Friday, January 10, 2014

PELAKSANAAN PROGRAM MAJU DIRI 2014

Tarikh: 7-10 Jan 2014
Masa: 7.30 pagi - 9.30 pagi
Sasaran: Semua murid Tahap 2

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 di Negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua. Objektif pelaksanaan program ini adalah:


OBJEKTIF PROGRAM

1.                  Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama

2.                  Dapat meningkatkan minat untuk belajar.

3.                  Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.

4.                  Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.


5.                  Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri

Antara modul yang dilaksanakan sepanjang minggu PMD;

Selasa
(7.1.14)
7.30pg-8.30pg
ü  Suai Kenal
8.30pg-9.30pg
ü  Ujian Pra
ü  Uji IQ (Cari Kata dan Cari Benda Tersembunyi)
Rabu
(8.1.14)
7.30pg-8.30pg
ü  Uji IQ (Word Search)
8.30pg-9.30pg
ü  Motivasi Wawasan Diri
Khamis
(9.1.14)
7.30pg-8.30pg                   
ü  Bijak Matematik(Uji Minda Matematik)
8.30pg-9.30pg
ü  Pembentukan    Matlamat & Pengurusan Masa
Jumaat
(10.1.14)
7.30pg-8.30pg           
ü  Bijak Matematik(Silangkata Matematik)
ü  Ujian Pos/Kemaskini Biodata Rekod Profil B&K
8.30pg-9.30pg
ü   Senamrobik

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid yang memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan program ini. Harapan kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling agar program ini dapat membugarkan semula semangat murid-murid dalam menuntut ilmu selain mentransformasikan mood bercuti kepada alam persekolahan semula.

Antara paparan-paparan menarik sepanjang pelaksanaan program

Murid PPKI juga turut terlibat dalam PMD Senamrobik

Tekun menjalankan aktiviti 



Ceramah Pengurusan Masa

Bersama Pn Noranismawati selaku instruct

Murid-murid berada di dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti

Aktiviti di dalam kelas juga turut dijalankan

Tekun mengisi biodata diri didalam Buku Rekod Profil Murid







No comments:

Post a Comment