Monday, April 2, 2012

PELANCARAN PROGRAM GALAKAN MEMBACA 2012

Alhamdulilah, pada pagi ini, 2 April 2012, telah dilancarkan Program Galakan Membaca (NILAM - Nadi Ilmu Alam Membaca) bertemakan Pendidikan Bermaklumat Pemangkin Pendidikan Cemerlang". Program ini telah dirasmikan oleh Pn Siti Habsah binti Ahmad selaku Penolong Kanan Kurikulum SKTPP. Program NILAM akan berlangsung sebanyak 3 sesi dimulai dengan sesi 1, 30 Mac hingga 31 Mei, sesi 2, 1 Jun hingga 31 Julai dan sesi 3, 1 Ogos hingga 15 Oktober. Setiap sesi menawarkan hadiah-hadiah yang menarik.

Pn Nik Kamisah sebagai pengerusi majlis Program NILAM

Pn Siti Habsah merasmikan Program Galakan Membaca

Acara simbolik perasmian

Kain rentang Program Galakan Membaca 2012

Diharapkan semua murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam program yang penuh bermanfaat ini.

No comments:

Post a Comment