Friday, January 24, 2014

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sesi Petang

      Pada hari ini 24 Januari 2014 telah berlangsung majlis perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi 2014. Majlis ini telah diadakan di Dewan Perdana SK. Taman Putra Perdana. Seramai 21 orang murid  tahun 3 telah dipilih untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber Sekolah bagi sesi petang. Majlis perlantikan telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Petang, Pn. Rosmah bt Jamat.

Antara paparan yang boleh dikongsikan semasa majlis berlangsung.
Penyampaian watikan perlantikan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas Pusat Sumber Sesi Petang, adik Sharifah  Nur Irdina Huda bt Syed Noornekman
      Diharapkan barisan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang dilantik dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah.


No comments:

Post a Comment