Saturday, February 11, 2012

PROGRAM SEINDAH KATA 2012

Program Seindah Kata adalah satu program yang akan dilaksanakan untuk murid-murid moral sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Program ini bertujuan untuk;

  1. Menggalakkan murid-murid menyebut perkataan yang berunsurkan nilai murni.
  2. Menerapkan kepada murid unsur-unsur nilai murni.
  3. Menggalakkan murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF

  1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan lagi keyakinan diri.
  2. Memperkembangkan lagi potensi murid-murid tahap dua dalam penggunaan ICT.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:-

Tahun 1-Pertandingan mewarna perkataan nilai murni

Tahun 2-Pertandingan mencari perkataan nilai murni yang tersembunyi

Tahun 3-Pertandingan teka silangkata nilai murni

Tahun 4 hingga 6-Pertandingan Power Point perkataan nilai murni


GELAGAT MURID KETIKA AKTIVITI DIJALANKAN



Murid Tahun 1 sedang mewarna perkataan nilai murni


Murid Tahun 2 sedang mencari perkataan nilai murni yang tersembunyi


Murid Tahun 3 sedang menyiapkan teka silangkata


Murid Tahap 2 sedang dibahagikan kepada beberapa kumpulan


Menyiapkan persembahan powerpoint menggunakan Microsoft Powerpoint


Murid sedang tekun membuat Powerponit mereka


No comments:

Post a Comment