Tuesday, April 3, 2012

CERAMAH KEPENGGUNAAN DAN PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN FOMCA


TARIKH : Isnin – 2 April 2012

MASA : 12.00 tengahari – 2.00 petang

TEMPAT : Dewan Perdana, Dewan Putra, Kelas dan Kantin

PELAKSANA : Sk Taman Putra Perdana

SASARAN : Semua murid tahun tahap 1 dan tahap 2.

PENGENALAN

Pada tahun 2012, Gabungan Persatuan –Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan sokongan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menganjurkan Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia. SK Taman Putra Perdana telah ditawarkan untuk mengambil bahagian di dalam beberapa pertandingan di antaranya pertandingan mewarna, menulis esei kepenggunaan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris,membuat buku skrap,melukis poster,anugerah penyertaan terbanyak,fotografi dan sebagainya.

RINGKASAN PROGRAM

Pihak sekolah telah menjemput pihak FOMCA untuk memberikan ceramah tentang hak pengguna dan seterusnya diadakan pertandingan mewarna yang disertai oleh murid tahap 1 dan tahap 2. Seramai lebih kurang 1800 orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna tersebut. Semua penyertaan akan mendapat sijil daripada pihak FOMCA.

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM BERLANGSUNG

Ceramah kepenggunaan oleh Encik Hisyam wakil FOMCA
Murid tahap satu yang menyertai pertandingan mewarna
Murid-murid tahap 1 yang sedang tekun mewarna

Murid tahap dua yang yang menyertai pertandingan mewarna

Hasil kreativiti murid
Murid mewarna dengan penuh minat Murid berkumpul sementara menunggu ceramah








No comments:

Post a Comment