Wednesday, August 3, 2011

PROGRAM PIBG 2011 : MALAM AMAL 1MALAYSIA 2011

Makluman kepada semua, AJK PIBG SKTPP sesi 2011/2012 dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru 2011 akan mengadakan Malam Amal 1MALAYSIA 2011 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Oktober 2011
Masa  : 7.30 malam
Tempat : Dataran Perhimpunan SKTPP

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil bakat dan menanam semangat yakin pada diri murid-murid SKTPP di samping menambahkan dana  PIBG SKTPP.

Pelbagai acara persembahan daripada murid-murid SKTPP telah dirancangkan semasa Malam Amal itu nanti seperti :
-Dikir Barat,
-Tarian 1Malaysia,
-Nasyid Kontemporari,
-Fesyen Show dan banyak lagi.

Pihak PIBG juga sedang mengusahakan untuk menjemput artis terkenal tanah air, untuk memeriahkan lagi Program Malam Amal 1Malaysia ini.

Kepada warga SKTPP yang berminat, boleh mendapatkan tiket menyertai program Malam Amal ini bermula minggu hadapan daripada guru kelas masing-masing atau berhubung terus dengan Encik Zulkefli.  Harga tiket untuk kanak-kanak adalah RM5.00 (umur 4-12 tahun) dan untuk dewasa RM10 (umur 13 tahun ke atas).


Semua murid dan ibu bapa dijemput hadir untuk sama-sama menyaksikan bakat-bakat murid SKTPP, namun tempat adalah terhad.

Nota : Untuk ibu bapa yang berbakat mengajar tarian atau mengacarakan majlis pada malam tersebut, dan berminat untuk membantu pihak sekolah boleh menghubungi Pn Jamilah bt Yusof melalui talian 012-2363461.

1 comment: