Tuesday, January 7, 2014

"WORD MANIA CHALLENGE"

Sukacita dimaklumkan bahawa satu pertandingan "Word Mania Challenge" (permainan bina perkataan) akan dijalankan oleh pihak Frogasia. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah berumur 7 hingga 17 tahun yang telah menerima ID Yes. Pertandingan ini terdiri daripada 2 kategori iaitu 'Kategori Pelajar' dan Kategori Sekolah'.

Sehubungan itu, semua murid digalakkan untuk menyertai pertandingan ini yang sememangnya terbukti dapat memperbaiki kemahiran literasi Bahasa Inggeris.

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan ini dibuka mulai 2 Januari 2014 hingga 12 Januari 2014
(pastikan ID Yes telah diaktifkan sebelum membuat pendaftaran).

Pusingan Pertama - 13 Januari 2014 hingga 26 Januari 2014

Pusingan Kedua - 27 Januari 2014 hingga 9 Februari 2014

Pusingan Ketiga - 10 Februari 2014 hingga 23 Februari 2014

Lima peserta yang mendapat markah tertinggi bagi setiap kategori akan bertanding di Peringkat Akhir yang akan berlangsung pada 26 hingga 27 Februari 2014.

Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk pemenang individu dan sekolah. Terdapat hadiah bernilai lebih RM1 juta untuk dimenangi, termasuklah Samsung 4G Chromebook, peranti Yes, baucar Frogstore (boleh ditebus dengan peranti dan bahan pembelajaran) dan langganan Literacy Planet untuk warga sekolah. Segala maklumat tentang pertandingan boleh didapati dengan melayari www.wordmania.com.my/


SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment