- Tempoh pelaksanaan Transisi adalah selama 8 hari ( bermula 2 Januari 2013 - 11 Januari 2013)
iaitu pada sesi petang bermula pukul 1.20 petang - 6.40 petang.
- Ibu bapa perlu menyediakan sebuah buku tulis (No 1) untuk kegunaan sebagai buku Transisi (2/1/2013-
11/1/2013). Sepanjang tempoh Transisi, semua murid tidak perlu membawa buku teks dan buku tulis
yang lain,ibu bapa juga diingatkan menyediakan keperluan alat tulis seperti pensel warna dan gam.
- Penggunaan Tanda nama murid sementara hendaklah dipakai setiap hari persekolahan sehingga
31 Januari 2013. Sila lengkapkan nama ibu bapa dan no telefon di belakang tanda nama tersebut.
2) Jadual Waktu
Jadual waktu kelas akan diedarkan sebelum hari terakhir Transisi.Pelaksanaannya bermula hari isnin
14 Januari 2013.
3 ) Peraturan Pemakaian Baju Sukan
Pastikan anak tuan puan memakai pakaian sukan terus dari rumah.( untuk mata pelajaran Dunia Muzik
dan Pendidikan Jasmani. (Tidak perlu membawa pakaian seragam sekolah sepanjang tahun kecuali pada
bulan Ramadhan.
4) Kebenaran berada di sekolah
Sepanjang minggu Transisi, ibu bapa dibenarkan berada di sekolah selama 3 hari ,tetapi mesti berada di kantin sahaja. Ibu bapa dilarang sama sekali untuk berada di kaki lima kelas anak-anak masing-masing. Ini
kerana akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
5) Waktu Persekolahan Murid Tahun 1 2013
Hari Isnin - Hari Rabu (kelas bermula jam 1.20 petang - 6.40 petang)
- Hari Khamis ( kelas bermula jam 1.20 petang- 6.10 petang)
- Hari Jumaat ( kelas bermula jam 2.10 petang - 6.10 petang)