Friday, June 21, 2013

PROGRAM PERMATA HATI 2013

Panitia Pendidikan Moral telah mengadakan Program Permata Hati 2013 pada Jumaat21 Jun 2013 bertempat di Pusat Sumber dan Bilik Tayangan SKTPP. Terdapat dua aktiviti yang telah dijalankan untuk murid-murid iaitu aktiviti 'Mencari Nilai Murni' dan 'Ceramah Motivasi Kecemerlangan Diri'.

Aktiviti 'Mencari Nilai Murni' meletakkan objektif untuk mendedahkan lagi murid kepada perkataan-perkataan yang melambangkan nilai-nilai murni supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Program  'Ceramah Motivasi Kecemerlangan Diri' pula memberi peluang kepada murid untuk mendalami dan mengetahui teknik yang sesuai bagi mengembalikan semangat murid dalam usaha mencapai kecemerlangan. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh penceramah yang sangat berkaliber iaitu Dr Lawrence Arokiasamy, Associate Professor UCSI University.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program dilaksanakan :
Murid mencari perkataan dengan penuh minat
Perbincangan tentang nilai-nilai murni yang akan diketengahkan dalam aktiviti

Antara hasil kerja murid

Antara guru yang turut serta dalam program ini
Dr Lawrence pandai menarik minat murid dengan berinteraksi secara santai.
Murid mencatat nota-nota penting 
Murid mula berminat menanyakan soalan kepada Dr Lawrence
Penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah
Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam membantu kelancaran program ini. Semoga semua murid mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan.


No comments:

Post a Comment