Saturday, January 25, 2014

PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS 2014

SABTU, 25 JANUARI 2014: Program Kepimpinan Pengawas telah berjaya dijalankan pada hari ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Ia adalah anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin, SKTPP.

          Program ini bertujuan membentuk sahsiah dan ketrampilan pengawas Tahun 2 hingga 6 supaya mempunyai jati diri yang tinggi dalam menjalankan tugas dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab. Jumlah pengawas yang hadir pada hari ini adalah seramai 101 orang daripada 119 orang.

          Program ini dimulakan dengan ceramah yang bertajuk "Bidang Tugas dan Tanggungjawab Seorang Pengawas" oleh Puan Zaleha binti Ramdan Mohamed. Seterusnya peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Fasilitator-fasilitator LDK menerangkan tugas-tugas pengawas di stesen-stesen yang telah ditetapkan. Mereka adalah:
  1. Puan Azwani binti Noordin @ Mohd Noordin - tempat letak basikal 
  2. Puan Yani binti Mohammad Sharif - tangga sekolah (UKM, USM, UUM, UPM) 
  3. Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji - kantin sekolah 
  4. Encik Shahrizal bin Ya'am - pagar sekolah.
          Seterusnya peserta mendengar ceramah terakhir yang bertajuk "Kepimpinan Pengawas" oleh Puan Norazian binti Mat Anuar.

          Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pelaksana yang begitu komited menjalankan tugas. Syabas diucapkan kepada semua pengawas sekolah 2014 yang telah menghadiri program pada hari ini.

          Berikut adalah gambar-gambar menarik sepanjang program ini dijalankan:

Program Kepimpinan Pengawas 2014

Murid membuat pendaftaran dengan Pn. Rozimah bt. Yaakub yang dibantu oleh 3 orang ahli PRS

Pengacara majlis, Pn. Nor Arzah bt. Hussin

Pn. Zaleha menyampaikan ceramah
Pn. Azwani menerangkan tugas pengawas di tempat letak basikal

En. Shahrizal menerangkan tugas pengawas di pintu pagar

Pn. Yani menerangkan tugas pengawas di tangga sekolah

Pn. Arnny Yusnita menerangkan tugas pengawas di kantin sekolah
Pengawas menikmati sarapan yang disediakan

Pengawas menikmati sarapan yang disediakan

Pn. Norazian menyampaikan ceramah

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Tuan Haji Khairul Azhar Sufian. 

Penyampaian sijil penyertaan oleh Pn. Jamilah bt. Arifin, PK HEM kepada Ketua Pengawas sesi pagi, adik Aniq Iqbal

Penyampaian sijil penyertaan oleh Pn. Jamilah bt. Arifin, PK HEM kepada Ketua Pengawas sesi petang, adik Hurin Batrisyia Amani
Barisan pengawas sesi pagi yang hadir

Barisan pengawas sesi pagi dan petang yang hadir

No comments:

Post a Comment