Monday, June 10, 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN (MINGGU KE 21) SESI PAGI

HARI : ISNIN
TARIKH : 10 JUN 2013
MASA    : 7.30 – 8.15 PAGI

GURU BERTUGAS
1. Zainur Jimah
2.Norhamizah Hamzah
3. Visva Vilasini
4. Musaliha Mustafa
5.Maimunah Yob.
6. Ahmad Musrizuan
7. Mahadir Midun
8. Halimatun Saadiah

LAPORAN
1.Acara menaikkan bendera olah  unit pasukan tunas puteri sekolah
2.Nyanyian lagu Negara ,lagu Selangor dan lagu sekolah.
3. Bacaan doa oleh adik Aniq Iqbal
4. Bacaan Ikrar Rukunegara dan ikrar keselamatan jalan raya oleh Puan Zainur Jimah
3. Bacaan ikrar murid oleh adik Zarith sofea
4. Laporan guru bertugas minggu Lepas ( Puan Aisyah)
1.      Murid hendaklah beradab ketika mengambil wuduk, dilarang  bergurau senda, bercakap   kuat dan bermain . Murid  mestilah ubah perangai buruk tersebut dan hendaklah mematuhi peraturan dan bersopan
2.      Kebersihan kelas, murid  dikehendaki sama-sama menjaga kebersihan kelas agar sentiasa ceria
3.      Keputusan  keceriaan minggu lepas
3.1 Kelas PPKI : 
                             1     - kelas Bestari
                                   2     - Kelas Kreatif
                                   3     - Kelas Inovatif
       3.2Tahun empat :
                                    1. 4 Exora
                                    2. 4 Waja
                                    3.  4 Wira
       3.3 Tahun Lima:
                                    1. 5 Seraya
                                    2. 5 Balau
                                    3. 5 Keruing
       3.4 Tahun Enam:
                                    1. 6 Tiung
                                    2. 6 Helang
                                    3. 6 Bangau

5.0 Penyampaian hadiah dan sijil bagi murid yang mengikuti Konvensyen  Dr muda  pada 20 mei 2013 di   Sk. Bandar Baru Salak Tinggi.

6.0 LAWAD
6.1 Bahasa Melayu : Gumal – ronyok (kertas/kain)
6.2 Bahasa Inggeris: Stalk   - tangkai
6.3 Bahasa Arab      : Al Asykalu – bentuk-bentuk

7. Ucapan Guru bertugas minggu ini
     Tema : Mengamalkan Nilai –nilai murni
 Definisi , Perlakuan yang baik, peradaban tan tatasusila individu manusia dalam hubungannya   sesama manusia alam dan tuhan.
Nilai-nilai murni kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia.
Nilai-nilai murni dalam kehidupan seseorang murid.
1.       Rajin – Iaitu melakukan usaha yang berterusan penuh semangat,ketekunan,kecekalan,kegigihan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara seperti belajar.
2.       Bertanggungjawab- Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas dan kewajiban dengan sempurna.
3.       Hemah tinggi – Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Terhadap guru dan rakan-rakan.
8.  Pengumuman
 Penyampaian hadiah dan sijil bagi murid yang mengikuti Konvensyen  Dr muda  pada 20 mei 2013 di  Sk. Bandar Baru Salak Tinggi.

9. Ucapan Guru Besar
Mengupas semula apa yang disampaikan oleh guru yang bertugas dan mengajak murid agar sentiasa bersedia dan sentiasa ada semangat untuk belejar dan memberi perhatian masa guru bercakap. Murid hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni seperti  mengucapkan salam dan selamat kepada guru bila mana berselisih dengan guru, Guru dan murid hendaklah sentiasa pandang kehadapan dan melihat kejayaan orang lain untuk memotivasikan diri dan terus berusaha serta berada seiring dengan orang yang berjaya demi untuk menjadi insan yang berguna dan maju sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan sebuah Negara yang maju dan berteknologi tinggi.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi..



No comments:

Post a Comment