Saturday, June 15, 2013

PROGRAM SINERGI ILMU 2013

Tarikh         : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa          : 8.00 pg - 1.00 tgh hari
Tempat       : Dewan Perdana, SKTPP
Anjuran      : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Matematik
                    dan PIBG

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan cara bagaimana membantu anak-anak dengan kaedah yang betul di dalam pembelajaran samada di sekolah atau di rumah.  Di samping itu, program ini juga bermatlamat bagi melahirkan ibu bapa / guru yang berkesan mendorong perubahan sikap dan tingkah laku anak.

Seramai 91 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada ibu bapa dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana.  Sebelum program ini bermula, pihak sekolah telah memberi penerangan dan mengedarkan borang Sarana Sekolah untuk penambahbaikan pengurusan sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan.


Program Sinergi Ilmu.

Sesi pendaftaran ibu bapa. 

Encik Saifullah membacakan doa.

Encik Rosdin menerangkan mengenai borang Sarana Sekolah.


Turut hadir, YDP PIBG Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

Penceramah program, Puan Nurhidayah bt Jaafar.

Antara peserta yang hadir.

Aktiviti bengkel dijalankan bersama peserta.



Sesi soal jawab

                                                         Ucapan penutup oleh YDP PIBG

No comments:

Post a Comment