Pertandingan Mewarna Kad Hari Raya

Memberikan keseronokan dan kegembiraan kepada murid  tentang suasana Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma.

10

Ceramah Nuzul Al-Quran

 

  1. Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan.
  2. Menyebarkan ilmu tentang kelebihan beramal pada bulan Ramadan.

11

e-sajak,

e-syair

e-nyanyian solo

Tarannum

Hafazan

Mencari bakat-bakat pelapis yang akan mewakili sekolah.

 

12

Majlis Khatam Al-Quran

 

 

 

 

  1. Mengeratkan ukhuwah di  antara warga SK Taman Putra Perdana.
  2. Satu keperluan kerohanian yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadan.
  3. Sebagai agenda tahunan sekolah.
  4. Membantu murid-murid miskin  dengan mengagihkan bantuan kewangan  sempena Aidilfitri (Tabung Kasih Ramadan dan Aidilfitri).

13

Semarak Jawi

(Khat)

Mencungkil bakat murid dalam kesenian khat.

14

Tabung Ramadan

 

Menggalakkan sifat suka bersedekah dan membantu orang lain.



4. Momen-momen yang sempat dirakam sepanjang aktiviti dijalankan:




Tarikh : 8 April 2022 
Hari : Jumaat

Majlis pelancaran sesi pagi

Majlis pelancaran sesi petang



A. Aktiviti murid-murid sesi pagi;

Tadarus Al-Quran 

Quran Hour
Tilawah Al-Quran
Sambutan Nuzul Al-Quran


Kalam Arabiy












Majlis penutup, penyampaian sumbangan dan penyampaian hadiah

B. Aktiviti murid-murid sesi petang:

Tazkirah Ramadan

Mewarna sampul raya

Mewarna poster

Tilawah Al-Quran

Majlis penutup dan penyampaian hadiah


Ramadan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat Islam untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam bulan Ramadan.

Program ini diharapkan dapat memberi kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaanNya di dunia dan di akhirat. InshaAllah.

Laporan Bertugas Minggu ke-6 (Sesi Petang)

Tarikh : 25 April 2022 hingga 29 April 2022

Hari : Isnin hingga Jumaat

Senarai nama guru bertugas kumpulan F :

1. Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2. Rusmami bin Rusli (P)

3. Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Roslelawati binti Ibrahim

5. Norhidayu binti Sadri

6. Nur Malisha binti Omar

7. Nor Maziah binti Abd Malik

8. Nurazlin binti Mat Nor

9. Siti Aisah binti Hanafi

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini merupakan minggu ke-6 penggal pertama sesi persekolahan 2022/2023. Alhamdulillah, menyelusuri rentetan perjalanan sesi petang sepanjang minggu ini, dapat dirangkumkan bahawa keseluruhannya berjalan baik dan lancar.

Prakarsa semua pihak ibarat serumpun bak serai, sesusun bak sirih dalam memastikan kelancaran perjalanan sesi petang pada minggu ke-6 ini mengikut garis panduan pengoperasian sekolah terkini telah melancarkan lagi pengurusan sesi petang sepanjang minggu ini.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, minggu ini juga merupakan minggu terakhir sesi persekolahan sebelum cuti panjang selama seminggu sempena Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai aktiviti dan program telah dilaksanakan di sekolah amnya dan di sesi petang khususnya. 

Berikut dilampirkan bingkisan peristiwa sepanjang minggu ini.


Barisan guru bertugas sesi petang minggu ke-6







Rakaman Takbir Raya SKTPP 1443H/2022M


Disediakan oleh :
Mohamad Hasbullah bin Zainal Abidin

Laporan Bertugas Minggu ke-6 (Sesi Pagi)

Hari: Isnin - Jumaat

Tarikh: 25 - 29 April 2022





Senarai nama guru bertugas Kumpulan F:
  1. Noorayuni binti Ab.Fatah (K)
  2. Mas Ayu binti Arifin (P)
  3. Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
  4. Norbaizura binti Nordin
  5. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz
  6. Parimala a/p Vengadaslam
  7. Noor Hayati binti Yusof
  8. Nurliza binti Ab Rahman
  9. Azlina binti Mat Isa
  10. Norziani binti Zubir
  11. Ahmad Zunaidi binti Jinalabin
  12. Mohd Rusydan bin Ismail

Ramadan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Ukhwah dijalin kekal abadi.

Syukur Alhamdulillah, minggu ini adalah minggu terakhir warga SK Taman Putra Perdana bersekolah di bulan Ramadan, sebelum bercuti selama seminggu untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri. 

    Seperti kebiasaan, guru bertugas akan menyambut kehadiran murid seawal pagi dengan senyuman manis. Murid-murid juga dilihat semakin peka dan memahami SOP semasa di sekolah. Disiplin murid juga adalah terkawal sepanjang minggu ini.

    Di sepanjang minggu ini juga telah diadakan beberapa program dan aktiviti pengisian bulan Ramadan yang sangat menarik. Antara Program dan aktiviti yang telah dilaksanakan ialah, World Quran Hour 2022, Majlis Penutupan Program 'Sebakul Kasih, Seikhlas Hati', Majlis Penutupan Ihya' Ramadan, Bulan Dakwah & Khatam Al-Quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kasih Ramadan serta sumbangan bahan makanan daripada Food Bank Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jom.. kita tengok gambar-gambar dan video menarik sepanjang minggu ini.

Guru bertugas menyambut kehadiran murid dengan senyuman.

Suasana waktu pagi semasa kehadiran murid ke sekolah.

Murid-murid semakin peka dan memahami SOP semasa di sekolah.

























Tahniah dan terima kasih kepada warga SK Taman Putra Perdana atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan pelbagai program sepanjang minggu ini. Semoga segala amalan kita di bulan yang mulia ini akan diterima oleh Allah SWT.

Malam raya memasang pelita,
Lebaran dirai sekalian umat,
Salam dihulur maaf dipinta,
SOP dijaga kekal selamat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Disediakan oleh:
Noor Hayati binti Yusof