Wednesday, April 18, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG

Selaras dengan keperluan semasa, pada tahun ini Program Guru Penyayang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran di semua sekolah di Malaysia. SKTPP telah melaksanakannya bermula pada 24 Mac 2012. Program ini akan dijalankan sepanjang tahun.

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Ia juga diharapkan menjadi satu budaya yang berterusan di kalangan semua warga SKTPP.

Dalam Fasa Pertama, tumpuan akan diberikan kepada tiga aktiviti utama iaitu:
i) Mengalu-alukan kehadiran murid
ii) Mentor Mentee
iii)Memberi penghargaan kepada murid









No comments:

Post a Comment