Monday, February 20, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-8 (20 FEBRUARI 2012)

Hari        : ISNIN
Tarikh    : 20 Februari 2012
Masa     : 6.10 – 6.40 petang

Guru Bertugas :
Pn. Suraini Bt. Che Ali (K)
Pn. Nor Khusaini Bt. Salehudin
Pn. Noorhafizan Bt. Che Abd Rahman
Pn. Siti Maziah Bt. Tajuddin
Pn. Aznita Bt. Ahmad
Pn. Suzelawati Bt. Zakaria
En. Zawadi

Laporan/Ulasan :
1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
Bacaan doa.
Ikrar Rukunegara oleh Pn. Siti Maziah Bt. Tajuddin
Ikrar Murid oleh Adik Husna.

2. Ucapan wakil Guru Bertugas minggu lepas (Pn. Wan Sarinah Bt. Wan Ibrahim)
1.       Melaporkan murid tidak tutup kipas dan lampu sebelum rehat. Ini akan menyebabkan  pembaziran elektrik.
2.       Mengingatkan murid terutama murid tahun 1 supaya tidak membawa gunting ke sekolah  kerana salah seorang murid telah menggunting rambut kawannya.
3.       Murid diminta supaya tidak menolak ketika membeli di kantin.

3. Ucapan wakil Guru Bertugas (Puan Siti Maziah Bt. Tajuddin )
1.       Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini (seperti nama guru bertugas di  atas)
2.       Pengumuman dan Makluman:
 a) Kelas tercantik pada minggu lepas.
 Tahun 1 – 1 Marikh
 Tahun 2 – 2 Alfa
 Tahun 3 – 3 Juara
 b) Kelas bimbingan tasmek dijalankan seperti biasa.
 c) Murid – murid tidak dibenarkan melalui kawasan dataran perhimpunan.

4. Perkataan LAWAD:
1.       Bahasa Malaysia : Berbaur bermaksud beraduk, bercampur
2.       Bahasa Inggeris : Cooking bermaksud memasak
3.       Bahasa Arab : Kurrasatun bermaksud buku latihan

5. Ucapan Penolong Kanan Petang ( En Rosdin B. Ibrahim)
1.       Murid – murid diingatkan supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta  mendengar kata. Seterusnya mengingatkan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua  Kelas dan Penolong Ketua Kelas supaya menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh  tanggungjawab.
2.       PKSR – Murid diminta mengulagkaji memandangkan PKSR akan bermula pada minggu  hadapan iaitu 28/2/2012 – 1/3/2012.
3.       Kebersihan – Mengingatkan semua murid supaya membuang sampah ke dalam bakul  sampah yang disediakan. Kebersihan itu separuh daripada iman. Jadi, setiap murid perlu  menjaga kebersihan di rumah dan sekolah.
4.       Murid berikrar bersama Penolong Kanan Petang:
       Bahawasanya kami murid-murid SK Taman Putra Perdana berikrar akan menjaga kebersihan  sekolah, tidak akan membuang sampah merata-rata. Kami berjanji membuang sampah ke  dalam tong sampah. Kebersihan itu separuh daripada iman. Saya sayang sekolah saya.

6. Bersurai. 


No comments:

Post a Comment