Pages
Thursday, December 30, 2010
MAKLUMAN PENTING KEPADA IBU BAPA MURID-MURID TAHUN SATU 2011
- tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 5 hari (3/01/2011 -7/01/2011).
- ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No 1) untuk kegunaan sebagai Buku Transisi (3/01/2011 – 7/01/2011). Sepanjang minggu Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis yang lain.
- penggunaan tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga 31/01/2011. Sila lengkapkan nama ibu bapa dan no telefon ibu bapa di belakang tanda nama tersebut.
2. JADUAL WAKTU
Jadual waktu kelas akan diedar pada hari Jumaat (7/01/2011) dan penguatkuasa penggunaannya akan bermula pada hari Isnin (10/01/2011).
3. KEBENARAN BERADA DI SEKOLAH
Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari tetapi mesti berada di kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas anak masing-masing kerana akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
4. PERATURAN PEMAKAIAN BAJU SUKAN
Pastikan anak-anak memakai pakaian sukan (terus dari rumah) untuk mata pelajaran Dunia Muzik dan Pendidikan Jasmani ( tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah) sepanjang tahun kecuali pada bulan Ramadhan.
5. FAIL PERIBADI
Ibu bapa yang masih belum memulangkan fail peribadi anak masing-masing, sila serahkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat 7/01/2011 kepada guru kelas. Ibu bapa harus memastikan semua maklumat telah dilengkapkan.
PROGRAM MAJU DIRI 2011
Program Maju Diri (PMD) akan dilaksanakan di SKTPP sepanjang minggu pertama persekolahan seperti ketetapan berikut:
Tarikh:3-7 Januari 2011
Tempat:Di dalam kelas masing-masing
Masa :7.30 pagi hingga 10.50 pagi bagi murid tahun 4 & 5
7.30 pagi hingga 10.30 pagi bagi murid tahun 6
Murid-murid hanya perlu membawa buku dan menjalani pengajaran dan pembelajaran seperti biasa selepas waktu tersebut. Selain dari itu, semua murid Tahap 2 juga dikehendaki menyediakan 1 buku yang akan digunakan sepanjang PMD dan bagi kegunaan Bimbingan & Kaunseling.
Penundaan Kutipan Bayaran Tambahan
Sebarang kesulitan amat kami kesali.
Guru Besar
30/12/2010
Wednesday, December 29, 2010
PINDAAN WAKTU MULA SESI PERSEKOLAHAN BAGI HARI JUMAAT SESI PETANG 2011
2. Pindaan adalah seperti berikut:-
Jumaat – Waktu Mula 1420 ptg (Waktu 1350 terbatal)
3. Pihak sekolah mohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
Tuesday, December 28, 2010
Aktiviti Transisi Tahun 1 2011
Isnin (3 Januari 2011)
1.20-2.20ptg : Perhimpunan
2.20-3.20ptg : Pengurusan Kelas; tatacara masuk dan keluar kelas.
3.20-3.40ptg : Rehat (Kantin)
3.40-4.40ptg : Aktiviti di dalam kelas; Penerangan tentang Kawasan Sekolah.
4.40-5.40ptg : Mengenali rakan kelas.
5.40-6.10ptg : Penerangan nilai-nilai murni dan ucapan bertatasusila.
6.10-6.40ptg : Perhimpunan di Dataran Perhimpunan.
Selasa (4 Januari 2011)
1.20-1.50ptg : Perhimpunan di Dewan Perdana.
1.50-2.20ptg : Pengurusan Kelas.
2.20-3.20ptg : Aktiviti di dalam kelas(Bahasa Inggeris).
3.20-3.40ptg : Rehat (kantin).
3.40-4.40ptg : Penerangan di dalam kelas; Keselamatan Diri.
4.40-5.40ptg : Aktiviti di dalam kelas(Bahasa Melayu).
5.40-6.40ptg : Nyanyian lagu-lagu 'Negaraku', 'Negeri Selangor' dan 'Lagu Sekolah'.
Rabu (5 Januari 2011)
1.20-1.50ptg : Perhimpunan di Dewan Perdana.
1.50-2.20ptg : Pengurusan Kelas.
2.20-3.20ptg : Penerangan Abacus.
3.20-3.40ptg : Rehat (kantin)
3.40-4.40ptg : Aktiviti di dalam kelas(Bahasa Inggeris).
4.40-5.40ptg : Penerangan di dalam kelas;Kebersihan Diri.
5.40-6.40ptg : Nyanyian 3 buah lagu; 'Negaraku','Negeri Selangor' dan 'Lagu Sekolah'
Khamis (6 Januari 2011)
1.20-1.50ptg : Perhimpunan di Dewan Perdana.
1.50-2.20ptg : Pengurusan Kelas.
2.20-3.20ptg : Penerangan Abacus.
3.20-3.40ptg : Rehat (kantin)
3.40-4.40ptg : Aktiviti di dalam kelas (Bahasa Melayu).
4.40-5.40ptg : Aktiviti di dalam kelas (Matematik).
5.40-6.40ptg : Dinamika Kumpulan.
Jumaat (7 Januari 2011)
1.50-2.20ptg : Perhimpunan di Dewan Perdana.
2.20-2.50ptg : Pengurusan Kelas.
2.50-3.20ptg : Aktiviti di dalam kelas (Bahasa Melayu).
3.20-3.40ptg : Rehat (kantin)
3.40-4.40ptg : Aktiviti di dalam kelas (Pend. Islam).
4.40-5.40ptg : Aktiviti di dalam kelas (Pend. Kesihatan).
5.40-6.10ptg : Nyanyian dan gerakan.
Bermula hari Isnin (10 Januari 2011), murid-murid akan belajar seperti biasa mengikut jadual waktu yang akan diberikan semasa minggu transisi.
Monday, December 27, 2010
Senarai Nama Guru Kelas 2011
AZIZAH BT AB HAMID | 1 ALFA |
SUHAIZAN BT SUKIMAN | 1 BETA |
NOOR AZLINDA BT KASMIN | 1 DELTA |
SUZELAWATI BT ZAKARIA | 1 GAMMA |
JUMILAH BT AHMAD | 1 LAMBDA |
NORANISMAWATI BT MOHD FAUDZI | 1 OMEGA |
EZZA HAIRANI BT ZAINUDDIN | 1 SIGMA |
AINUL BALKHISH BINTI MOHD ARIS | 1 THETA |
NUR SYUKRI HIDAYATI BT CHE OMAR | 1 ZETA |
ZABEDAH BT OTHMAN | 2 ALZA |
ARJUNAWATI BT AHMAD NUZE | 2 EXORA |
SALMI BT AMIR | 2 ISWARA |
SHURHAMA BT AHMAD | 2 JUARA |
NOR KHUSAINI BINTI SALEHUDIN | 2 MYVI |
FADHILAH BT TALIB | 2 PERSONA |
SITI NURUL AKMA BT SULAIMAN | 2 SAVVY |
AZNITA BT AHMAD | 2 VIVA |
NURRULHUDA BT YAACOB | 2 WAJA |
NIK ROSMALIZA BT NIK HUSSAIN | 2 WIRA |
NOR SHABARIAH BT AWANG NGAH | 3 ALMON |
NORHAYATI BT ISMAIL | 3 BALAU |
NOORHAFIZAN BT CHE ABD. RAHMAN | 3 CENGAL |
MOHD RUSYDAN BIN ISMAIL | 3 JATI |
GRACE A/P DANARAJ | 3 KERUING |
SURIYANA BT NANYAN @ SALIM | 3 MERANTI |
NORAZIAN BT MAT ANUAR | 3 MERBAU |
ARNNY YUSNITA BT MD. ENARJI | 3 NYATOH |
SITI MAZIAH BT MUHAMAD TAJUDDIN | 3 RESAK |
SHAHRIZAL BIN YA'AM | 3 SERAYA |
UMI NADZRAH BT MUHAMAD | 4 BANGAU |
SAADIAH BT BUSRAH | 4 BELATUK |
ZULKEFLI BIN DAUD | 4 HELANG |
NORIZMI BIN ZAINAL ABIDIN | 4 KELICAP |
AZLINA BT MAT ISA | 4 MERAK |
SALWANA BT ELIAS | 4 MERBOK |
NORINNA BT MOHAMED | 4 MERPATI |
NOR-AZURA BT MUSTAFA | 4 NURI |
ROSENIZA BT SETAPA | 4 TIUNG |
VISVA VILASINI A/P KOPPAL @ GOPPAL | 5 LINUX |
PAZLI BIN ZAWAWI | 5 MIDORI |
NIK KAMISAH BT MOHD AZIZ | 5 NOVELL |
TARMIJI BIN SABALI | 5 PALM |
NORLI BT HASSAN | 5 SOLARIS |
LINDA BT ADAM | 5 SYMBIAN |
ZURAINI BINTI ISMAIL | 5 UNIX |
ROSMAWATI BT MD. DESA | 5 WINDOWS |
NORASMAWATI BT OMAR | 5 XENIX |
NORHANA BT NORDIN | 6 ALAMANDA |
NOOR AZILA BT NGAH | 6 CARNATION |
ZAILEZAH BT SARDI | 6 DAISY |
NORIZA BT MD.NOR | 6 GARDENIA |
ROSMIZAWATI BT YUSUB | 6 IRIS |
MAIMUNAH BT YOB | 6 LILY |
NURULFADILLAH BT JAIS | 6 LOTUS |
JAMILLULLAIL BIN MOHD JUNIT | 6 ORKID |
MOHD KAMARUL BIN ABD. RAHMAN | 6 TULIP |
Sunday, December 26, 2010
AKTIVITI SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN 2011
Wednesday, December 22, 2010
BORANG MAKLUMAT MURID.
Dasar 1M1S hanya untuk murid sihat
ARKIB : 15/12/2010
Dasar 1M1S hanya untuk murid sihat
PUTRAJAYA 14 Dis. - Kementerian Pelajaran mengingatkan pihak pentadbir sekolah bahawa pelaksanaan dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mulai tahun depan adalah dikhususkan untuk murid yang tidak mempunyai masalah kesihatan.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, semua murid termasuk yang berkeperluan khas wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
''Selain itu, pihak sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik supaya dapat meningkatkan penyertaan dan membantu dalam perkembangan potensi setiap murid dalam sukan.
''Pihak sekolah hendaklah mengoptimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran yang sedia ada di sekolah atau kawasan persekitaran dengan mengutamakan keselamatan murid," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu surat pekeliling yang dipetik dari laman web rasmi kementerian di sini, hari ini.
Pada 17 Mac lalu, mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa Dasar 1M1S akan dilaksanakan mulai tahun depan di semua sekolah kementerian.
Dasar itu diwajibkan untuk tahun empat hingga tahun enam di sekolah rendah dan peralihan, tingkatan satu hingga tingkatan enam di sekolah menengah.
Abdul Ghafar memberitahu, pihak sekolah digalakkan untuk mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi atau pihak luar bagi program pembangunan sukan di sekolah masing-masing.
''Pihak sekolah hendaklah memastikan aktiviti sukan dijalankan sepanjang tahun berdasarkan aktiviti rumah sukan dan kelab sukan," katanya.
Beliau berkata, buat masa ini, sistem penilaian bagi penyertaan murid itu adalah berdasarkan kepada sistem sedia ada yang berasaskan kehadiran, jawatan serta sumbangan, penglibatan dan pencapaian.
''Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid tahun empat dan tingkatan satu mulai tahun 2012," katanya.
Tuesday, December 21, 2010
PEMBETULAN BAYARAN TAMBAHAN TAHUN 2011
BAYARAN TAMBAHAN 2011
TAHUN 1, 2, 3, 4, 5 DAN 6
BAHAGIAN A
BIL | JENIS | RM | |
1. | Kokurikulum | RM | 5.00 |
2. | Kertas Ujian Dalaman | RM | 10.00 |
3. | Sukan Tahunan Sekolah | RM | 10.00 |
4. | Kegiatan Pendidikan Islam | RM | 10.00 |
(Murid Beragama Islam atau Pendidikan Moral) | |||
5. | Skim Perlindungan Diri | RM | 1.50 |
6. | MSSM | RM | 2.00 |
7. | Hari Anugerah Cemerlang | RM | 3.50 |
| JUMLAH | RM | 42.00 |
BAHAGIAN B
BIL | JENIS | RM | |
8 | PIBG ( satu penjaga sahaja) | RM | 15.00 |
| JUMLAH | RM | 15.00 |
JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR RM 57.00
NOTA:
1. Kutipan bayaran akan dibuat mengikut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 31 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Dewan terbuka
Kelas-kelas akan ditentukan. (rujuk pelan yang ditampal)
2. Kedua-dua jenis bayaran ini dibuat kepada guru kelas anak masing-masing. Jika mempunyai lebih dari seorang anak, bayaran PIBG hendaklah dibuat atas nama anak yang paling bongsu di sekolah ini.
3. Mohon kerjasama tuan/puan menyediakan wang kecil untuk memudahkan urusan.
Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali.