Saturday, February 18, 2012

LADAP : BENGKEL PEMBINAAN SOALAN

Alhamdulilah, pihak AJK Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) sekolah telah berjaya menganjurkan satu bengkel membina soalan-soalan ujian dan peperiksaan secara serentak bagi memastikan mutu soalan-soalan ujian yang dibina. Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat SKTPP dan melibatkan penggubal-penggubal soalan untuk Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) 1 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT).

Penggubal soalan sesi petang telah mengikuti bengkel ini pada 9 Februari 2012 jam10.30 pagi hingga 12.30 petang, manakala penggubal soalan sesi pagi mengikuti bengkel pada 14 Februari 2012 jam 1.00 petang hingga 3.00 petang.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa bengkel dijalankan.





Semoga bengkel yang dianjurkan dapat memberi kesan yang baik kepada semua guru dalam memastikan peningkatkan kualiti binaan soalan-soalan ujian dan peperiksaan di SKTPP,

No comments:

Post a Comment