Friday, March 29, 2013

Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2013



Pada 25 dan 26 Mac yang lalu iaitu Isnin dan Selasa , Unit Peningkatan UPSR telah mengadakan bengkel teknik menjawab soalan UPSR dengan kerjasama Program CU-A (Cikgu Unggul-A). Aktiviti ini dijalankan di Dewan Perdana dan Bilik Mesyuarat SKTPP. Murid-murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.
Aktiviti yang berlangsung selama dua hari ini melibatkan 4 orang penceramah iaitu En Izalwan (B.Melayu) En Halim (Sains), En Harpal (B.Inggeris) dan En Zakaria (Matematik). Mereka merupakan guru pakar yang berpengalaman dalam subjek masing-masing.
            Murid-murid telah dibekalkan dengan modul bengkel yang disediakan oleh CU-A program. Modul ini dapat membantu murid-murid semasa pengendalian bengkel agar murid-murid dapat member tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan oleh  penceramah.
            Guru-guru matapelajaran juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan dalam subjek masing-masing. Ramai guru yang turut hadir bagi memastikan program berjalan lancar. Terdapat 210 orang murid yang hadir pada hari pertama manakala pada hari kedua seramai 200 orang murid.
            Di akhir program murid-murid telah diberikan Cd setiap seorang. Terdapat tiga ribu  contoh soalan mengikut subjek dimuatkan dalam Cd tersebut. Di harap murid-murid dapat memanfaatkan Cd yang dibekalkan dengan membuat ulangkaji di rumah pada masa cuti.

Objektif  pelaksanaan aktiviti:

  • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR bagi setiap subjek dengan kaedah terkini.

  • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.

  • Menambah serta mempelbagaikan  teknik pengajaran di sekolah.

  • Mencari kekuatan dan kelemahan murid-murid di SKTPP.


Murid-murid diberikan modul bengkel setiap seorang.

Penceramah B.Melayu En Izalwan membimbing murid-murid menjawab soalan.

Kumpulan A: murid-murid tekun melihat slaid show dari penceramah.

teknik mudah untuk sifir,

En Halim, antara guru pakar Sains dari klang turut menyumbang idea untuk membantu murid-murid dalam subjek sains.

Kumpulan B: memberi sepenuh perhatian kepada penceramah.

Usaha tangga kejayaan. wajah anak-anak SKTPP yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Jelas penerangan dari penceramah Matematik.

En Harpal, penceramah B.Inggeris menyampaikan ceramah kepada peserta.


No comments:

Post a Comment