Friday, June 21, 2013

MAJLIS SAMBUTAN ISKRAJ MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH SESI PAGI

Panitia  Pendidikan Islam SKTPP  telah mengadakan sambutan Iskraj Mikraj peringkat sekolah.

Hari: Jumaat
Tarikh: 21 Jun 2013
Masa: 7.20 pagi - 9.50 pagi
Tempat: Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana
Nama Penceramah: Ustaz Asyaful Adli Bin Wahab@Satimin
                                   Jurulatih Utama Dakwah JPS
                                   SJK(C) Nin Hua Bukit Tinggi

Sambutan ini diadakan  bertujuan untuk mengingatkan tentang peristiwa Baginda Rasulullah s.a.w yang diangkat ke Sidratul Muntaha. Di samping memberi pendedahan kepada murid-murid betapa pentingnya memulia dan mengingati peristiwa penting tersebut. Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak murid-murid dengan menjadikan Rasullullah sebagai ikutan dan contoh dalam perjalanan hidup ini. Diharap majlis ini dapat  menjana potensi pelajar supaya mereka lebih berminat dan bermotivasi untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Kecemerlangan pelajar ini akan menjadi aset penting untuk melahirkan generasi yang berilmu, berketrampilan, berdaya saing dan berwawasan untuk membangun masyarakat yang berteraskan Islam.

OBJEKTIF

1. Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang hari kebesaran Islam.
2. Mewujudkan contoh yang baik kepada murid-murid untuk diikuti.
3. Menjana potensi murid-murid dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
4. Merapatkan hubungan antara guru dan murid-murid dalam memartabatkan Pendidikan
    Islam.
5. Mengambil iktibar daripada peristiwa Israk dan Mikraj Rasulullah sebagai asas
    perkembangan tamadun manusia.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sambutan dilaksanakan: (akan di muat turun kemudian)

No comments:

Post a Comment