TARIKH : 28 FEB 2011
TEMPAT : DATARAN PERDANA
MASA : 7.30 - 8.15 PG
SENARAI GURU BERTUGAS
1. En. Hafiz
2. Pn. A’ishah
3. Pn Norlela
4. Pn. Jamilah
5. Pn. Rubiaton
6. Pn. Norhamizah
7. Pn. Khaironnajmi
8. Cik Norliza
Ulasan:
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah
Bacaan doa oleh pengawas bertugas
Ikrar Rukun Negara dan Murid
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (En. Jamilullail)
1. Mengenai kes kecurian barang peribadi murid dan juga wang kelas di kelas 5 Unix yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu, sehubungan dengan itu
- Murid tidak dibenarkan berada di kelas pada waktu rehat.
- Sekiranya murid tahun 4 dan 5 sedang rehat, murid Tahun 6 tidak dibenarkan ke tandas.
- Sekiranya murid tahun 6 sedang rehat, murid Tahun 4 dan 5 tidak dibenarkan ke tandas.
2. Disiplin murid sewaktu perhimpunan pagi dan selepas rehat.
- Murid dikehendaki mendisiplinkan diri masing-masing dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan terutama ketika berbaris selepas waktu rehat.
3. Penyampaian Sijil Penghargaan Kelas Terbersih untuk minggu lepas :
Kelas Terbersih tahun 4 : 4 Tiung
Kelas Terbersih tahun 5 : 5 Windows
Kelas Terbersih tahun 6 : 6 Lotus
Upacara Penyampaian Hadiah :
Pemenang Pertandingan Boling Tenpin Bawah 12 Tahun
1. Lelaki - Faiz Najmi Mohd Zam Zam (tempat ke 3)
2. Perempuan - Liyana Aishah Suhaimi ( tempat ke 4)
Ucapan Guru Bertugas Mingguan (Pn. Jamilah)
1. Memperkenalkan guru bertugas.
2. TEMA : Menepati Masa
- Masa adalah anugerah Allah yang paling bernilai. Sewajarnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
- Dalam konteks sebagai pelajar, perlu menepati masa ketika :
i) Hadir ke sekolah – perlu dilatih menepati masa.
ii) Masuk ke kelas – tidak leka dengan perkara lain
iii) Menyegerakan tugas pada masanya – bagi mengelakkan kerja yang tertangguh.
iv) Mempunyai jadual waktu yang tersendiri – perlu ikut jadual yang ditetapkan dan mengikut dengan disiplin.
- Masa yang tidak dimanfaatkan dengan baik akan merugikan diri sendiri.
3. Aktiviti Kokurikulum dan Kelas Tambahan Tahun 6 ditanggukan sempena PKSR yang akan dijalankan mulai 1 – 3 Mac 2011.
4. Peperiksaan Bahasa Arab Tahun 4 dan 5 akan dijalankan pada 3 Mac 2011 pada jam 11.30 – 12.30 tghari.
Perkataan LAWAD
1. BM – berbisa
2. ENGLISH - sniff
3. B.ARAB – arjiu’
Penyampaian Hadiah Untuk Pemenang Sempena Majlis Maulidur Rasul & Aktiviti Moral
Pertandingan Sepanduk
1. 6 Alamanda
2. 6 Carnation
3. 6 Orkid
Pertandingan nasyid
1. 5 Windows
2. 5 Unix
3. 5 Palm
Pertandingan bercerita
Kategori Lelaki:
1. Hariz Izzudddin ( 4 Merpati )
2. Affandi Wong (4 Nuri )
3. Arash Ikmal (4 Bangau)
Kategori Perempuan:
1. Nurul Ezza Fazlina (4 Tiung)
2. Nurul Ayuni (4 Tiung)
3. Sofia Alyssa (4 Tiung)
Ucapan Pn Shymala - GPK Kokurikulum
1. Ucapan terima kasih dan tahniah pada murid dan guru yang terlibat dan berjaya dalam Kejohanan MSSD Sepang dan Selangor.
2. Pihak sekolah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa dan PIBG yang hadir sempena Mesyuarat Agong yang dijalankan pada hari Sabtu yang lalu.
3. Tahniah kepada Pn. Salwana melatih pasukan Pandu Puteri Tunas yang menaikan bendera dengan baik.
4. Uruskan masa dengan baik sempena minggu peperiksaan.
5. Perubahan pada lagu sekolah mulai minggu hadapan.
- baris 1 rangkap 4
Sekolah kebangsaan kita (lama)
Sekolah kebanggaan kita (baru)