Saturday, January 14, 2012

BUKU KOMUNIKASI MURID

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan menggunakan BUKU KOMUNIKASI MURID untuk berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa/penjaga. Selain itu, ia juga untuk memaklumkan pemberitahuan mengenai pelbagai perkara dan aktiviti yang akan dijalankan di sekolah. Buku ini boleh didapati di kedai buku sekolah.

Sehubungan itu, ibu bapa/penjaga dikehendaki menyemak, membaca dan menandatangani maklumat yang terkandung dalam setiap lembaran atau surat yang telah ditampal di dalam buku komunikasi ini. Semoga dengan adanya penggunaan BUKU KOMUNIKASI MURID ini akan melancarkan lagi perhubungan antara ibu bapa/penjaga dengan pihak sekolah.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* Surat pemakluman akan diedarkan kepada murid pada 16.1.2012 (Isnin)

No comments:

Post a Comment