Tuesday, August 23, 2011

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SESI PETANG (MINGGU KE 31)

Laporan Perhimpunan Mingguan sesi Petang (Minggu ke 31)

Guru Bertugas:-
Pn. Ainul Balkish
Pn. Wan Sarinah
Pn Zabedah
Pn. Norkhusaini
Pn. Nazahiyah
Pn. Holwani
Ustaz Zunaidi

Laporan:

1. Laporan/ulasan

i) Nyayian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah dipimpin oleh Pn. Salmi Amir
ii) Bacaan doa disampaikan oleh Muhammad Faris Aiman
iii)Bacaan ikrar Rukun Negara disampaikan oleh Pn. Ainul
iv)Bacaan ikrar murid oleh Aniq Iqbal

2. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn.Arny Yusnita

i) Pn Arny mengucapkan syabas kepada semua murid kerana kemalangan dapat dikurangkan. ii) Pelajar diingatkan tidak membawa bahan bacaan berunsur lucah ke sekolah kerana ini satu kesalahan berat.

3. Ucapan Guru bertugas Mingguan Bagi Tema "Kami Anak Malaysia". Pn Ainul berpesan agar pelajar:
i) bersyukur berada di bumi Malaysia yang aman damai tanpa pertumpahan darah.
ii) bangga menjadi anak Malaysia.

4. Ucapan PK Petang (En. Rosdin Bin Ibrahim)

i) En. Rosdin mengucapkan tahniah kepada murid yang terpilih untuk menyertai majlis khatam al-Quran pada hari khamis nanti.
ii) Keputusan PKSR2 telah diketahui , En. Rosdin mensihati murid agar melihat kelebihan dan kekurangan dalam markah yang diperolehi.
iii)Bagi murid yang membawa bahan berunsur lucah akan diambil tindakan. ini kerana perkara tersebut menyalahi peraturan sekolah.Perkara tersebut juga memalukan diri sendiri dan juga warga SKTPP.
iv) Encik Rosdin mengingatkan pelajar agar bangga menjadi warganegara Malaysia. kita amat bertuah tidak seperti negara lain. Perhimpunan tamat pada jam 6.45 Petang

Laporan disediakn oleh : Wan Sarinah Bt Wan Ibrahim

No comments:

Post a Comment