Friday, June 21, 2013

Jemputan Menghadiri Program Motivasi Kecemerlangan UPSR (Fasa III) Tahun 2013

Makluman kepada ibu bapa/penjaga

Satu Program Motivasi Kecemerlangan UPSR Fasa III akan dilaksanakan pada ketetapan berikut;

Tarikh : 24 Jun 2013 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi-9.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana

Aturcara Program
8.00am – 8.30am                 : Pendaftaran ibu bapa
8.30am – 9.30am                 : Ceramah Motivasi (Slot ibu bapa) 
9.30am                                   : Ibu bapa bersurai
9.30am – 9.50am                 : Rehat murid Tahun 6 (diawalkan)
10.00am - 11.00am             : Ceramah motivasi (Slot murid)
11.00am                                : Bersurai (pdp berjalan seperti biasa)

Untuk makluman ibu bapa/penjaga, objektif program ini bertujuan untuk;


           i.    Memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan dalam          
              UPSR.
          ii.    Mengetahui peranan dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid bagi membentuk disiplin   
              diri.
          iii.  Memupuk kesedaran kepada ibu bapa/penjaga untuk mengawasi dan memberi tumpuan kepada 
              pembelajaran anak-anak.
          iv. Guru-guru lebih kreatif dalam menarik minat murid sepanjang pelaksanaan pdp dan kelas 
              tambahan.

Untuk makluman ibu bapa/penjaga juga, program ini perlu dilaksanakan pada hari persekolahan kerana daripada pelaksanaan program motivasi Fasa II yang dilaksanakan pada hari Sabtu sebelum ini, kehadiran calon-calon UPSR amat mendukacitakan. Oleh sebab itu, pihak sekolah telah memutuskan untuk melaksanakannya pada waktu persekolahan. Besarlah harapan pihak sekolah agar ibu bapa/penjaga dapat memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini disamping bersama-sama guru berusaha meningkatkan kecemerlangan anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment