Monday, June 10, 2013

Laporan Peptalk Tahun Enam 10 Jun 2013


Penyampai : Encik Shahrul Baharin Bin Baharom
                   (AJK PIBG)

Sasaran      : Kelas 6 Tiung dan 6 Nuri

Tajuk          : Kemahiran Belajar


Sesi peptalk dimulakan dengan tuan penceramah mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada semua murid dan bersyukur kerana hadir ke sekolah setelah bercuti pertengahan tahun. Diikuti dengan bacaan doa oleh wakil pelajar.

Untuk berjaya seseorang perlu mempunyai semangat yang kuat, tidak menghiraukan apa kata orang sebaliknya berani mengambil peluang/kesempatan. Selalu bersikap positif ke arah kejayaan. Untuk berjaya mestilah ada perancangan atau persediaan yang teliti. Beliau mengingatkan bahawa setiap murid perlu menetapkan sasaran yang hendak dicapai dalam UPSR nanti.

Bagi mencapai kejayaan beberapa tip telah diberi oleh beliau. Antaranya :


  • Kemahiran membaca
  • Kemahiran mencatat
  • Kemahiran mengingat


Kemahiran Membaca
1.     Membaca secara berhati-hati
  • memberi tumpuan apa yang dibaca
  • cari fakta/isi-isi penting
  • elakkan dari menonton TV atau mendengar radio semasa membaca

      2.     Membaca secara menyeluruh
  • membaca sekali dari awal hingga akhir
  • bahagian pengenalan biasanya menggambarkan keseluruhan isi
      3.     Membaca secara berulang kali
  • membantu mengingat fakta dengan baik

      4.     Membaca dalam keadaan selesa
  • persekitaran/udara yang sesuai
  • persekitaran yang sunyi tanpa gangguan

      5.     Berada dalam keadaan selesa
  • duduk ketika membaca

      6.     Baca secara berperingkat
  • senaraikan isi
  • pindahkan maklumat dalam bentuk nota ringkas

      7.     Cuba bentuk soalan ketika membaca sesuatu bahan
      8.     Catat isi yang dibaca, mengingat, mencatat semula.
      9.     Guna sumber/bahan pembelajaran lain jika perlu contoh kamus untuk rujukan






Terima kasih diucapkan kepada Encik Shahrul atas kesudian beliau memberi panduan kepada murid-murid Tahun 6. Semoga tip-tip yang diberikan dapatlah diamalkan oleh murid semua dalam membuat persedian menduduki UPSR 2013.


Laporan disediakan oleh
Maimunah Yob
Guru KH 6 Tiung

No comments:

Post a Comment