Friday, July 2, 2010

Program Solat Hajat Bersama Ibu Bapa dan Murid Tahun Enam

Tarikh : 1hb Julai 2010
Hari : Khamis
Masa 7.00-10.30mlm
Tempat : Dewan Terbuka SKTPP
Program ini dijalankan sempena peperiksaan UPSR yang bakal menjelang tiba pada bulan September nanti. Walaupun hujan sangat lebat, namun ini tidak mematahkan semangat warga SKTPP dan ibu bapa untuk sama-sama untuk mengimarahkan majlis yang penuh barakah ini. Sambutan yang diberikan amat memberangsangkan. Dewan Terbuka SKTPP dipenuhi oleh guru-guru, ibu bapa dan anak masing-masing.
Di bawah ini disertakan beberapa keping gambar pada majlis tersebut.













Guru-guru membuat persiapan tempat













Ketibaan para ibu bapa dan guru












Ibu bapa mengambil tempat untuk solat





Solat berjemaah fardhu Maghrib dan solat hajat


Jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah dan yang dibawa oleh ibu bapa













Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar.



Bacaan Yaasin dan solat Isyak berjemaah



Sesi ceramah motivasi keibubapaan


Pemandangan syahdu solat hajat berteman hujan rahmat di malam Jumaat

Semoga doa kita semua dimakbulkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment