Friday, June 14, 2013

TAZKIRAH PAGI JUMAAT (14 JUN 2013)


KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan untuk kita mengejar kebaikan bagi persediaan menghadapi ramadhan. Antara kebaikan dan kelebihan beribadat dalam Syaaban ialah:-
1.     Barang siapa berpuasa 3 hari pada awal bulan syaaban, tiga hari pada pertengahan dan tiga hari pada akhir bulan syaaban akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi, dan seperti orang beribadat 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahuntersebut , matinya seperti mati syahid.
2.    Doa orang – orang yang beriman akan dimakbulkan,
Rasulullah  s.a.w bersabda bermaksud:“ Dalam Solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam jumaat,pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya aidlfitri dan Aidiladha "(Riwayat : Abdullah Umar)   
3.Mohonlah keampunan pada malam Nisfu Syaaban kerana pada malam itu pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka.


 Disampaikan oleh Ustaz Mahadir    

 Disediakan oleh ustazah Norhamizah

No comments:

Post a Comment